Bila kau dh matang. Kau tahu la kenapa orang orang toxic ni kita perlu ignore. Kau nak bahagia, kau jauhkan la diri drp orang orang toxic. Mulut cakap lepas. Tak pernah fikir perasaan orang. Orang toxic boleh buat kita down. So utk bahagia, kau ignore orang macam ni.
Ajarlah hati setiap hari untuk :
1. Senyum setiap hari
2. Redha ujian diberi
3. Sabar bila dikeji
4. Istighfar pada Ilahi
5. Rendah diri bila dipuji
6. Kuat bila diuji
7. Istiqamah perbaiki diri
8. Selalu ingat mati"
Berhenti membalas dendam.
Orang yang melakukan kejahatan pada kita akan mendapat balasan الله dan kalau kita balas kejahatan orang tu, kita akan mendapat balasan dari الله juga.
Ingat tu.
Semoga hati kita sentiasa bersih.
Hormat semua, sayang semua dan sebarkan bahagia :)
“ Sejahat apa pun seorang hamba Allah itu satu hari inshaAllah, Allah akan lintas dan lemparkan hidayah ke dalam hatinya. Kalau ketika Allah lemparkan hidayah dalam hatinya, dia bertaubat maka dia lebih mulia daripada kita “
- Ustaz Wadi Anuar
PERANG DUNIA KETIGA PADA 2044??
Pengerusi Majlis Tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara(NATO) iaitu Laksamana Rob Bauer memaklumkan bahawa Tentera NATO sedang bersiap sedia untuk perang besar besaran dengan Rusia dalam 20 tahun akan datang.
Beliau juga mahu orang awam agar bersiap sedia untuk perang itu dengan menyediakan kit ikhtiar hidup antaranya mempunyai air di rumah, radio berkuasa bateri dan lampu suluh berkuasa bateri supaya boleh selamat dalam 36 Jam pertama pertempuran itu. Orang awam juga diminta bersedia untuk digerakkan untuk berperang selain anggota tentera dan industri juga harus bersiap sedia dengan produk dan perkhidmatan supaya kerajaan kekal berdiri ketika perang itu
Kesemua Negara NATO diminta untuk bersiap sedia di tahap tertinggi dengan Notis Merah dan menjangkakan perkara yang tidak dijangka
Beliau juga memuji tindakan Sweden yang menyeru semua rakyatnya bersedia untuk berperang dengan Rusia susulan kemungkinan kemasukan negara itu ke dalam NATO. Ucapan seruan itu dikeluarkan Carl Oskar Bohlin iaitu Menteri Pertahanan Awam dan disebarkan secara meluas di Tiktok sejak awal bulan ini. Dilaporkan ketika ini ramai rakyat Sweden mendaftar untuk menyertai Tentera Sukarelawan dan Pertahanan Awam Sweden
90,000 Tentera dari Negara Negara NATO akan melaksanakan latihan bersama terbesar sejak Perang Dingin iaitu Operasi Steadfast Defender 2024 yang akan berlangsung di seluruh Eropah. Tentera UK sudah bersedia menghantar 20,000 anggota untuk latihan itu dijadualkan pada Mei 2024
Namun kerisauan utama NATO ialah simpanan senjata dan peluru yang berkurangan akibat Perang Ukraine dan mengambil masa bertahun-tahun untuk kembali mengisinya namun Rusia sudah meningkatkan bajet pertahanan sebanyak 40 peratus dan melajukan pengeluaran senjatanya
Ini antara kenyataannya selepas Mesyuarat Panglima Panglima Angkatan Tentera NATO di Brussels, Belgium
Kepada sahabat yang sedang diuji dengan masalah kewangan, ada hutang yang belum langsai, ada urusan yang tak dapat kita nak selesaikan boleh amalkan surah al-A'raf ayat 54.
Ustaz aku pernah pesan,
“Berasa takutlah dengan orang yang kita buat jahat ke dia tapi dia tak balas. Sebab apa? Sebab الله yang akan balas untuk dia. Dan azab الله adalah seberat berat azab”
Careful ye.