Patutlah member2 aku yg ada anak kecik tak sempat nak masak, sekarang baru faham, adjust lah mcm mana pun kalau kau sorang je yg jaga anak, kau berlapar je lah sampai masuk angin muntah.
Ternyata ada orang yang bertahan hidup cuma karena dia tau bunuh diri itu dosa🥹
So guys pls be kind, be nice, be positive, be genuine in this cruel world.
Tambah dengan mata aku gini, sakit kepala dengan penglihatan berbayang ni, pastu anak jenis nak merengek je, aku jadi tak ikhlas dengan semua benda. Haih nangis je lah aku ni😭
Sebenarnya aku start baran sebab iron aku ni tak pernah nak menyenangkan aku, dengan iron board mcm tu, bilik yg sempit buat aku stress setiap kali nak iron. Pastu aku redha je selalu tudung tak okey pergi sekolah, baju pun mcm tak iron.
Iron kena letak air ni memang bukan kepakaran aku, setiap kali iron aku jadi nak marah. Tambah, anak aku takleh tinggal, pastu bilik sempit nak mampui, nak iron ke apa semua terhad, serba serbi rasa nak carut😭
Hakikat jadi ibu, kena anak betul2 tidur, baru dapat buat segala kerja, lepastu akhirnya tidur lewat, bangun pagi penat. Ulang berhari-hari. Pastu nanti mulalah orang cakap kita jenis tak pandai atur waktu.
Ya Allah ringankanlah ujian ku ini, sembuhkanlah penglihatan ku, angkatlah rasa sakit kepala ku ini jadikanlah anak ku, anak yg mudah dijaga, aku penat ya Allah nak melaluinya semua seorang diri. Sungguh Engkau sahaja yg memahami diriku🥹
Apalah nasib aku kan, burnout penat, sakit mata, nak buat apa semua terganggu, berlapar, takde orang pun peduli, semua aku buat sendiri, keperluan tak cukup hadaplah drive dengan mata sakit. Hidup memang bermandikan air mata je lah setiap hari.
Anyone yang suruh aku sabar, cakap biasalah hidup awal2 susah, jadi ibu memang macam tu penat, dulu dia pun macam tu. Please diamm. Aku memang tak suka dengar. Walaupun itu semua betul, aku tetap benci nak dengar. Aku kalau penat, orang cakap betul pun, aku emosi.
Buat masa sekarang aku tak boleh dengar orang nasihat aku, minta buat itu ini. SEBELUM ORANG NASIHAT, AKU DAH NASIHAT DIRI AKU, AKU DAH BUAT SEMUA. LIKE SEMUUAAA AKU DAH CUBA😭
Selalu sedih, sebab aku dah tak macam dulu. Mudah nangis, mudah melenting, mudah terasa hati, mudah marah, tapi semua tu jadi sebab aku penat bersabar, penat menahan, penat dan penat. Aku nak orang dengar aku, faham aku, simpati dekat aku, bukan nasihat.