Siapa follow kenyataan Teresa dia akan tau, kritikan Teresa bukan atas logo halal tu.
Teresa cuma takut peniaga kecil terbeban dek modal nak ambil logo halal bukan kecik-kecik anak & bukan sehari dua boleh siap.
Dalam podcast ini pun ada cerita.
Nik Nazmi Sahkan Ditahan JAIS, Mohon Maaf Kepada Isteri Dan Keluarga
OLEH MYNEWSHUB
PETALING JAYA: Pemimpin Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad, mengesahkan beliau antara dua individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi membantu siasatan kes disyaki khalwat di Petaling Jaya pada 15 Oktober lalu.
Bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu berkata, pertemuan berkenaan bertujuan membincangkan projek yang sedang diusahakan bersama rakan-rakannya.
Menurut kenyataannya, perbincangan bermula di studio mereka di Brickfields, Kuala Lumpur, sebelum diteruskan di Petaling Jaya bagi melihat beberapa bahan berkaitan projek tersebut.
Nik Nazmi mengakui hanya beliau dan seorang wanita berada di lokasi ketika pegawai JAIS tiba.
Bagaimanapun, beliau menegaskan mereka tidak melakukan tindakan sumbang yang menimbulkan syak wasangka.
Beliau turut mengakui kesilapan pertimbangannya dan menyatakan kesediaan memberikan kerjasama dalam sebarang proses perundangan.
Susulan kejadian itu, beliau memohon maaf kepada isteri, keluarga serta semua pihak yang terkesan.
Permohonan maaf turut ditujukan kepada Bersama kerana mengecewakan ahli dan penyokongnya.
Beliau menyatakan kesediaan menerima apa jua keputusan parti berhubung perkara tersebut.
Nik Nazmi turut meminta semua pihak menghormati proses perundangan dan tidak memanjangkan perbicaraan melalui media.
Terdahulu, JAIS mengesahkan dua individu ditahan sekitar jam 6 petang pada 15 Oktober bagi membantu siasatan kes disyaki khalwat membabitkan seorang figura awam di daerah Petaling.
Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
Jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda maksimum RM3,000, penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.
JAIS turut mengingatkan orang ramai supaya menjaga tutur kata serta mengelakkan spekulasi atau penyebaran perkara yang boleh mengaibkan individu terbabit sementara siasatan dijalankan.
MYNEWSHUB
Ada pihak di Indonesia tak faham....bahasa Indonesia itu adalah bahasa Melayu....
Bijak pandai mereka sendiri memberikan penjelasan pun mereka tidak faham...
Dua beradik, masing-masing berusia 37 dan 23 tahun diberi notis untuk hadir ke Pejabat Agama Daerah Yan bagi membantu siasatan selepas didapati tidak menunaikan solat Jumaat, hari ini.
Berita penuh:
https://t.co/ozVBaaYKeQ
Cerita dari awal macam ni,pakcik sebelah rumah aku ni dia tak puas hati masa mula2 aku pindah aku tak lapor diri kat dia.
Bermula dari situ dia tak puas hati macam2 pasal apa yang aku dengan keluarga aku buat kat rumah 😅
Peguam Dakwa Ketua Pengarah AKPS Kasari 2 Anggota PDRM Di KLIA #MGFlash
Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Suhaily Mohd Zain didakwa mengasari secara fizikal dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika mereka menjalankan tugasan rasmi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 28 September lalu.
#malaysiagazette #KLIA #AKPS
Fasa pertama Program Penghantaran Pulang tahanan Myanmar. Sebanyak 1476 warga Myanmar dihantar pulang ke negara asal.
Yang buat taik Kerajaan BN
Yang kena bersihkan Kerajaan Madani
Korang nak viral sangat kan?
Meh sini biar satu Malaysia kenal muka-muka yang tak ada rasa hormat pada kaum sendiri dan sanggup persendakan Rukun Negara kita.