Mendengar cerita roh seseorang yang meninggal dunia dikatakan boleh kembali ke dunia nyata jika mereka mempunyai urusan yang belum selesai, atau jika mereka meninggal dalam keadaan tragis.
Roh ini sering digambarkan sebagai entiti yang tidak tenang dan akan mengganggu manusia yang lemah emosinya.Dikatakan juga ada jin yang berniat untuk menakutkan atau mencederakan manusia. Adakah semua itu benar atau rekaan semata-mata?
#bacalokal #sapotlokal #terlarisPBAKLPTS #top10PBAKL #rakPTS #bukupts #BookCapital #EBaucarMadani #KomikM #PenerbitX #PutehPress #Bookiut #PTSJunior #nadiperjuanganbahasa #24tahunmemandaikanbangsa #jelajahbukupts #booktokmalaysia
Detektif Vampire: Blood Mary
Kisah Bloody Mary menjadi tarikan tiga sahabat untuk menyeru hantu perempuan berpakaian merah itu. Mereka ingin tahu apakah benar hantu dari cermin itu wujud.
Susuk Setan
"Susuk setan bukan sebarangan susuk. Ia bukan saja menjadikan kamu cantik yang luar biasa tetapi ada syarat yang perlu kamu patuhi. Tiada pantang larang yang perlu kamu takuti. Tapi ingat ayat-ayat al-Quran adalah racun terhebat bagi kamu!" - DEWI
Buku yang menguji kesabaran.
Sudahlah kesabaran Min senipis kulit bawang, penulis pula berdolak-dalik tentang hantu cermin ni. Terkubur niat dah habiskan bacaan semalam. Jadi Min sambung pagi ini untuk tahu kesudahan cerita.
Ada yang dah baca Bloody Mary?
Penantian yang berbaloi. Buku kedua ni memang buku yang penting sebab penulis dah reveal siapa anaqi sebenarnya.
Siapa emily sebenarnya? Bagaimana manusia boleh masuk dalam cermin, semuanya penulis berjaya terangkan dengan baik di hujung cerita.
Tak sabar untuk buku seterusnya! @IlyaAbdullah ✅✨
Bloody Mary: Hantu Penunggu Cermin
Bloody Mary dikatakan Ratu Inggeris sejak 1553 sehingga 1558. Bloody Mary adalah roh yang boleh diseru dengan berdiri di depan cermin dan menyebut namanya beberapa kali (biasanya tiga hingga tiga belas kali).
Dikatakan bahawa setelah itu, Bloody Mary akan muncul di cermin dengan wajah yang menakutkan. Ada berbagai versi cerita ini, tetapi kebanyakan menggambarkannya sebagai hantu wanita yang marah, dengan wajah berdarah atau mengerikan.
Bagaimana kisah Bloody Mary dalam siri Detektif Vampire ini? Adakah sama seperti mitos-mitos yang ada? Atau lebih seram dan memualkan?
Betullah orang kata, rezeki tak pernah salah alamat. Pagi-pagi abang posmen dah hantar buku Min 🙊 Rezeki Min hari ini. Alhamdulillah.
Buku mana Min patut baca dulu?👀
Sinopsis Detektif Vampire: Bloody Mary
SERU AKU TIGA KALI! BLOODY MARY... BLOODY MARY… BLOODY MARY…
Kisah Bloody Mary menjadi tarikan tiga sahabat untuk menyeru hantu perempuan berpakaian merah itu. Mereka ingin tahu apakah benar hantu dari cermin itu wujud. Tindakan berani Amelia bersama dua rakan baiknya Marsya dan Helena membawa padah apabila Amelia dan Helena ditarik masuk ke dalam cermin. Marsya satu-satunya saksi kejadian dinafikan kata-katanya. Selepas kejadian itu Marsya mula dihantui rasa takut dan mimpi ngeri.
Terdesak ingin menyelamatkan dua sahabatnya, Marsya meminta bantuan Kelab Detektif Vampire. Anaqi, Hafiy dan Bazli menerima Marsya sebagai klien mereka. Kekecohan mula tercetus apabila pelajar-pelajar yang lain turut hilang secara misteri. Kelab detektif mula menyelongkar misteri di sebalik kehilangan pelajar-pelajar sekolah mereka yang dikatakan disorok Bloody Mary.
Dapatkah Kelab Detektif Vampire menyelesaikan misteri kes Bloody Mary? Atau mereka juga akan menjadi mangsa ditarik ke dalam cermin?