🦻 Saringan pendengaran merupakan ujian asas yang dilakukan ke atas bayi untuk mengesan masalah pendengaran seawal selepas dilahirkan.
🩺 Kaedah saringan pendengaran bayi yang digunakan iniadalah selamat, cepat, mudah, tidak menyakitkan dan tepat untuk mengesan sebarang masalah pada pendengaran bayi.
‼️ Jalani saringan pendengaran untuk bayi anda sekarang.
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Kandungan nutrisi yang terdapat dalam 1 tongkol sederhana jagung ,
- Tenaga : 154 kcal
- Karbohidrat : 30 g
- Protein : 9.2 g
- Lemak : 4.6 g
- Serat : 1 g
Terdapat juga zat fosforus dan kalium dalam jagung yang baik untuk saraf dan mengawal keseimbangan bendalir badan.
🧤Tujuan pemakaian sarung tangan dalam kalangan pengendali makanan adalah untuk menyentuh makanan sahaja.
🥪🥢🌮Namun, terdapat sesetengah pengendali makanan yang mengabaikan amalan kebersihan yang baik dengan menyentuh pelbagai permukaan dan objek seperti wang, peralatan memasak, pinggan, cawan dan sebagainya semasa memakai sarung tangan.
❗ Malah, terdapat segelintir pengendali makanan yang menyentuh mata, muka dan hidung semasa memakai sarung tangan.
📌Tindakan tersebut menyebabkan bakteria daripada objek dan pengendali tersebut berpindah kepada makanan yang akan menjejaskan kebersihan makanan. Keadaan ini akan meningkatkan risiko berlakunya keracunan makanan dalam kalangan pengguna.
✅Sekiranya pengguna mempunyai kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang https://t.co/XoPbLJJ6QO.
KKM ingin memaklumkan SOP terbaharu pemakaian pelitup muka yang berkuat kuasa sejak 5 Julai 2023.
Pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan dalam pengangkutan awam tetapi amat digalakkan berdasarkan penilaian risiko kendiri.
Selain itu, individu termasuk pelawat, pesakit, penjaga dan anggota kesihatan DIKENHENDAKI memakai pelitup muka di FASILITI KESIHATAN apabila berhadapan, berinteraksi dengan atau merawat pesakit.
Namun begitu, pemakaian pelitup muka di fasiliti kesihatan boleh dikecualikan di kawasan terbuka dan di mana tiada interaksi dengan pesakit seperti di ruang parkir.
Majlis Apresiasi Panel Penasihat Klinik Kesihatan JKWPKL&P Sesi 2020/2023 akan diadakan pada 14 Julai 2023 (Jumaat) jam 10.00 pagi di Foyer, JKWPKL&P dan disempurnakan oleh Ybhg Datin Dr. Haliza Binti Abdul Manaf, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Bahagian Kesihatan Awam).
Perintah Pemerhatian dan Pengawasan (HSO) di bawah Akta 342 masih lagi berkuatkuasa sehingga kini. Bagi individu yang positif COVID-19, tempoh masa kuarantin wajib dijalankan selama 7 hari.
Walau bagaimanapun, pelepasan awal boleh diberikan sekiranya keputusan ujian COVID-19 yang diselia oleh pengamal perubatan negatif bermula pada hari ke-empat jangkitan.
1/2
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru buat kesemua warga pendidik.
Peranan seorang insan bernama guru terlalu berat dan sarat dengan amanah dalam mendidik anak bangsa. Merekalah yang bertanggungjawab memanusiakan manusia.
Mulai 3 Julai 2022, KKM telah memulakan pengoperasian Klinik Extended Hours di:
📍Klinik Kesihatan Kuala Lumpur
📍Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9
📢 Waktu operasi bagi klinik-klinik ini adalah pada setiap hari seperti dikongsikan sehingga tarikh yang ditentukan kelak.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Mohon ambil maklum tentang perubahan lokasi, hari dan masa operasi bagi aktiviti berkaitan COVID-19 di semua CAC di bawah JKWPKL&P seperti jadual di bawah.
Perubahan ini berkuatkuasa serta-merta.
Terima kasih.
ORAL CARE FOR CHILDREN🪥🦷🧸
What are the Do's and Don'ts?
⭐️ Only a smear of toothpaste for children under 5 years old and pea-sized over 5 years old
⭐️ Do regular dental check-up
⭐️ Consume more fruits and vegetables
⭐️ Brush teeth twice daily (morning and night)
Berikut merupakan jadual kempen derma darah pada 27 JUN 2022 (ISNIN).Kepada mereka yang berkelapangan hadirlah menderma darah di lokasi yang berhampiran.
💥 Perut boroi berlaku apabila lemak berkumpul di bahagian abdomen atau perut.
✅Dikongsikan langkah yang boleh kita lakukan untuk menghapuskan perut boroi.
Kemudahan cuti menjaga anak yang diisolasi atau memerlukan pengasingan bukan tiket untuk pergi bercuti atau melancong.
Gunakan tempoh ini untuk menjaga kesihatan dan kebersihan anak-anak, diri dan keluarga.
Rujukan pekeliling: https://t.co/ibwXwN5BaU @jpagov
🚨 HFMD mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Mohon ambil maklum tentang perubahan lokasi, hari dan masa operasi bagi aktiviti berkaitan COVID-19 di semua PKD di bawah JKWPKL&P seperti jadual di bawah.
Terus kekal patuhi SOP dan amalkan norma baharu. Terima kasih.
Hanya tinggal beberapa hari lagi sehingga 31 Mei 2022 bagi kanak-kanak di seluruh negara di Malaysia untuk mendapatkan suntikan dos pertama vaksin COVID-19.
Ayuh, jangan berlengah lagi!
Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.
https://t.co/5A7tRDl2E3
#JabatanPenerangan
17 Mei setiap tahun adalah Hari Hipertensi Sedunia.
Laporan NHMS 2019 menunjukkan 3️⃣ daripada 🔟 atau 6.4 juta orang dewasa di Malaysia menghidap darah tinggi atau hipertensi.
KKM amat menghargai jasa baik anda yang layak untuk tampil menderma bagi memenuhi keperluan stok darah di negara ini.
1️⃣ beg darah mampu menyelamatkan 3️⃣ nyawa ❤️❤️❤️
@PDNKKM