SJKC Chung Hua di Port Dickson memohon maaf kepada masyarakat atas kesilapan memasang Jalur Gemilang secara terbalik pada 1 Ogos lalu.
Pihak sekolah bersama Lembaga Pengelola dan PIBG mengakui kecuaian berlaku ketika menyahut seruan menyemarakkan Bulan Kebangsaan dan segera membetulkan kedudukan bendera sebaik dimaklumkan orang awam.
Dalam kenyataan rasmi, pihak sekolah menegaskan insiden itu tidak disengajakan dan mereka kesal atas kekeliruan yang timbul.
SJKC Chung Hua turut memberi jaminan bahawa mereka sentiasa menghormati simbol negara dan komited menerapkan nilai patriotik dalam kalangan warga sekolah.
Kredit: Sinar Harian
Lihat jenayah Israel hari ini, memang akan lama dan panjang proses pengadilan di Akhirat di hadapan Allah nanti. 43k rakyat Gaza yang dibunuh akan persoal, "Apa yang kalian buat ketika kami dibunuh beramai-ramai?" Persiapkan jawapan sekarang. Teruskan bercakap tentang Palestin.
Saya rasa takkan dapat lupakan gambar ini buat selama-lamanya.
Saudara-saudara kita yang sedang mendapat rawatan di Hospital al-Aqsa dibom dan dibakar hidup-hidup oleh Rejim Zionis.
Setiap hari jenayah yang dilakukan semakin dahsyat.
Dunia melihat tanpa melakukan apa-apa.