Datang dan sama-sama suarakan harapan dan semangat kebersamaan melalui SUARA MERDEKA sempena perjalanan menuju Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-69.
4 Julai 2026
9.00 Pagi – 5.00 Petang
Lorong Seni @ Lorong Panglima, Ipoh, Perak
MASUK PERCUMA
Inilah semangat SUARA MERDEKA.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan meluangkan masa bersama kami. Daripada Papan Harapan, Bicara Santai, permainan tradisional, aktiviti mewarna, Kios Jualan Seni, hinggalah menikmati pelbagai persembahan.
Irama tradisi, jiwa puisi.
Terima kasih kepada Gerakan Seniman Pinggir Alam atas persembahan akustik yang membawa penonton menghayati keindahan lagu-lagu puisi dan tradisi dalam suasana yang santai dan penuh makna.
Satu pentas. Satu irama. Satu suara.
Terima kasih kepada Last Minute Band atas persembahan akustik yang menghidupkan suasana SUARA MERDEKA. Daripada lagu-lagu malar segar hinggalah lagu kegemaran ramai, seluruh ruang dipenuhi dengan nyanyian dan senyuman para pengunjung.
Setiap perkongsian membuka perspektif. Setiap perbualan mengeratkan kefahaman.
Terima kasih kepada Dr. Beh Sang How, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Kementerian Perpaduan Negara, atas kesudian menjayakan Bicara Santai: Perpaduan, Harapan & Suara Komuniti di SUARA MERDEKA.
Teater Dekon Steps Perak X Petep.
Sebuah cerita. Sebuah pentas. Sebuah penghayatan. Membawa penonton menyelami kisah yang dipersembahkan melalui gerak, emosi dan ekspresi. Setiap babak bukan sekadar hiburan, tetapi juga ruang untuk menghayati nilai, kehidupan dan kebersamaan.
Tradisi yang terus hidup, warisan yang terus diraikan.
SUARA MERDEKA turut menampilkan Persembahan Opera Cina yang dibawakan oleh Pertubuhan Kebudayaan dan Orkestra Cina Ipoh, sebagai penghargaan terhadap kepelbagaian budaya yang menjadi sebahagian daripada identiti Malaysia.
Dengan rasminya, SUARA MERDEKA bermula.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Zaifa Hanis, Pengerusi INSPIRE IPOH, bersama Afiq Azizi, Naib Pengerusi.
Terima kasih kepada semua yang bersama-sama memulakan perjalanan SUARA MERDEKA.
Satu lagu. Satu ikrar. Satu semangat Malaysia.
Dengan alunan Negaraku, Lafaz Rukun Negara dan bacaan puisi oleh Isma Arsyad, SUARA MERDEKA membuka tirainya dengan penuh semangat patriotik dan perpaduan.
Terima kasih kepada semua.
Satu coretan. Satu harapan. Suara untuk Malaysia.
Setiap coretan di Papan Harapan Untuk Malaysia membawa impian, doa dan harapan untuk masa depan negara yang lebih baik.
Terima kasih kepada semua yang sudi meninggalkan suara anda melalui Suara Merdeka.
Suara Merdeka: Papan Harapan Untuk Malaysia telah melabuhkan tirainya.
Terima kasih kepada semua yang bersama-sama menjayakan program ini.
Semoga setiap harapan yang ditulis menjadi kenyataan, dan semangat perpaduan terus mekar menjelang Hari Kebangsaan Malaysia Ke-69.
Sabtu kita bertemu.
Jom luangkan hujung minggu di SUARA MERDEKA! Sertai pelbagai aktiviti komuniti, persembahan seni dan ruang untuk berkongsi suara serta harapan.
4 Julai 2026
9.00 PAGI – 5.00 PETANG
Lorong Seni @ Lorong Panglima, Ipoh
Setiap suara punya cerita. Setiap harapan punya makna.
Kongsikan pandangan dan harapan anda melalui Papan Harapan, sertai Bicara Santai, dan rakam detik bermakna menerusi Mobilegraphy di SUARA MERDEKA.
4 Julai 2026
9.00 Pagi – 5.00 Petang
Lorong Seni @ Lorong Panglima, Ipoh
Bukan sekadar tontonan, tetapi sebuah pengalaman.
Nikmati Teater Dekon, Persembahan Orkestra Cina, Persembahan Akustik dan Bacaan Puisi di SUARA MERDEKA.
4 Julai 2026 (Sabtu)
9.00 Pagi – 5.00 Petang
Lorong Seni @ Lorong Panglima, Ipoh
MASUK PERCUMA
Datang dan raikan.
4 Julai 2026 (Sabtu)
9.00 Pagi – 5.00 Petang
Lorong Seni @ Lorong Panglima, Ipoh
MASUK PERCUMA
Luangkan hujung minggu bersama komuniti dan raikan semangat kebersamaan.
Ada sesuatu yang menanti setiap yang hadir.
Bawalah keluarga dan rakan-rakan ke SUARA MERDEKA. Nikmati permainan tradisional seperti congkak, batu seremban, gasing dan sepak bulu ayam, singgah ke Kios Jualan Seni serta sertai aktiviti mewarna untuk si kecil.
Terima kasih PKD LMS, STEPS, Ard Omar, Walid Ali, para pelakon, kru produksi dan semua yang terlibat dalam menjayakan TEATER CULIK di Insider Satellite, Ipoh 🤍
Satu pengalaman bermakna buat Inspire Ipoh dapat bersama menjayakan pementasan.
Sekitar pementasan utama CULIK yang berlangsung pada 23 dan 24 Mei lalu di Insider Satellite, Ipoh.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.
Menampilkan:
Ard Omar
Putri Fairuz
Bob Rizal
Beberapa rakaman suasana dari matinee show CULIK pada 24 Mei, 2.30 petang di Insider Satellite Ipoh.
Terima kasih kepada semua penonton yang hadir dan memberi energi luar biasa sepanjang persembahan berlangsung.
Menampilkan:
Yusri Zohri
Putri Fairuz
Isma Arsyad
“Scene ‘underground’ dan teater sebenarnya tidaklah sejauh yang disangka.”
Artikel daripada Dewan Budaya/DBP ini menyentuh bagaimana ruang alternatif seperti Insider Satellite Ipoh menjadi titik pertemuan komuniti muzik, seni dan teater independen. https://t.co/ltrPMB5Pq3