Mesyuarat Penyelarasan Ahli Jawatankuasa Antara Agensi Kerajaan Bagi Pengurusan Cerun (ICSM) Kali Ke-16 telah dilaksanakan pd 5 Julai 2023 (Rabu). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Ir. Mohd Shaifuddin Bin Abdul Razak, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC), JKR
Sesi perkongsian ilmu bersama anggota PDRM semasa KURSUS PENGURUSAN BANJIR SIRI 2/2023 yang diadakan di Maktab Polis Diraja Malaysia (MPDRM) pada 17 Mei 2023.
@IPJKR_Official@IrKaniah
KURSUS PEMANTAPAN JATI DIRI CKC 2023 | 12 - 14 Jun 2023 | Dilaksanakan di Institut Latihan FAMA, PD, N9
Pengisi: Cawangan Pengurusan Psikologi, BPSM KKR
Seramai 50 kakitangan CKC telah menyertai Kursus ini.
@IrKaniah
Selamat Menyambut Hari Pekerja 2023 kepada seluruh pekerja di Malaysia samada kakitangan awam mahupun swasta
“Pekerja pemangkin wadah Malaysia Madani”
Daripada Cawagan Kejuruteraan Cerun, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
@IrKaniah
Jumaat, 14 April 2023 | 23 Ramadan 1444H
Alhamdulillah telah khatam Tadarus Al-Quran berkumpulan Warga CKC. Terima kasih kpd semua ahli yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
@IrKaniah
Seluruh warga Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR Malaysia ingin mengucapkan Salam Nuzul Quran 1444H/2023M kepada semua umat islam.
"Bulan Ramadan padanya diturunkan al-Quran yang menjadi petunjuk bagi sekalian manusia."
(Al-Baqarah: 185)
Selamat menunaikan ibadah puasa 1444H/2023.
Semoga Ramadan pada kali ini akan menatijahkan taqwa dalam hati sanubari kita sehingga mendapat 'mardhatillah' yang akhirnya melayakkan kita menjadi hamba yang rabbani.
Ikhlas drpd Warga Caw. Kej. Cerun.
Mesyuarat Penyelarasan Kerja-Kerja Pembaikan Cerun dan kerja-kerja berkaitan di Program Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Padang, Penampang, Sabah bersama Ybhg. Datuk M Noor Azman bin Taib Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 2 Mac 2023.
Di kesempatan ini, kami daripada Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC), Ibu Pejabat JKR Malaysia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Semoga Aidilfitri tahun ini memberi seribu kebahagiaan untuk kita semua.
@AbdRahm77634664@IrKaniah
Lawatan tapak dan pemeriksaan insiden tanah runtuh pasukan CKC di Jalan Teratai 1/2 J, Taman Bukit Permai 2, Ampang. Turut dihadiri oleh YAB MB Selangor bersama pasukan @CerunJKR, DO MPAJ, APM, BOMBA, JUPEM, JMG, POLIS, JKM, Air Selangor, TNB pada pukul 9.00 pagi.@JKRMalaysia
Lawatan Tapak dan Taklimat Tender bagi Projek Pembaikan Cerun Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Kuarters JKR2619 Dan JKR2620 Jalan Pulau Pinang, Bukit Persekutuan Kuala Lumpur yang diadakan pada jam 10.00 pagi , 18 Februari 2022.
@JKRMalaysia@irahmadredza@AbdRahm77634664
Semoga kerjasama erat yg sedia ada ditingkatkan lagi utk penyampaian projek infra yg lebih efisen dan demi kesejahteraan rakyat jelata jua @CawJalanJKR
Di kesempatan ini, kami daripada Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC), Ibu Pejabat JKR Malaysia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Semoga Aidilfitri tahun ini memberi seribu kebahagiaan untuk kita semua.
@AbdRahm77634664@IrKaniah
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
Semoga semua amalan kita dibulan Ramadhan diterima oleh Allah S.W.T
Di hari raya ini, patuhilah SOP dan raikan secara selamat namun meriah
Moga kita semua sentiasa diberkati
Allahu Akhbar, wa lilla hilham @JKRMalaysia
Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.
#KitaBelumMenang#RayaNormaBaharu