Meriah betul pemimpin PAS Terengganu sambut Lee Hsein Loong.
Tahukah anda bahawa Lee
Hsein Loong itu adalah anak kepada Lim Kuan Yew.
Sepu? sepu? Ya, sepupu kepada Lim Kit Siang, bapa saudara kepada Lim Guan Eng. Haa, tak takut ke tu?
Penduduk Rawang gempar 🤯🤯
Netizen dakwa sudah kenal pasti “mahligai misteri” yang dikaitkan dengan kes seleweng dana zakat mencecah RM230 juta! 😱
Rakaman daripada arkitek sendiri mendedahkan betapa MEGA kediaman tersebut
1/2
- Iran sekat Selat Hormuz
- USA ugut akan bom mana-mana kapal yang cuba lalu Selat Hormuz termasuk kapal yang dapat kebenaran khas Iran
Nasib baik minyak Malaysia tak lalu Selat Hormuz, 100% dari Terengganu. Ok, mohon kerajaan tanya Hadi Awang, dekat mana nak ambil minyak tu?
RASMI
KENYATAAN RASMI MENTERI LUAR IRAN, ABBAS ARAGACHI BERKENAAN GENCATAN SENJATA DENGAN US SELAMA 2 MINGGU
JIKA US BERHENTI SERANG IRAN. TENTERA IRAN AKAN BERHENTI SERANG US
RASMI
US DAN IRAN BUAT GENCATAN SENJATA 2 MINGGU
Malam tadi Iran dan US bersetuju untuk gencatan senjata dicadangkan Pakistan selama 2 minggu. China dilaporkan membantu memujuk Iran untuk terima gencatan senjata ini
Presiden US Donald Trump mengumumkan menggantung operasi mengebom Iran secara besar besaran dan gencatan senjata 2 minggu. Israel bersetuju dengan gencatan senjata
Pusingan Pertama Rundingan Gencatan Senjata akan berlangsung di Islamabad Pakistan pada Jumaat ini lapor Axios. Pasukan Rundingan US diketuai Naib Presiden JD Vance dibantu Jarod Kushner dan Steve Witkoff
Gencatan senjata ini turut melibatkan Hizbullah di Lubnan. Dalam masa 2 minggu ini semua trafik akan dilalui dengan selamat melalui Selat Hormuz dikendalikan oleh Tentera Iran maklum Menteri Luar Iran Abbas Aragachi. Semua operasi ketenteraan US ke atas Iran dihentikan.
Gencatan senjata akan bermula petang ini. Namun akan mengambil masa untuk semua unit IRGC mendapat arahan berkenaan. Pasukan Penentangan Islam Iraq mengumumkan perkara sama dengan menyertai gencatan senjata selama 2 minggu dan tak menyerang fasiliti Tentera US di Iraq
Iran dan Oman akan tetap mengenakan kadar tol kepada kapal kapal yang lalu Selat Hormuz. Iran akan menggunakan dana itu untuk pembangunan semula negaranya
Pemimpin Tertinggi Iran , Mojtaba Khamenei sudah mengarahkan IRGC berhenti melancarkan serangan.
MALAYSIA PERKENALKAN DIESEL DARI KELAPA SAWIT
FELDA memperkenalkan minyak alternatif bernama B100 susulan krisis bekalan minyak ketika ini
Minyak itu sepenuhnya daripada kelapa sawit dan merupakan minyak biodiesel pertama di dunia tidak menggunakan elemen minyak fosil
Harga minyak B100 ini dianggarkan RM 4.40 seliter dan lebih murah dari harga diesel ketika ini sekitar RM 6.02 seliter. Pengeluaran Kelapa Sawit sebanyak 20 Juta Tan setahun membolehkan bekalan B100 diberikan cukup untuk keperluan Diesel rakyat Malaysia dari segi teorinya
Namun cabaran utama minyak ini ialah kapasiti pengeluaran yang tidak sebanyak minyak diesel dan permintaan yang rendah
FELDA mencadangkan agar Kerajaan mula memperkenalkan minyak ini di semua stesen minyak dan FELDA sendiri akan mula mengoperasikan minyak ini di semua kilangnya dan elemen logistiknya selepas selesai ujian selama 15 bulan dan 15,000 km perjalanan
TERKINI
FILIPINA ISYTIHAR DARURAT TENAGA SELAMA SETAHUN
Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr mengisytiharkan Darurat Tenaga selama setahun susulan kekurangan bekalan minyak akibat Perang US Iran dan penutupan Selat Hormuz
Satu jawatankuasa khas sudah ditubuhkan untuk mengatur semula pemberian bekalan tenaga dan minyak di Filipina. Ia turut akan mengatur semula bekalan bahan api, ubat ubatan, makanan, pertanian dan barangan keperluan yang lain. Pembelian bekalan minyak akan disusun semula bagi memastikan ia memenuhi keperluan rakyat Filipina
Tindakan darurat dibuat kerana situasi ketika ini sudah mengancam keselamatan tenaga Filipina dan menggangu rantaian bekalan. Pengisytiharan Darurat membolehkan Kerajaan Filipina mengambil apa apa langkah yang perlu bagi selesaikan masalah ini
Setiausaha Tenaga Filipina, Sharon Garin menyatakan yang Filipina hanya ada simpanan bekalan minyak selama 45 hari untuk rakyat Filipina.
So dari beberapa artikel aku baca, beberapa negara SEA ada import minyak dari teluk Arab untuk tampung penggunaan lokal. Since minyak dari luar negara disekat eksport, maka ada kemungkinan negara negara ni termasuk MY berdepan isu kurang minyak. Betul?
TERKINI
403 stesen minyak di Filipina ditutup kerana kehabisan bekalan minyak susulan Perang US Iran maklum Polis Kebangsaan Filipina PNP
Sebanyak 14,313 stesen minyak sedang dipantau oleh Jabatan Tenaga Filipina ketika ini
Sebelum ini Politico melaporkan yang Filipina hanya ada 3 minggu sebelum kehabisan minyak sepenuhnya
KEMASKINI
BERITA BURUK UNTUK MALAYSIA
Berita buruk untuk Malaysia hari ini apabila Arab Saudi dilaporkan tidak akan menjual minyak kepada Negara Asia termasuk Malaysia pada bulan April. Ini susulan mereka mengurangkan pengeluaran dan ancaman keselamatan kerana Perang US Iran
70 peratus minyak untuk rakyat Malaysia dibeli dari Negara Negara Arab dan Malaysia paling banyak beli minyak dari Arab Saudi iaitu sebanyak 33.3 peratus diikuti UAE sebanyak 20.6 peratus
Ia bersamaan 1/3 keperluan minyak Malaysia dengan kos sebanyak RM 18 Bilion. Kini cabaran besar untuk Malaysia mencari pengganti kepada Arab Saudi untuk membeli minyak. Dengan banyak negara berebut dan pengeluaran minyak dunia berkurangan. Malaysia semakin hampir hadapi masalah besar
TERKINI
IRAN KELUARKAN KILL LIST
TIMUR TENGAH BAKAL BERGELAP JIKA LOJI ELEKTRIK IRAN DISERANG
Susulan ugutan Presiden US Donald Trump bahawa Selat Hormuz perlu dibuka dalam 48 Jam atau loji janakuasa elektrik terbesar Iran dimusnahkan
Kor Pengawal Revolusi Iran IRGC sudah bersiap sedia dengan senarai khas fasiliti yang bakal diserang lapor Agensi Berita Mehr.
ARAB SAUDI
- Loji Gas The Village (Jana 4,000 MW)
- Loji Penapisan Minyak ARAMCO Ras Tannoura
UAE
- Loji Janakuasa Nuklear Barakah(Menjana 5,600 MW)
- Loji Janakuasa Jebel Ali di Selatan Dubai
- Taman Solar Mohammad Bin Rashid Dubai
QATAR
- Loji Penapisan LNG Ras Laffan di Utara Qatar. Loji terbesar di Qatar dan pengeluaran LNG utama Dunia
- Loji Desalinisasi dan Janakuasa Elektrik Umm Al Houl di Selatan Doha Qatar
KUWAIT
- Loji Janakuasa Minyak dan Gas di Selatan Al Zour.
- Loji Janakuasa Elektrik Utara Al Zour
- Taman Tenaga Shaqaya Barat Kuwait. Ia merupakan Kompleks Tenaga Diperbaharui terbesar di Kuwait