Nasib Malang Seorang Doktor Wanita Di India - Dir0gol Hingga Mati
Seorang doktor dalam latihan (trainee doctor) berusia 31 tahun dir0gol hingga mati dipercayai oleh 10 lelaki dalam kawasan hospital di Kolkata, Bengal Barat, India.
Kejadian berlaku ketika dia tidur sebentar selepas berkerja syif berterusan selama 36 jam....
Ketika bapa doktor berkenaan melihatnya....mayatnya separa kaku, kakinya bengkok ke belakang 90 darjah, tulang pelvis patah, matanya berdarah dan hampir 120 luka lain di seluruh badan....
Apa yang lebih menyakitkan hati....pihak hospital menahan mayatnya selama tiga jam dan kemudian memberitahu keluarganya bahawa doktor wanita berkenaan telah membunuh diri....
Persatuan Perubatan India mengumumkan mogok 24 jam di seluruh negara hari ini (Sabtu) sebagai tanda protes kepada pembunuhan tersebut.
Parti politik, termasuk Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi yang menjadi pembangkang di Bengal Barat, di mana Kolkata adalah ibu kota, berkata mereka akan mengadakan protes di bandar itu pada hari Jumaat.
Barisan pelakon Bollywood, selebriti lain dan ahli politik telah menyuarakan rasa terkejut dengan jenayah itu.
Mereka menggesa hukuman yang lebih tegas bagi pelaku jenayah terhadap wanita.
Seorang sukarelawan polis yang bekerja di hospital itu telah ditangkap dan didakwa atas jenayah itu. - Mynewshub