Firman Allah SWT:
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
Maksudnya: “Dialah (Allah SWT) yang telah menciptakan adanya kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya.”
(Surah Al-Mulk : 2)
Korang pernah rasa tenang?
Ada masalah pon rasa tenang
Sebab kita yakin yang Allah ada untuk bantu kita. Sebab Allah ada untuk pimpin kita. Sebab Allah ada untuk kuatkan kita
Barangsiapa membaca :
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ
“ SubhanAllahi wa biHamdihi. ”
Maka akan gugur dosa-dosanya meskipun sebanyak buih di lautan.
Jom sebarkan biar yang lain baca. 💕
Doa Supaya Tak Tinggal Solat :
"Rabbij alni muqiimassolati wamin dzurriyatii. Rabbana wataqobbal duaa."
Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan zuriat keturunanku orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.
(Surah Ibrahim : 40)
Maksudnya: “Wahai orang2 yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa”
(Surah al-Hujurat: 12)
Terkadang orang menegur kita bukanlah kerana mereka suci.
Tetapi, mungkin kerana mereka pernah hidup dalm kekotoran dan mereka tidak mahu kita hidup seperti mana diri mereka yang dahulu.
Belajar untuk terima teguran :)
Ingat ni,
' Tidak diuji sesuatu itu melebihi dari kemampuan kita '
Sungguh! Apa yang Tuhan bagi adalah setanding dengan kekuatan yang kita ada. Malah Allah tersangat tahu bahawa kita mampu.
Sesungguhnya pada satu malam ada satu waktu, tidaklh seorang muslim itu memohon kepada Allah akan sesuatu kebaikan drad urusan dunia dan akhirat, melainkan Allah SWT akan memperkenankannya. Demikian itu berlaku pada setiap malam
[Riwayat Muslim (757)]
Bila sedih doa.
Bila sempit doa.
Bila frust doa.
Time gembira jangan lupa doa.
Hidup dengan doa,
nescaya akan semakin dekat dengan Tuhan.
Makin dekat dengan Tuhan, makin dekat kau dengan pemilik dan pencipta kebahagiaan. ❤️
Pernah tak rasa malas nak solat tapi dalan hati tak nak tinggalkan solat?
Allah sayang kita sebab tu dia detikkan perasaan macam tu kat kita. Dia ingatkan kita melalui hati dan kadang-kadang melalui orang di sekeliling kita. Betapa sayangnya Allah pada kita.
"Jika ada susah datang, itu mesti ada rahmat nak datang. Sangka baik. Allah sedang sayang. Ada masalah, adalah itu nikmat kemudian Allah nak bagi."
- Ustaz Ebit Lew
Orang yg tidak menghargai Subuh, mereka sukar untuk menghargai hidup.
Kerana membiasakan diri bangun lewat itu sendiri, adalah satu pembunuhan kepada sebuah kehidupan.
Ketika org lain melakukan sesuatu yang menyakitkan hati, maka berdoa dan berjanjilah pada diri sendiri bahawa kita tidak akan melakukan hal yang sama pada org lain. #QuranHour