I already knew you were the one, but now i have proof. Alhamdulillah 🤍
Allah the best planner, from bestfriend to love story!
@mahfuzuddin6
From this To this
Dah tertulis di Luh Mahfuz akan langkah perjalanan hidup kita.
Dengan siapa kita kenal
Dengan siapa kita berkawan
Bila kita jumpa jodoh
Bila ajal akan tiba.
Jadi jangan risau dengan perjalanan hidup mu. Kita hanya merancang, tapi Allah Swt sebaik baik perancang. Alhamdulillah.
Takziah diucapkan kepada mangsa banjir di Kelantan.
Baginda ﷺ bersabda: “Sesiapa yang mengucapkan doa ini ketika ditimpa musibah, Allah pasti akan menggantikan buatnya sesuatu yang lebih baik.”
Doa yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ ini:
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا
“Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali. Ya Allah, berikanlah ganjaran kepadaku di atas musibah yang menimpaku dan gantikanlah untukku sesuatu yang lebih baik darinya”.
Hadis Riwayat Muslim
#ustazwadiannuar
Hari ini, genap setahun sejak Taufan al-Aqsa mula membadai.
Moga Allah kurniakan kemudahan dan kemenangan buat seluruh warga Palestin dan saudara kita, moga Allah sulitkan urusan Isra3l dan konco-konconya.
"Kenapa Rakyat Syria Berpesta Bila Pemimpin Hezbollah Kena Bunuh?"
Rakyat Syria berpesta, tapi sebenarnya diorang tengah celebrate kematian Hassan Nasrallah, ketua Hezbollah yang kena bom oleh Israel di Beirut.
Eh, kenapa diorang celebrate kematian pemimpin yang lawan Israel?
“Engkau tidak akan dapat memuaskan hati semua orang, maka perbaikilah hubunganmu dengan Allah, dan jangan pedulikan pandangan manusia”
[Imam al-Syafie’]
@nushaazmi Bb, no no! Jange kecek gitu. Doa isteri tiada hijab, terus sampai ke langit. Awk doa non stop moga Allah lembutkan hati suami. Mana tahu one day dia pun terbuka hati utk loving kids & u. Amin
KEMASKINI.
Kanak kanak di Gaza berusaha mencari makanan di dalam timbunan sampah ketika ini
Mereka juga cuba mencari barang untuk menyalakan api bagi memasak makanan
Umur 28 tahun, datang sebab sakit dada dan sedikit sesak nafas. Taknak datang hospital, kawan paksa
Rupanya serangan jantung.
BMI 34, hari hari makan maggi/instant ramen sebab selalu OT, chronic vaper
Masuk toilet untuk menangis sekejap adalah another level of struggle.
Ramai orang berada di fasa burnout tapi demi kelangsungan hidup yang berat, kena juga teruskan berjalan. Be strong semua!
Selamat menyambut Maulidur Rasul 1445 Hijrah kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia pada 16 September 2024 bersamaan 12 Rabiulawal 1446H.
Maulidur Rasul yang disambut setiap tahun ini adalah bagi meraikan keputeraan Baginda Rasulullah ﷺ yang lahir pada hari Isnin 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi, iaitu pada tahun pertama selepas peristiwa tentera bergajah yang dipimpin oleh Gabenor Yaman, Abrahah.
Firman Allah ﷻ :
قُل بِفَضلِ اللَّهِ وَبِرَحمَتِهِ فَبِذٰلِكَ فَليَفرَحوا هُوَ خَيرٌ مِّمّا يَجمَعونَ
“Katakanlah Muhammad, dengan anugerah Allah dan rahmat-Nya maka hanya dengan itu berbahagialah orang-orang yang beriman. Hal itu (anugerah dan rahmat-Nya) lebih baik daripada harta dunia yang mereka kumpulkan.” (Surah Yunus: 58).
Sabda Rasulullah ﷺ :
إنما أنا رحمةٌ مهداة
Sesungguhnya aku adalah rahmat yang dihadiahkan (oleh Allah).” (Hadis)
Orang yang menerima rahmat ini dan bersyukur atas nikmat ini, ia akan mendapatkan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Oleh itu, ayuh kita manifestasikan kesyukuran dan kecintaan kita pada Allah dan Rasul-Nya dengan menyemarakkan Sambutan Maulidur Rasul ini. Perbanyakkan amal soleh serta sentiasa berselawat ke atas junjungan Baginda ﷺ Moga kita semua dapat menanam akar kecintaan terhadap Rasul yang Mulia, tergolong dalam kalangan umat Baginda ﷺ, memperoleh syafaatnya serta reda Allah ﷻ di akhirat kelak.
#ustazwadiannuar
Antara sudut yang jarang diambil perhatian atau mungkin orang tak pernah tahu pun ialah tentang siapa menantu dan cucu-cucu Nabi Muhammad ﷺ.
Sampai tahap orang hanya ingat cucu Nabi hanyalah Al-Hassan & al-Hussain sahaja. Padahal Nabi ada ramai cucu lain. Cucu perempuan pun ada! Nabi sangat manjakan.
Tambahan, Nabi sebenarnya ada bekas menantu. Ya, bekas menantu!
Ruqayyah anak perempuan Nabi awalnya adalah isteri kepada Uthbah bin Abu Lahab. Begitu juga dengan Ummu Kulthum, isteri kepada ‘Utaibah bin Abu Lahab.
Abu Lahab sebenarnya bukan hanya pakcik Nabi dari sebelah bapa bahkan juga besan Nabi sendiri! Bila turun ayat 1 surah al-Masad, “Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama!”, Abu Lahab suruh kedua anak lelakinya itu ceraikan kedua-dua anak perempuan Nabi Muhammad ﷺ.
Barulah munculnya watak Uthman bin Affan dalam hidup Nabi, bukan hanya sebagai seorang sahabat yang beriman dengan ajaran yang Nabi bawa bahkan sebagai seorang menantu yang menjaga dan membela anak-anak perempuan Nabi yang diceraikan kerana permusuhan.
Uthman berkahwin dengan Ruqayyah dulu hingga beliau meninggal kemudian Nabi kahwinkan pula dengan Ummu Kulthum.
Nabi sangat sayangkan Uthman sebagai menantu. Nabi sangat percayakan Uthman sampai-sampai Nabi pernah kata:
لو كن عشرًا لزوّجتهنّ عثمان
Seandainya aku ada 10 anak perempuan, aku akan kahwinkan semuanya dengan Uthman!
Sebab itu belajar sirah sangat penting. Supaya kita faham kebenaran dan tak termakan neratif-neratif buruk tentang ahli keluarga Nabi Muhammad ﷺ.
Yang lebih penting, dengan belajar sirah secara berstruktur, baru kita sedar yang kita sebenarnya tak kenal banyak lagi hal tentang Nabi Muhammad ﷺ dan keluarganya. Kita rasa macam dah cukup tahu tapi hakikatnya kita tak pernah tahu.