๐ข ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ โ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐!
Ada pertanyaan, aduan atau memerlukan bantuan berkaitan perkhidmatan digital?
Jangan ragu untuk hubungi kami di talian:
๐ 03-9078 5988
Jabatan Digital Negara komited memberikan respons yang pantas, tepat dan efisien demi memastikan penyampaian perkhidmatan digital yang terbaik kepada rakyat.
๐ฌ Suara anda, keutamaan kami.
#JabatanDigitalNegara
#JDN
#MalaysiaMADANI
#DigitalFirst
#PerkhidmatanDigital
#HotlineJDN
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐-๐๐ & ๐๐ฒ๐๐๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐๐ซ๐๐ญ
Sukacita dimaklumkan bahawa Klinik SPOT-Me & MyMesyuarat akan diadakan seperti ketetapan berikut:
๐ 8 โ 9 Jun 2026
๐ค 9.30 pagi โ 5.30 petang
๐ Aras 4, Blok D, Jabatan Digital Negara, MKN Embassy, Cyberjaya
Kehadiran adalah secara walk-in kepada pengguna dan pentadbir sistem yang ingin mendapatkan khidmat nasihat, panduan serta bantuan teknikal berkaitan aplikasi SPOT-Me dan MyMesyuarat.
Jangan lepaskan peluang untuk berinteraksi secara terus bersama pasukan teknikal bagi meningkatkan kefahaman dan penggunaan aplikasi digital kerajaan.
#KlinikSPOTMe #KlinikMyMesyuarat #JabatanDigitalNegara #DigitalFirst #MalaysiaMADANI
๐ธ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
Perhimpunan Bulanan Jabatan Digital Negara bagi bulan Jun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 4 Jun 2026 di Ruang Legar Utara, Aras 6, Jabatan Digital Negara. Program anjuran bersama Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat (BPKK) dan Bahagian Pembangunan Perkhidmatan Gunasama Infrastruktur dan Keselamatan Digital (BPG) ini membawa tema โHarmoni Sejiwa, Pekerja Berwibawaโ.
Perhimpunan ini menjadi wadah untuk memperkukuh semangat kebersamaan, mempererat hubungan silaturahim serta menyemarakkan budaya kerja cemerlang dalam kalangan warga JDN. Pelbagai pengisian turut diadakan bagi menghargai sumbangan dan komitmen warga jabatan dalam menjayakan agenda pendigitalan sektor awam.
Program turut diserikan dengan sambutan genap setahun kepimpinan YBrs. Ts. Nik Zalbiha binti Nik Mat sebagai Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara bertemakan โSetahun Menerajui, Selamanya Menginspirasiโ. Sambutan ini mencerminkan penghargaan warga JDN terhadap kepimpinan, dedikasi dan komitmen beliau dalam menerajui jabatan ke arah kecemerlangan digital.
#JabatanDigitalNegara
#JDN
#MalaysiaMADANI
#PerkhidmatanAwam
#DigitalisasiNegara
๐น ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ | ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
Perhimpunan Bulanan Jabatan Digital Negara bagi bulan Jun 2026 telah berlangsung pada 4 Jun 2026 di Ruang Legar Utara, Aras 6, Jabatan Digital Negara dengan tema โHarmoni Sejiwa, Pekerja Berwibawaโ.
Perhimpunan kali ini turut diserikan dengan sambutan genap setahun kepimpinan YBrs. Ts. Nik Zalbiha binti Nik Mat sebagai Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara yang bertemakan โSetahun Menerajui, Selamanya Menginspirasiโ.
Sambutan tersebut menjadi simbol penghargaan terhadap komitmen, kepimpinan dan dedikasi beliau dalam menerajui agenda transformasi digital sektor awam serta memacu kecemerlangan JDN sepanjang tempoh tersebut.
#JabatanDigitalNegara
#JDN
#MalaysiaMADANI
#PerkhidmatanAwam
#DigitalisasiNegara
โจ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ โจ
Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Jabatan Digital Negara (JDN) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:
YBrs. Ts. Nik Zalbiha Binti Nik Mat, Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara atas penganugerahan Johan Mangku Negara (J.M.N.) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Tahun 2026 yang telah dikurniakan pada 1 Jun 2026.
Semoga penganugerahan ini menjadi inspirasi dan pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam memacu transformasi digital negara.
Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi dan Warga Jabatan Digital Negara
#SekalungTahniah #JabatanDigitalNegara #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #KPJDN
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijah 1447H.
Jabatan Digital Negara (JDN) menzahirkan setinggi-tinggi sembah takzim serta doa agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan dilimpahi rahmat serta hidayah-Nya dalam menerajui negara tercinta.
Sembah takzim daripada:
Ketua Pengarah dan Warga Jabatan Digital Negara
#JabatanDigitalNegara
#JDN
#DaulatTuanku
#HariKeputeraanRasmi
#MalaysiaMADANI
๐ชท๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Jabatan Digital Negara (JDN) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha. Semoga sambutan ini membawa ketenangan, kesejahteraan dan memperkukuh semangat perpaduan dalam masyarakat majmuk negara kita.
Ikhlas daripada:
Ketua Pengarah dan Warga Jabatan Digital Negara
#JabatanDigitalNegara
#JDN
#HariWesak
#MalaysiaMADANI
#DigitalFirst
๐พ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Jabatan Digital Negara (JDN) mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya. Semoga sambutan ini membawa kegembiraan, kesejahteraan dan mengeratkan lagi semangat muhibah serta perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Ikhlas daripada:
Ketua Pengarah dan Warga Jabatan Digital Negara
#JabatanDigitalNegara
#JDN
#PestaKaamatan
#HariGawai
#MalaysiaMADANI
๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Jabatan Digital Negara (JDN) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Semoga sambutan Aidiladha pada tahun ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan mengeratkan ukhuwah sesama insan.
Ikhlas daripada:
YBrs. Ts. Nik Zalbiha binti Nik Mat
Ketua Pengarah dan Warga Jabatan Digital Negara
#JabatanDigitalNegara
#HariRayaAidiladha
#MalaysiaMADANI
#DigitalFirst
#MADANIBekerja #RancakkanMADANI
Bahagian Perundingan Digital (BPD), Jabatan Digital Negara telah menganjurkan Bootcamp Pembangunan Kepakaran Teknikal ICT Sektor Awam Tahun 2026 pada 19โ21 Mei 2026 (SelasaโKhamis) bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya. Program ini dihadiri oleh 63 peserta yang terdiri daripada wakil pelbagai kementerian, jabatan Persekutuan dan JDN.
Objektif bootcamp ini adalah untuk memberi pendedahan dan penerangan berkenaan garis panduan terkini berkaitan teknikal ICT yang dibangunkan oleh JDN serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta terhadap teknologi dan produk terkini berkaitan bidang pengurusan pusat data dan pengkomputeran awan, pengurusan rangkaian ICT serta pengurusan keselamatan maklumat. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Perunding ICT (Teknikal) dan turut disaksikan oleh barisan Perunding ICT.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para penceramah dan peserta yang telah memberikan komitmen sepanjang pelaksanaan program ini. Diharapkan hasil daripada program ini akan memperkukuh keupayaan teknikal ICT sektor awam dalam menyokong pendigitalan negara secara menyeluruh dan mampan.
#JabatanDigitalNegara #MalaysiaMadani #RancakkanMADANI #MADANIbekerja #BootcampTrekTeknikal
Jabatan Digital Negara (JDN) melalui Seksyen Penyelarasan Dasar Pendigitalan, Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat (BPKK) telah menganjurkan Bengkel Refresher Penyelarasan Dasar JDN kepada warga JDN. Bengkel tersebut telah diadakan di Institut Semarak FELDA, Bangi pada 20 dan 21 Mei 2026 (Rabu dan Khamis).
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan penjelasan berkenaan Arahan Pentadbiran Ketua Pengarah (APKP) JDN mengenai Garis Panduan Penyediaan Dokumen Dasar JDN, pengurusan hal ehwal Parlimen dan pengurusan Kertas Jemaah Menteri. Di samping itu, sesi perkongsian ilmu berkaitan dapatan soal selidik pemantauan tahap kesedaran dan pematuhan dokumen dasar JDN, dan sesi perkongsian penggunaan platform penyediaan soal selidik secara dalam talian turut diadakan.
Terima kasih diucapkan kepada warga JDN yang telah hadir dan terlibat secara aktif sepanjang pelaksanaan bengkel ini.
#JabatanDigitalNegara #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #DasarJDN #MalaysiaMADANI #TowardsAnAINation2030
MESYUARAT PENYELARASAN PERKHIDMATAN PERUNDINGAN DAN KERJASAMA STRATEGIK ANTARA JABATAN AUDIT NEGARA DAN JABATAN DIGITAL NEGARA
Sesi Mesyuarat Penyelarasan Perkhidmatan Perundingan dan Kerjasama Strategik antara Jabatan Audit Negara dan Jabatan Digital Negara telah diadakan pada 18 Mei 2026 dan dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohd Zamri bin Selamat selaku Ketua Perunding ICT (Strategis), Bahagian Perundingan Digital, Jabatan Digital negara (JDN).
Mesyuarat ini bertujuan memberikan khidmat nasihat yang diperlukan oleh Jabatan Audit Negara bagi penambahbaikan Sistem e-SelfAudit dan perkhidmatan digital yang melibatkan aspek integrasi teknologi, pengukuhan tadbir urus ICT serta penerapan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bagi mempertingkat kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan.
Sesi perbincangan turut melibatkan pegawai di bahagian Jabatan Digital Negara mengikut bidang kepakaran masing-masing, antaranya berkaitan Khidmat Rundingan Teknikal, Chatbot AI dan Plaftorm AIaaS, Cloud Framework Agreement (CFA), aplikasi SuaRA dan NeXa, pelaksanaan Digital Signature, pengintegrasian Sistem PriMMs dengan Audit Data Warehouse, integrasi MyGov, Portal Data Terbuka, platform MyGDX serta tadbir urus perolehan ICT Sektor Awam. Mesyuarat ini telah diselaras oleh Unit Ketua Perunding ICT (Strategis) (UKPS), Bahagian Perundingan Digital (BPD).
Mesyuarat dan sesi khidmat nasihat seperti ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama strategik, memperluas perkongsian kepakaran teknikal serta mempercepat agenda transformasi digital sektor awam secara lebih terancang, efisien dan berimpak tinggi. Pihak BPD JDN mengalu-alukan kerjasama strategik dengan agensi Sektor Awam yang memerlukan perkongsian kepakaran dan khidmat nasihat dalam pengadaptasian AI.
#JabatanDigitalNegara
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#TaatSetia
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐) ๐๐๐๐ ๐/๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Kursus ICT Upskilling Programme (ICTUPSKILL) Siri 1/2026 Kepada Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) telah dilaksanakan pada 19 hingga 21 Mei 2026 di Bilik Latihan ICT, Jabatan Digital Negara (JDN), Cyberjaya.
Kursus ini dianjurkan oleh Seksyen Pembangunan Kompetensi Sistem Maklumat (SPKP), Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur Digital (BSA), Jabatan Digital Negara (JDN) dan merupakan salah satu kursus di bawah Program Pembangunan Kompetensi Perkhidmatan Sistem Maklumat Tahun 2026.
Kursus ICTUPSKILL Siri 1/2026 yang memfokuskan kepada modul Basic Programming and Web Application Development merupakan platform pembangunan kompetensi yang bertujuan memperkukuh keupayaan teknikal PPTM, khususnya dalam bidang pembangunan aplikasi web dan pengaturcaraan.
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan serta kemahiran praktikal kepada peserta berkaitan asas pengaturcaraan, pembangunan aplikasi web berasaskan PHP, penggunaan pangkalan data serta pelaksanaan fungsi Create, Read, Update and Delete (CRUD) dalam pembangunan sistem.
Melalui kursus ini, peserta dapat meningkatkan keupayaan dalam membangunkan dan menyokong keperluan aplikasi jabatan secara lebih sistematik, seterusnya menyumbang kepada penyampaian perkhidmatan ICT yang lebih cekap dan berkualiti.
Penyertaan kursus kali ini melibatkan seramai 26 orang PPTM Gred FA5 dan FA6. Sejak diperkenalkan pada tahun 2022, kursus ICTUPSKILL telah melatih seramai 238 orang PPTM sehingga tahun 2026.
Penganjuran kursus ICTUPSKILL ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua PPTM serta menjadi pemangkin dalam merealisasikan usaha meningkatkan prestasi kerja melalui penguasaan kemahiran pengaturcaraan dan pembangunan aplikasi web, di samping memperkukuh kemahiran sedia ada secara lebih berfokus dan berkesan selaras dengan keperluan perkhidmatan ICT jabatan.
#JabatanDigitalNegara
#MalaysiaMadani
#MalaysiaDigital
#ICTARP
#KompetensiSkimF
jomdigital
๐ข HEBAHAN WEBINAR JDN AI TECH TALK SERIES: Introduction to Artificial Intelligence Concepts
JDN bersama Microsoft akan menganjurkan webinar berkaitan Konsep AI dalam tugasan harian sektor awam.
๐ 15 Jun 2026 (Isnin)
๐ป Webinar / Online
๐ Sijil penyertaan disediakan
๐ Sesi 1: 10.00 pagi โ 11.30 pagi
๐ Sesi 2: 3.00 petang โ 4.30 petang
๐ Topik menarik:
* Pengenalan kepada Konsep Asas Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence)
* Gambaran Umum Berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) dan Pembelajaran Mesin (Machine Learning)
* Beban Tugas AI yang Lazim: Penglihatan Komputer, Pemprosesan Bahasa, Pertuturan dan Pembuatan Keputusan
* Contoh Aplikasi Kecerdasan Buatan dalam Pelbagai Industri
* Prinsip AI Bertanggungjawab: Keadilan, Kebolehpercayaan, Privasi dan Ketelusan
* Laluan Pembelajaran dan Langkah Susulan untuk Meningkatkan Kemahiran dalam Bidang AI
๐ Daftar/Penyertaan:
https://t.co/mcIF2v9wEJ
Jom kongsikan kepada warga Kementerian/Jabatan/Agensi tuan/puan.
#JabatanDigitalNegara #AICourses #Microsoft365 #TowardsAnAINation2030 #MalaysiaMadani #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Jabatan Digital Negara (JDN) telah menyertai Persidangan NextBigTech Asia 2026 menerusi sesi bertajuk โRegulating Emerging Tech โ Where Do Governments Draw the Line?โ yang membincangkan pendekatan kerajaan dalam mengimbangi inovasi teknologi dan aspek regulatori dalam era pendigitalan masa kini.
Dr. Noor Hasliza Mohd Hassan, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perundingan Digital, Jabatan Digital Negara telah dijemput sebagai panelis bagi berkongsi pandangan berkaitan tadbir urus teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI), Internet Pelbagai Benda (IoT), blockchain dan teknologi digital ke arah penggunaan yang lebih selamat, telus dan bertanggungjawab.
Dalam persidangan ini, JDN turut mengetengahkan produk pendigitalan berteraskan AI iaitu GPAISA dan Platform AIaaS melalui pameran yang disediakan penganjur sebagai usaha memperkukuh agenda transformasi digital negara.
#JabatanDigitalNegara
#JDN
#NextBigTechAsia2026
#MalaysiaMADANI
#AIUntukRakyat