Kalau aku la mamat, memang aku keluar dari podcast ni. Tebal ba muka. USD yang tegur, bukan calang calang jemputan. Menyampuk nda kena tempat. Kalau nda berubah lagi ndatau la mamat π
Penghantar Makanan Maut Dirempuh BMW Disyaki Mabuk Ketika Bantu Mangsa Nahas
JOHOR BAHRU β Niat murni seorang penghantar makanan membantu mangsa kemalangan bertukar tragedi apabila dia maut dirempuh kereta BMW dipercayai dipandu lelaki dipercayai mabuk di Jalan Kota Tinggi-Johor Bahru, awal pagi tadi.
Mangsa, Mohd Taufik Ariff Sariff, 37, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas keluar dari keretanya untuk membantu di lokasi kemalangan berhampiran stesen minyak Taman Desa Jaya.
Menurut isterinya, Suhaidah Yusof, 40, mereka dalam perjalanan pulang selepas keluar makan bersama rakan-rakan sebelum melihat serpihan motosikal dan berhenti.
Tidak lama kemudian, Mohd Taufik dilanggar ketika membantu mengawal lalu lintas.
Pemandu BMW berkenaan dikatakan cuba melarikan diri namun berjaya ditahan orang awam kira-kira 800 meter dari lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis.
Suhaidah yang baru tujuh bulan berkahwin dengan arwah berkata, dia masih terkejut dan trauma, apatah lagi insiden berlaku ketika umat Islam masih menyambut Aidilfitri. - MYNEWSHUB
@Malaysia_Problm Benda dh orang ramai dgn staff klinik pun mampu berapa org dlm satu masa. fikir lah pakcik oiit. nak cpt pergi jer swasta. orang tuh explain elok2 lagi nk provoke. duduk usa jela pakcik service laju harga yahudi