Asal Usul Takwim Hijri
Takwim Hijri disusun pada zaman Khalifah Saiyidina Umar al-Khattab r.a. selepas timbul kekeliruan dalam urusan surat-menyurat dan pentadbiran.
Para sahabat kemudian bermesyuarat lalu memilih peristiwa Hijrah Nabi ﷺ sebagai permulaan kiraan tahun Islam, manakala Muharam ditetapkan sebagai bulan pertama.
Semoga tahun baharu Hijri membawa kita kepada perubahan yang lebih baik dan kehidupan yang lebih diredai Allah.
#ustazwadiannuar #uwakongsi #awalmuharam #sejarahislam #tahunbaruislam
Salam Maal Hijrah, 1 Muharram 1448H. Semoga tahun baharu hijrah menjadikan kita semua insan yang lebih cekal dalam menghadapi ujian yang mendatang, dan saling bantu membantu antara satu sama lain.
Doakan orang lain bahagia, kita juga akan bahagia. Doakan orang lain jadi baik, kita juga akan jadi baik. Doakan orang lain berjaya, kita juga akan berjaya.
Berdoalah yang baik-baik, lakukan hal-hal baik. Percaya dan yakinlah, Allah akan hadirkan yang terbaik untuk diri kita.
Hidupkan syiar Islam dengan bertakbir bermula Subuh hari Arafah (26 Mei) sehingga selesai solat Asar pada hari Tasyrik terakhir (30 Mei). Selain dilakukan selepas setiap solat fardu, kita juga digalakkan untuk terus bertakbir pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Jangan lupa baca doa ni time Arafah nanti..
“Ya Allah, hari ini kuserahkan semua urusan hidupku kepada-Mu. Lapangkan dadaku dari segala rasa sesak. Mudahkan setiap langkah yang terasa berat. Engkaulah Sang Pemudah, dan tidak ada yang sulit bila Engkau menghendaki kemudahan.”
Kalau ada satu hari dalam setahun yang anda wajib pulun berdoa habis-habisan, harinya ialah Hari Arafah.
Ustaz Omar Suleiman ada ingatkan tentang hadis Nabi SAW yang menyebut doa pada hari Arafah adalah sebaik-baik doa. Sesiapa pun, kalau ada hajat besar, tolong jangan lepaskan hari ni.
Ini zikir utama yang paling terbaik untuk dibaca (malah nabi-nabi terdahulu pun amalkan):
لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
(Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.)
Sama-sama kita 'save' perkongsian ini dan kongsikan kepada keluarga terdekat.
Manalah tahu, asbab kita kongsi benda baik ni, doa mereka dan doa kita dipandang oleh Allah SWT.
🌙 Waktu Mustajab Doa Hari Arafah (Malaysia)
📆 26 Mei 2026 • Selasa • 9 Zulhijjah 1447
🕰 Anggaran waktu: 5:18 petang – 11:57 malam
Minta apa yang terbuku dalam hati - rezeki, ketenangan, kesihatan, jodoh, zuriat. Allah Maha Mendengar ✨🤲🏻
Untuk pengetahuan, dalam 365 hari setahun, ada 10 hari je Allah pilih sebagai 'hari terbaik dunia'.
Kalau kita biarkan 10 hari ni berlalu macam biasa, kita memang rugi teramat.
10 malam terbaik ialah 10 malam terakhir Ramadan.
10 hari terbaik pula ialah 10 hari terawal Zulhijjah.
Jadikan waktu ni untuk kumpul amal jariah kita kerana semuanya sedang digandakan. Contoh sedekah kat anak yatim macam ni. Semoga Allah merahmati semua usaha kita.
Zulhijah hadir membawa sinar keampunan dan peluang melipatgandakan pahala.
Jangan biarkan hari-hari terbaik ini berlalu tanpa ibadah. Rebut peluang berpuasa sunat, memperbanyakkan doa dan mendekatkan diri kepada Allah.
Semoga setiap amalan menjadi asbab rahmat-Nya.
Tarikh puasa sunat pada hari-hari awal Zulhijah dan Hari Arafah bagi tahun 1447H / 2026M untuk rujukan bersama. Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita. 🤲