Backstreet boys came together after 26 years and recreated the popular "I want it that way" video.
These guys don't seem to age, just like their tracks ๐ฅ
TERKINI | Peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan tentera Israel selepas pemintasan di perairan antarabangsa disoal siasat tanpa akses kepada peguam, kata pertubuhan hak asasi Adalah.
#BuletinTV3#BeritaTerkini#Israel#AktivisGSF#Gaza#MisiKemanusiaan #HakAsasi #SoalSiasat
Kebahagiaan sebenar seseorang bukan kepada dia memiliki atau tidak sesuatu benda tapi sejauh mana kesyukuran atas apa yang dia miliki atau apa yang dia tidak miliki
Ada satu jenazah dibawa lalu depan Nabi ๏ทบ. Baginda pun berdiri, sebagai tanda hormat.
Ada yang tegur, "Ini adalah jenazah Yahudi."
Nabi jawab, "Bukankah ia juga satu jiwa?"
[Sahih Bukhari 1312, Sahih Muslim 961]
@Solisidtor Alhamdulillah rakyat kelantan walau dikatakan negeri termiskin. Tgk kedai emas org melayu punya, tgk stesen minyak orang melayu punya, tgk hotel orang melayu punya, tgk kedai runcit pun orang melayu punya. Cuba try test pegi negeri selangor yang dikatakan maju tu,. Siapa yg maju.
Kita perlu belajar menerima, kalau orang yg tidak respon itu sebenarnya sudah memberi respon, org yg tidak menjawab sebenarnya telah memberi jawapan yang jelas bahawa kita tidak penting bagi dia sehingga dia menunda balasan sesuka hati dia. Fikir2 lah.
#BahagiaItuPilihan
RESEPI SAMBAL PENYET PALING SEDAP
Saya ni memang sangat suka makanan indonesia, terutamanya nasi ayam penyet. Dari zaman bujang lagi duk layan nasi ayam penyet ni. Siap belajar macam-macam resepi sambal penyet. Tapi semua resepi tu macam ada tak kena. Masih belum betul-betul puas hati dan belum sama macam kedai faveret. Hahahah.
Haritu, ada lah terfikir nak cuba cari resepi yang memang dari orang indonesia. Cari punya cari, terjumpa lah satu resepi ni. Pelik sikit resepi dia, sebab tak letak bawang merah. ๐ Macam risau jugak, takut tak sedap, sebab sebelum ni resepi sambal penyet semua kena letak bawang banyak-banyak. Haha.
Tapi rupa-rupanya resepi ni memang PERFECT. Sedap sangat-sangat bagi tekak saya. Memang rasa macam tak perlu beli kat kedai dah. Hahaha.
Resepinya mudah saja.
Bahan-bahan :
Tomato (belah 4)
Cili besar
Cili padi
Belacan
Ikan bilis (segenggam)
Minyak masak
**Takde sukatan khusus. Agak-agak je ikut selera kita. Nak sedap, lebihkan tomato. Nak pedas, lebihkan cili padi. Nak merah, lebihkan cili besar. Haaa begitulah.
Cara-cara :
1. Goreng ikan bilis dengan sedikit minyak sehingga garing.
2. Bila ikan bilis dah garing, terus masukkan tomato ke dalam kuali gorengan ikan bilis tadi.
3. Masukkan pula cili besar, cili padi dan belacan.
4. Goreng sehingga layu.
5. Bila semua dah layu, tutup api, dan biarkan sejuk.
6. Setelah sejuk, baru masukkan dalam blender. Blend kasar sahaja, guna butang pulse. Atau boleh juga guna chopper, atau tumbuk guna lesung batu.
7. Saya punya ni saya guna hand blender.
8. Dah siap blend kasar, masukkan semula sambal tadi ke dalam kuali yang sama.
9. Masak sehingga kering air dan pecah minyak. Letak garam sikit. Boleh tambah gula jika suka.
10. Siap!
Resepi ni memang resepi sambal penyet terbaik yang saya pernah rasa. Dan suami pun memang konpem bertambah nasi bila saya buat sambal penyet ni. Alhamdulillah. ๐
Selamat mencuba semua.