SABAR
Poster fitnah saya berterbangan.
Dikongsi lawan dan kawan.
Ada yang baik, panjangkan poster kepada saya dan terus suarakan “Ini surely fitnah. I’m sure you takkan cakap macam ni. Saman please”.
Namun ada juga yang kenal dan pernah berhubung, tetapi terus kongsikan ke media sosial tanpa bertanya dan tabayyun dulu. Hanya kerana berbeza pegangan politik, terus mereka kongsi tanpa selidik.
Saya diberitahu oleh Inspektor Polis yang menyiasat kes saya, salah seorang yang kongsi poster fitnah ini akan meminta maaf secara terbuka. Saya tunggu juga.
Hinggalah semalam dapat screenshot posting maaf dia dari our mutual friend.
Posting mohon maaf beliau ini hanya limit untuk kawannya sahaja. Saya pun tak dapat access.
Walhal posting fitnah hari tu berlegar2 secara terbuka di media sosial. Status nya public dan dipadam selepas ditegur dan dihentam ia fitnah.
Sebelum itu, beliau berapa kali buat posting tujukan kepada saya dengan kata2 jelik dan menghina. Saya perhatikan sahaja.
Allah itu maha adil. Benarlah, sabar itu ada berkatnya. Sekarang ternyata kenyataan yang dibuat hanya fitnah.
Saya sarankan PDRM dan MCMC teruskan sahaja siasatan sebagaimana yang ditetapkan bawah undang-undang.
Bagi kesalahan jenayah fitnah dalam Kanun Keseksaan dan Akta MCMC. Kerana ini fitnah melibatkan fahaman agama. Mendatangkan mudarat besar pada saya dan keluarga. Sampai ada yang nak rogol saya.
Saya juga telah arahkan peguam-peguam saya agar mengambil tindakan sivil selanjutnya.
Moga keadilan tertegak di Mahkamah dan Allah bantu mereka yang teraniaya.
Ingatlah sabar wanita ada hadnya, bila ditolak ke dinding, nescaya dia akan melawan.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
@Dr_AzmanIbrahim 11 kerusi bertanding, 11 kalah. Inilah bahana bila lobai Pas menggelar orang Johor kurang kesedaran politik Islam. Rakyat Johor jelas menolak politik Pas!
@MalaysiaGazette Keputusan PRN Johor bukti rakyat tolak PAS! Sekurang-kurang PH di Johor bak pokok yang dicantas rantingnya, akan tumbuh kembali tetapi PAS sampai tunggul pun tak tinggal......