𝗞𝗥𝗜𝗦𝗜𝗦 𝗕𝗘𝗞𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗚𝗟𝗢𝗕𝗔𝗟
𝗜𝗻𝘁𝗶 𝗣𝗮𝘁𝗶 𝗧𝗮𝗸𝗹𝗶𝗺𝗮𝘁 𝗬𝗕 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 | 𝟮𝟱 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲
Taklimat ini membentangkan perkembangan semasa krisis bekalan global yang memberi kesan kepada harga tenaga, makanan, logistik dan rantaian bekalan antarabangsa, serta langkah mitigasi Kerajaan MADANI dalam memastikan kestabilan ekonomi dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Antara tumpuan utama:
➤ Pergerakan harga global melibatkan minyak mentah Brent, LNG dan arang batu susulan ketidaktentuan geopolitik dunia
➤ Status bekalan minyak negara yang kekal mencukupi serta pemantauan berterusan terhadap bekalan elektrik dan logistik negara
➤ Pemantauan harga makanan domestik yang masih terkawal serta penggunaan Dashboard Pemantauan Krisis Bekalan dan aplikasi PriceCatcher
➤ Prestasi sektor agrikomoditi serta cabaran peningkatan kos logistik, operasi dan input pertanian
➤ Langkah mitigasi kerajaan termasuk bantuan BUDI Agri-komoditi, penyelarasan input pertanian dan pengukuhan rantaian logistik
➤ Jaminan keterjaminan bekalan ubat-ubatan dan peranti perubatan melalui pemantauan berkala serta pengukuhan stok penimbal nasional
➤ Komitmen kerajaan untuk memastikan bantuan dan intervensi dilaksanakan secara bersasar, berasaskan data dan mengikut keperluan semasa
Kerajaan akan terus memperkukuh koordinasi merentas kementerian dan agensi bagi memastikan bekalan asas negara kekal stabil, tekanan kos dapat diurus dan kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
#KementerianEkonomi
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#Krisisbekalanglobal