ISLAM MELAWAN LIBERALISME
PAS yang berpegang kepada aqidah Islam dan syariatnya yang sempurna menentang langkah ke arah perubahan berjenama progresif atau liberal yang berkonsepkan sekularisme serta sesiapa yang bersekongkol dengannya.
Konsep ini nyata mencabar Islam dan konsep kepimpinannya, sama ada oleh satu parti seperti DAP dan sepertinya ataupun kerjasama gabungan seperti Pakatan Harapan dan komponennya walaupun berjenama Islam.
Rasulullah SAW mentafsirkan ayat di atas dengan melakar satu garisan yang lurus di atas tanah. Kemudian, Baginda melakar cabang-cabang yang di setiap cabang itu adanya syaitan yang menggoda supaya terpesong dari sampai ke hala tuju, yakni jalan yang lurus mengikut petunjuk Allah.
[Hadis riwayat al-Nasa’i, al-Sunan al-Kubra, Kitab al-Tafsir, No. 11109, dan Ahmad, Musnad Ahmad, Musnad al-Mukhthirin min al-Sahabah, No. 4437, daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud]
PAS membatalkan kerjasama dengan parti-parti yang mengheretnya keluar dari sempadannya apabila nyata memusuhi Islam, menafikan kedaulatan dan kepimpinannya seperti sekularisme, atau memesongkan dari dasar dan hala tujunya dengan menggunakan istilah yang menarik dan bahasa yang menggoda seperti liberal, progresif, madani, dan lain-lain.
PAS boleh bekerjasama dengan semua pihak secara tahaluf atau ta‘awun dalam sempadan prinsip dan rukun perjuangannya. Tindakan ini berpandukan firman Allah SWT yang diulangi dengan tegas beberapa kali:
﴿لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ ٨ إِنَّمَا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَٰتَلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَأَخۡرَجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ وَظَٰهَرُواْ عَلَىٰٓ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمۡ فَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ ٩﴾
“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya, Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (8) Sesungguhnya, Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan sesiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9)” [Surah al-Mumtahanah: 8–9]
PAS mempunyai pasukan ilmuwan yang memelihara hukum nas dan ijtihad secara jama‘i dalam Majlis Syura Ulamak serta kepimpinan berbagai-bagai lapangan yang cukup dalam segala jurusan. Hal ini adalah bagi memelihara ilmu dan mentadbir dalam lapangan perjuangannya mengikut huraian Imam al-Mawardi RH:
“Ilmu yang memelihara sempadan hukum serta menangani perubahan dan perbezaan kehidupan manusia mengikut sempadan Allah.”
Baca selanjutnya:
https://t.co/PFYBZTcH9e
[PENOLAKAN KONSERT COLDPLAY DI MALAYSIA]
Hangat sejak semalam isu terbaru yang berlaku di di tanah air kita. Dimana kedatangan penyanyi antarabangsa iaitu Coldplay. Umum mengetahui bahawa Coldplay merupakan salah sorang penyanyi yang mempromosikan LGBT di setiap konsert beliau.
penganjuran program tersebut mengikut kapasiti masing-masing yang bertentangan dengan nilai-nilai yang diterima oleh masyarakat di Malaysia.
Sekian.
Nur Izzah Binti Siapul Ameri @ Saiful Ameri
Timbalan Presiden Kesatuan Mahasiswa UUM
untuk bersama-sama membantah penganjuran program tersebut mengikut kapasiti masing-masing yang bertentangan dengan nilai-nilai yang diterima oleh masyarakat di Malaysia.
Sekian.
Nur Izzah Binti Siapul Ameri @ Saiful Ameri
Timbalan Presiden Kesatuan Mahasiswa UUM
SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK 2023
Kesatuan Mahasiswa ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua penganut agama buddha di seluruh Malaysia.