[HARI KETIGA] UMNO tidak boleh berpecah dan perlu bersatu dalam mendepani cabaran akan datang yang bukan sahaja di dalam tetapi juga luar negara.
Sehubungan itu, walau apa jua perbezaan politik dengan mana-mana parti, kita mesti menyusun strategi yang baik.
Langkah ini penting bagi memastikan Malaysia terus menikmati kestabilan politik yang kukuh, seterusnya membolehkan rakyat secara keseluruhan menerima manfaat daripada pertumbuhan dan perkembangan ekonomi. Kita semua haruslah memberikan keutamaan kepada negara.
Bersatu, Bersetia, Berkhidmat.
#UMNO
Terdapat khabar angin yang mengatakan beberapa entiti luar negara sedang berusaha untuk sabotaj pasukan kebangsaan kerana bimbang dengan kebangkitan Harimau Malaya. Entiti- entiti tersebut kelihatan rapat dengan pucuk kepimpinan tertinggi FIFA. 👤 🌐
@ASTROARENA
FAM dah ikut proses dan kerjasama dgn FIFA & Kerajaan Malaysia. FIFA pun dah approve sebelum ini tetapi kenapa keputusan bertukar now? Apa yang berlaku sampai tiba-tiba ada keputusan macam ini? Adakah ada entiti luar yang terlibat mempengaruhi keputusan FIFA?
Lagi 1 persoalan, hukuman telah dijatuhkan tanpa memberi sebab2 keputusan. Tambahan lagi FIFA cepat untuk mengeluarkan keputusan tersebut dalam public domain walaupun proses rayuan belum selesai. Who was in New York? Saya berharap FAM akan membuat rayuan secepat mungkin. Ini adalah surat pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara. Tak kan kita takut dan nak tunduk dgn individu2 yang khuatir dengan kebangkitan Harimau Malaya. Lawan tetap lawan. Berani kerana benar.
Pembukaan Khabib Gym di negeri Johor
Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.
Syukur Alhamdulillah, saya dan delegasi Kerajaan Negeri Johor berkesempatan mengadakan perjumpaan bersama @TeamKhabib, bekas Juara Dunia UFC Kategori Lightweight di Abu Dhabi.
Semasa sesi mengadap DYAM Pemangku Sultan Johor dengan Khabib Nurmagomedov pada awal Oktober lalu, kami telah berbincang mengenai program pembangunan belia dan cadangan untuk membuka gimnasium latihan di negeri Johor.
Menerusi perjumpaan hari ini, saya telah menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) bersama Khabib Nurmagomedov bagi pembukaan Khabib Gym di negeri Johor. Delegasi Kerajaan Negeri juga berpeluang melawat The Eagle, MMA atau Khabib Gym yang terletak di Abu Dhabi. Saya amat kagum melihat sendiri fasiliti bertaraf dunia yang ada di sini, termasuk MMA octagon serta ruang khas untuk seni mempertahankan diri seperti Jiu-Jitsu, Muay Thai, boxing, dan wrestling.
Selain itu, gimnasium ini juga dilengkapi dengan peralatan lengkap untuk latihan kardio dan angkat berat. Fasiliti pemulihan juga turut disediakan, termasuk sauna dan kolam renang yang memberi peluang kepada pengguna mencapai prestasi terbaik dalam menjalankan latihan.
Semoga dengan kerjasama ini, Johor akan terus maju dalam pembangunan ummah serta dapat membuka lebih banyak fasiliti sukan bertaraf dunia, yang memberi manfaat kepada Bangsa Johor terutamanya Orang Muda Johor dalam dunia sukan. Semoga Allah SWT sentiasa memberkati usaha ini. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor #KhabibGym