@bckupacc99@MohdSanyHamzan boss, area awak nie, drpd terjerit-jerit bodohkan diri sendiri, buat kerja hakiki boss!! @JohanAbdAziz mohon siasat jika di kawasan anda dan ambil tindakan @mpkajang siasat dan ambil tindakan, api elektrik masuk macamana? @Tenaga_Nasional supply bangunan ini?
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi nombor yang disediakan dibawah:
Pejabat DUN Dusun Tua
+603 9025 2670
Pejabat Penyelaras DUN Semenyih
+603 8723 1965
Berita baik untuk rakyat negeri Selangor khususnya di DUN Dusun Tua & DUN Semenyih.
Skim Air Darul Ehsan adalah inisiatif kerajaan Negeri Selangor bagi mendapatkan rebat air percuma sebanyak 20 meterpadu setiap bulan. Kelayakan adalah kepada setiap Isi Rumah berpendapatan RM5000 dan kebawah.
1. Terbuka kepada Rakyat Negeri Selangor atau bermastautin lebih 10 tahun di DUN Dusun Tua / DUN Semenyih.
2. Premis kediaman adalah meter individu.
Pagi ini baru saja saya semak status padang ini di Dewan Negeri dan Majlis Sukan Negeri Selangor, akan mereka selesaikan hal padang ini kerana peruntukkannya dari mereka. Terima kasih
Mengiringi YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya di dalam Program Turun Padang untuk meninjau Projek Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT 3210, lokasi pembentungan air di Kampung Sungai Raya, persimpangan Taman Sri Nanding dan lokasi tambahan iaitu persimpangan lampu isyarat Batu 14
JAMUAN AIDILFITRI RUMPUN SELANGOR @ HULU LANGAT BERSAMA ADUN DUSUN TUA & AHLI PARLIMEN HULU LANGAT
Dengan segala hormatnya dijemput ke program yang akan diadakan pada malam ini:
25 APR 2024 (KHAMIS)
8.00 PM - 10.30 PM
DEWAN SERBAGUNA, IKTBN DUSUN TUA, HULU LANGAT
Untuk makluman, DYMM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj turut berkesudian untuk Mencemar Duli ke Majlis Jamuan Aidilfitri yang bakal diadakan
DAPUR YB SUNTUO : EDISI KONGSI REZEKI 3.0
Juadah berbuka Puasa secara PERCUMA pada 29 Mac, 2024 (hari ini) jam 5 Petang di perkarangan Pusat Khidmat ADUN Dusun Tua Taman Seri Mas.
Jumpa anda disana pada petang ini!
Juadah berbuka Puasa secara PERCUMA pada 23 Mac, 2024 (Esok) jam 5 Petang di perkarangan Pusat Khidmat ADUN Dusun Tua Taman Seri Mas.
Semua dijemput hadir!
Jumpa anda disana esok!
Alhamdulillah juadah berbuka puasa secara PERCUMA pada petang tadi yang telah diadakan harini berjalan dengan jayanya, di perkarangan Pusat Khidmat ADUN Dusun Tua Taman Seri Mas
In shaa Allah juadah berbuka puasa percuma akan diadakan lagi sabtu minggu hadapan 23hb 2024, bertempat di perkarangan Pusat Khidmat ADUN Dusun Tua. Jumpa anda di sana!
Dapat saya bersama-sama meraikan Program Foodbank Sayangi Komuniti Selangor anjuran Kelab Peduli Sayang Komuniti Selangor dengan kerjasama Syarikat pengeluar dan NGO-NGO.
Syabas tahniah diucapkan kepada semua yang telah menjayakan Program ini yang cukup prihatin di dalam membantu masyarakat khususnya golongan yang memerlukan
Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadhan kepada Masjid dan Surau yang terdapat di dalam DUN Dusun Tua telah diadakan di Dewan Orang Ramai, Taman Sri Nanding.
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu persiapan di dalam menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba bagi setiap Masjid dan Surau; insya Allah
Majlis Santai Ilmu di dalam memanfaatkan malam Nifsu Syaaban bersama Che’Gu Mahadi Mohd Ismaei’ly anjuran Biro Agama, Amal & Dakwah UMNO Bahagian Hulu Langat di Surau Taman Titiwangsa, Hulu Langat
[PENGUMUMAN]
Penduduk yang menyusuri persimpangan Kampung Melaka - Langat Jaya dinasihati untuk berhati-hati kerana lampu isyarat yang tidak berfungsi akibat kerosakan.
Saya dimaklumkan oleh JD JKR bahawa lampu isyarat tersebut termasuk di dalam projek penyelenggaraan flyover Batu 9 dan proses membaik-pulih akan mengambil masa selepas cuti perayaan Tahun Baru Cina kerana melibatkan alat ganti yang sedang diusahakan oleh kontraktor.
Penduduk diminta bersabar dan insya Allah pembaikan akan dilakukan dengan segera
(Berikut adalah gambar dikongsikan kepada saya. Berdasarkan semakan ditapak pada jam 6.55 ptg 6 Feb 2024, didapati output back card telah hangus terbakar)
Mengedarkan buah limau di sekitar Kopitiam Cheras Awana dan Pekan Suntex Batu 9 bagi menyemarakkan lagi semangat sambutan Perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba
Salam Israk Mikraj 27 Rejab 1445H kepada seluruh umat islam di negara ini. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang menjadi rahmat buat umat islam semesta alam.
Berkesempatan untuk berjumpa penduduk penduduk tempatan untuk mengedarkan buah limau di sekitar Pekan Batu 14, Hulu Langat bagi menyemarakkan lagi semangat sambutan Perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba
Majlis sambutan Tahun Baru Cina dan penyerahan cek bantuan awal persekolahan 2024 (BAP) peringkat Negeri Selangor oleh YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan di SJKC Yu Hua
PROGRAM PENYERAHAN BAUCAR JOM SHOPPING TAHUN BARU CINA 2024 DUN DUSUN TUA & SEMENYIH
DUN Dusun Tua
Tarikh: 3 Februari 2024
Waktu: 09:30AM - 01:00PM
Tempat: NSK Trade Centre, Batu 9 Cheras, Hulu Langat
DUN Semenyih
Tarikh: 4 Februari 2024
Waktu: 09:30AM - 01:00PM
Tempat: Econsave Bandar Rinching, Semenyih
1. Tuntutan baucar hanya akan diedarkan kepada penerima yang telah memohon dan lulus sahaja.
2. Sila bawa kad pengenalan pemohon.
3. Pastikan kehadiran mengikut masa yang telah ditetapkan.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada Kerajaan Negeri Selangor yg prihatin di dalam membantu rakyat di musim perayaan ini dan semoga ianya sedikit sebanyak dapat memeriahkan persiapan sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba