PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO RASMI SEMPENA SAMBUTAN 75 TAHUN KOKITAB.
Menjemput anda yang mempunyai bakat untuk menyertai! Logo kreatif dan menarik akan dipilih. Ikuti syarat & terma di bawah.klik link utk daftar sekarang! Tarikh tutup Penyertaan 22/4/2025. https://t.co/gLtHEoan0A
𝙎𝙀𝙇𝘼𝙈𝘼𝙏 𝙃𝘼𝙍𝙄 𝙍𝘼𝙔𝘼 𝘼𝙄𝘿𝙄𝙇𝙁𝙄𝙏𝙍𝙄 𝙈𝘼𝘼𝙁 𝙕𝘼𝙃𝙄𝙍 & 𝘽𝘼𝙏𝙄𝙉 🌙✨💫
Ramadhan meninggalkan kita. Lambaian Syawal pula menjelma, Mohon Maaf Zahir & Batin Semua
Drpd : Pengerusi Kehormat, A. Lembaga, Jkuasa Audit Dalaman & ktangan KOKITAB
#kokitab#raya2025
Merafak Sembah, Menjunjung Kasih dan Setinggi-tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah sempena Ulang Tahun Hari Pertabalan KDYMM Sultan Terengganu
@KUSKOPMalaysia@Inst_Koperasi
Daulat Tuanku
Sempena Pertabalan ke Bawah Duli yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong yang ke - 17 tanggal 20 Julai 2024 bersamaan dengan 14 Muharam 1446
Sembah ta'zim daripada
JKR Kuala Nerus
Seluruh warga JKR Kuala Terengganu mengucapkan Selamat menyambut Maal Hijrah Tahun 1446H / 2024M . 1 Muharam 1446H bersamaan 7 Julai 2024M."Al-Falah Pemacu Malaysia Madani".
@IPJKR_Official@JKRTerengganu@HasliJKR@asharimuda
Selamat Menyambut Awal Muharam 1446H buat semua umat Islam
"Orang2 yg beriman,&orang2 yg berhijrah serta berjuang pd Jln Allah (utk menegakkan Agama Islam) mereka itulah orang2 yg mengharapkan Rahmat Allah& (ingatlah),Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."Al-Baqarah 2: 218
Selamat Hari Raya Aidiladha 1445H. Semoga segala doa dan pengorbanan kita diterima oleh-Nya. Salam Aidiladha dari Pengurus Besar Kanan Pembinaan dan seluruh warga JKR Pasukan Projek Persekutuan Terengganu.
@IPJKR_Official@JKRTerengganu@TeamProjekTrg@HasliJKR@IrhjNapi#PPPNT
Perutusan Aidiladha 1445 Hijrah / 2024 Masihi
Menteri Besar Terengganu Darul Iman
Tajuk: Penghayatan Makna Sebuah Pengorbanan
Alhamdulillah, kita dipertemukan sekali lagi dengan Hari Raya Aidiladha, hari yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghayati makna sebenar di sebalik perayaan ini.
Aidiladha adalah perayaan yang penuh makna dan hikmah. Ia mengingatkan kita tentang kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS. Sirah ini mengajarkan kita tentang ketaatan, keikhlasan dan pengorbanan sebagai hamba untuk menunaikan perintah Allah SWT dalam setiap aspek kehidupan kita.
Ibadah korban yang kita laksanakan adalah simbol kepada kesediaan kita untuk berkorban demi kebaikan dan kebahagiaan orang lain. Ia juga merupakan manifestasi rasa syukur kita atas segala nikmat yang telah Allah SWT berikan. Syukur Alhamdulillah bagi mereka yang dikurniakan rezeki menyertai ibadah korban tahun ini.
Di sebalik kegembiraan menyambut Aidiladha, kita juga harus mengenang pengorbanan yang kita lakukan dalam kehidupan seharian.
Sudah pasti setiap daripada kita telah melakukan pengorbanan dalam posisi masing-masing sama ada sebagai anak, ibu bapa, majikan, pekerja dan sebagainya. Pada masa ini juga, kita dapat lihat pengorbanan hebat saudara kita di Palestin yang sedang berjuang mempertahankan tanah air umat Islam.
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan dan kebahagiaan kepada kita semua. Saya berharap kita semua akan terus berusaha menanamkan nilai-nilai pengorbanan dalam diri, kerana itulah kunci kepada sebuah masyarakat yang harmoni dan negeri yang maju.
Akhir kata, saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, maaf zahir dan batin. Semoga kita semua terus diberkati dan dirahmati Allah SWT.
'Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera'
Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar
Menteri Besar Terengganu
17 Jun 2024 / 10 Zulhijjah 1445H
Warga Kerja BPMek mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh rakyat Malaysia beragama Islam yang menyambutnya pada 17 Jun 2024/10 Zulhijjah 1445 H.
Semoga kita semua mendapat keredhaan, magfirah & rahmat drpd Allah sempena raya kali ini.
@IPJKR_Official@JKR_CKM
Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan;
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan.
SALAM AIDILADHA 1445H
Ikhlas Daripada Jurutera Daerah dan seluruh warga JKR Kuala Nerus
@JKRTerengganu@HasliJKR@MahzanNik
Selamat Hari Raya Aidiladha 1445H/2024M.Marilah kita mensyukuri nikmatNya & terus memelihara kebersamaan&saling memaafkan. Sama2lah merenung erti pengorbanan Nabi Ibrahim AS berkongsi kasih syg sesama manusia. Ikhlas drpd Warga Koperasi K/tgn Kerajaan Terengganu (KOKITAB) Berhad.
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam seluruh negara yang disambut pada 10 Zulhijjah 1445 Hijrah bersamaan 17 Jun 2024.
@IPJKR_Official@JKRTerengganu@HasliJKR@asharimuda
Selamat Menyambut Hari Arafah 1445 Hijrah.
Banyakkan berdoa di samping zikir yang diajarkan khas untuk Hari Arafah🤲 Rebutlah peluang dan kesempatan ini agar kita tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi. Disunatkan juga bagi kita berpuasa pada Hari Arafah.
𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 3 Jun 2024