Sejarah Islam menyaksikan nama-nama seperti Lawrence of Arabia, Kapten William Shakespear, Kolonel Henry Mcmahon, Lord Cromer dihantar ke negara Islam bagi menghasut para pemimpin Islam untuk berlawan sesama mereka.
Musuh Islam mengambil peluang pertembungan sesama umat Islam bagi menjatuhkan khilafah dan negara Islam kemudiannya dibahagikan oleh para penjajah.
Kita saksikan apabila para pejuang Palestin syahid, tiada suara yang kedengaran daripada kalangan negara Islam ini. Tetapi mereka berkabung pula apabila Queen Elizabeth mangkat.
Biarpun begitu, Allah menjanjikan bahawa cahaya Islam tidak akan terpadam. Sekarang kita menyaksikan kebangkitan Islam yang hebat di G***.
Sebagai umat Islam kita tidak boleh berputus asa. Kita percaya kepada kekuasaan Allah SWT. Apa yang penting adalah untuk kita teruskan perjuangan menegakkan Islam mengikut kemampuan kita.
Majlis yang dianjurkan ini walaupun di Terengganu yang kecil tetapi memberi makna yang sangat besar. Tambahan pula kedatangan tetamu daripada beberapa negara dunia Islam yang turut bersama dalam majlis ini.
[Terengganu International Summit 2024, Duyong Marina & Resort, 23 November 2024]
Dengan sekali lafaz, sekarang dah bergelar suami. Tahniah dan mubarak diucapkan kepada adinda bongsu saya Izat Alqusyairi selamat diijab kabulkan dengan kekasih hatinya Nurul Atiqah petang tadi.
بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير..
TRAGEDI | Kegembiraan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meraikan Aidilfitri hari ini, berakhir apabila dia maut dilanggar motosikal ketika keluar beraya siang tadi.
Video penuh di https://t.co/o8ai2OcIUs
Round seterusnya ke perumahan mengabang lekor. Selesaikan masalah longkang tersumbat. Time dop hujan kita dop tahu. Time hujan ni ada la kes2 seperti ni.
Alhamdulillah kita selesai segera..
Buat makluman, hari ni bermula "Gerobok Rezeki" DUN Batu Rakit di beberapa JPKK. Tujuan kita untuk membantu golongan yang memerlukan. Sesiapa sahaja yang memerlukan bekalan makanan sepanjang "Lockdown" ini, boleh ambil bekalan yang disediakan ini dalam dun batu rakit.
Petang tadi saya berbesar hati menerima kunjungan Pegawai2 University Malaysia Terengganu (UMT) di pejabat saya. Banyak maklumat dan ilmu baru yang saya dapat bila bersama para ilmuan dan pengkaji2. Terima kasih banyak2 di atas kunjungan ini.
SEPAGI BERSAMA PENDUDUK KAMPONG LINGAI.
Alhamdulillah pagi jumaat yang mulia ni bermula solat subuh berjemaah di masjid Kg Lingai, terus ke kedai kopi tok bilal sarapan pagi bersama penduduk di sini. Diteruskan dengan aktiviti ziarah kerumah2 penduduk Kg.
Menerima kunjungan daripada Pegawai Unit Kebajikan Sosial, Sumber Manusia PETRONAS, Ustaz Abdul Hadi Ismail di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Rakit hari ini.
Kunjungan beliau bertujuan antaranya membincangkan berkaitan kebajikan dan sosio ekonomi rakyat batu rakit.