PEMAKLUMAN RASMI
Koridor Utiliti Darul Ridzuan Sdn. Bhd. (KUDR) kini beroperasi secara rasmi di Wisma Majuperak bermula hari ini.
Sehubungan itu, sebarang urusan berkaitan KUDR boleh dilaksanakan di lokasi baharu kami seperti yang dinyatakan dalam poster pemakluman ini.
KUDR kekal komited untuk terus memberikan perkhidmatan yang cekap, profesional dan berkualiti kepada semua pihak berkepentingan.
Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada KUDR.
#KoridorUtilitiDarulRidzuan #KUDR
KUDR akan terus komited memainkan peranan sebagai One Stop Agency (OSA) Negeri Perak dalam menyelaras pembangunan utiliti secara lebih sistematik, cekap dan berimpak, sekali gus menyokong agenda pembangunan negeri serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.
PERASMIAN PEJABAT OPERASI KUDR DI WISMA MAJUPERAK & MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH KUDR BIL. 01/2026
Koridor Utiliti Darul Ridzuan (KUDR) hari ini melakar satu lagi detik penting dengan berlangsungnya Majlis Ringkas Perasmian Pejabat Operasi KUDR di Wisma Majuperak yang disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad, selaku Pengerusi KUDR. Perasmian ini mencerminkan komitmen berterusan KUDR dalam memperkukuh keupayaan organisasi dan mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan sebagai agensi penyelaras utiliti Negeri Perak.
#KoridorUtilitiDarulRidzuan
#KUDR
Sesi diteruskan dengan Mesyuarat Lembaga Pengarah KUDR Bil. 01/2026 sebagai platform membincangkan prestasi dan perkembangan operasi organisasi, kedudukan kewangan semasa, perancangan strategik jangka panjang, inisiatif transformasi digital serta pengukuhan kerjasama strategik bersama pelbagai pihak. Perbincangan turut memberi penekanan kepada usaha memperkasakan kecekapan penyampaian perkhidmatan, pembangunan modal insan dan penerapan inovasi dalam memastikan pengurusan koridor utiliti yang lebih bersepadu dan mampan.
Sinergi KUDR–ST mencerminkan komitmen bersama bagi membentuk ekosistem pembangunan utiliti Negeri Perak yang lebih selamat, cekap, patuh dan terancang demi usaha melindungi kepentingan rakyat, industri, aset serta kelangsungan pembangunan negeri.
MEMPERKUKUH SINERGI STRATEGIK DEMI INFRASTRUKTUR UTILITI YANG SELAMAT DAN BERDAYA TAHAN
Koridor Utiliti Darul Ridzuan (KUDR) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) pada 8 Julai 2026 sebagai langkah memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua organisasi.
#KUDR
#KoridorUtilitiDarulRidzuan
#SuruhanjayaTenaga
Pertemuan ini membuka ruang kerjasama dalam perkongsian maklumat, penyelarasan keperluan pelesenan dan orang kompeten, pemeriksaan tapak, penilaian teknikal serta pembangunan program kesedaran dan garis panduan berkaitan utiliti elektrik dan gas berpaip.
Melalui penguasaan sistem ini, Unit Operasi KUDR dapat meningkatkan kecekapan pemantauan, mengurangkan keperluan lawatan tapak berulang serta memastikan pelaksanaan kerja utiliti mematuhi kelulusan, prosedur dan keperluan keselamatan yang ditetapkan.
KUDR komited untuk terus memperkukuh kompetensi warga kerja serta memanfaatkan teknologi digital dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan dan tadbir urus pembangunan utiliti di Negeri Perak.
SESI HANDS-ON ONSITE360: MEMPERKASA PEMANTAUAN OPERASI SECARA DIGITAL
Unit Tadbir Urus Teknologi dan Pematuhan Digital, Koridor Utiliti Darul Ridzuan Sdn. Bhd. (KUDR), bersama rakan pembangun teknologi telah mengadakan Sesi Latihan Hands-On OnSite360 kepada Unit Operasi KUDR sebagai persediaan untuk memperkukuh keupayaan pemantauan dan penyelarasan kerja-kerja utiliti di lapangan.
#KUDR #KoridorUtilitiDarulRidzuan #SMARTKUDRAT #OnSite360 #KUDRAT
Sesi latihan dalaman ini memberikan pendedahan secara praktikal mengenai penggunaan OnSite360, termasuk pemantauan kemajuan kerja secara masa nyata, lawatan tapak secara digital, penggunaan penandaan lokasi GPS, penyimpanan bukti bergambar berserta tarikh dan masa, penyediaan laporan serta pengesanan ketidakpatuhan di tapak.
Pelaksanaan OnSite360 merupakan sebahagian daripada ekosistem SMART KUDRAT di bawah agenda SMART KUDR, yang memberikan penekanan kepada pemantauan berasaskan data, ketelusan rekod, akauntabiliti pihak pelaksana serta penilaian prestasi kontraktor dan jurukur secara lebih tersusun.
Koridor Utiliti Darul Ridzuan (KUDR) merakamkan ucapan takziah kepada YAB Dato' Seri Saarani Mohamad dan seluruh keluarga atas pemergian bapa mentua beliau, Allahyarham Haji Zubin bin Ismail, yang telah kembali ke rahmatullah semalam pada 5 Julai 2026 (19 Muharram 1448H).
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosanya serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman. Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah.
Setinggi-tinggi Tahniah
Koridor Utiliti Darul Ridzuan (KUDR) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Zulqarnain Bin Mohamad atas pelantikan sebagai Ketua Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR).
Semoga amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan cemerlang serta terus memacu Institut Darul Ridzuan sebagai pusat pemikiran strategik yang menyumbang kepada pembangunan, inovasi dan kemajuan Negeri Perak.
Selamat maju jaya dalam menggalas tanggungjawab baharu demi merealisasikan aspirasi Perak Sejahtera 2030.
Ikhlas daripada
Koridor Utiliti Darul Ridzuan (KUDR)
@idr_perak
#KUDR #KoridorUtilitiDarulRidzuan #InstitutDarulRidzuan #PerakSejahtera2030
📍 Jom ke pejabat baharu KUDR!
Masih tercari-cari lokasi kami? Ikuti perjalanan ringkas ini menuju ke pejabat baharu KUDR di Wisma Majuperak, Ipoh. 🚗✨
Lebih mudah, lebih selesa dan kami sentiasa bersedia untuk membantu urusan anda.
Jumpa di sana! 👋
#KUDR #KoridorUtilitiDarulRidzuan #WismaMajuperak #Ipoh
KUDR kini lebih dekat dengan anda melalui pelbagai platform media sosial. Ikuti kami di platform pilihan anda untuk mendapatkan info, perkembangan dan kesedaran berkaitan utiliti dan pembangunan secara lebih mudah dan pantas.
#KUDR#KoridorUtilitiDarulRidzuan#SocialMedia
Tiang elektrik dan kabel telefon tepi jalan tu pun utiliti 👀
Bukan bawah tanah je tau 😭 Dari kabel elektrik hingga telekomunikasi, semuanya perlukan penyelarasan demi keselamatan dan pembangunan yang lebih teratur.
#KUDR#Awareness#Utiliti#Infrastructure
KUDR menyambut baik usaha Kerajaan Negeri Perak dalam melaksanakan kerja-kerja penurapan semula utama di Jalan Lahat yang dijadualkan bermula bulan hadapan.
Sebagai agensi penyelaras pemasangan infrastruktur utiliti di Negeri Perak, KUDR komited untuk terus memperkukuh koordinasi bersama agensi teknikal, pihak berkuasa tempatan dan penyedia utiliti bagi memastikan kerja-kerja pembangunan serta penyelenggaraan infrastruktur dapat dilaksanakan dengan lebih terancang, selamat dan berkesan demi kesejahteraan rakyat.
📰 Baca laporan penuh di pautan berikut:
https://t.co/SFYRA95lWf
#KUDR
#KoridorUtilitiDarulRidzuan
Sesi ini membuka ruang perbincangan mengenai hala tuju pembangunan utiliti yang lebih mampan dan efisien. Terima kasih kepada KUM atas perkongsian yang bermanfaat. Semoga kerjasama strategik ini terus diperkukuh demi pembangunan utiliti yang lebih tersusun.
#KUDR#KUM
KUDR telah mengadakan Mesyuarat dan Lawatan Penanda Aras ke Koridor Utiliti Melaka (KUM) bagi mendapatkan perkongsian pengalaman serta memahami pelaksanaan inisiatif pengurusan utiliti yang telah dibangunkan di Negeri Melaka.
#KoridorUtilitiDarulRidzuan#KoridorUtilitiMelaka
KUDR berpeluang mengadakan sesi perkongsian bersama KUM yang memperkenalkan model common ducting, open access dan shared pole bagi mengoptimumkan penggunaan ruang, mengurangkan pertindihan infrastruktur serta meningkatkan kecekapan projek utiliti.
#KUDR#KUM
Sebagai rangkuman penyertaan dalam Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Negeri Perak 2026 di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Koridor Utiliti Darul Ridzuan (KUDR) berpeluang berinteraksi secara langsung dengan rakyat, pemohon serta pelbagai pihak berkepentingan yang hadir.
#KUDR
Salam Maal Hijrah 1448H.
Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah menjadi titik permulaan untuk memperbaharui azam, memperkukuh integriti serta meningkatkan iltizam dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.
#SalamMaalHijrah1448H#KoridorUtilitiDarulRidzuan#PerakSejahtera2030