Harga minyak di Malaysia terus KEKAL
#KerajaanMadani sentiasa memikirkan kebajikan rakyat dengan mengekalkan harga minyak bersubsidi lebih rendah berbanding negara lain.
Tahniah kepada Barisan Nasional atas mandat yang diberikan rakyat Johor. Semoga amanah ini dipikul dengan sebaik-baiknya demi kepentingan negeri dan rakyat.
Menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa (BIUPA), kenderaan itu merupakan aset sedia ada BIUPA yang lazimnya digunakan untuk urusan rasmi melibatkan ketua negara dan ketua kerajaan asing semasa lawatan ke Malaysia.
ππππππππππ πππππππππ ππππππππππ πππππππππ πππππππππ πππππ ππππ πππ πππππππ πππππππ
Merujuk kepada dakwaan berhubung penggunaan sebuah kenderaan BMW oleh YAB Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa (BIUPA) ingin menjelaskan bahawa kenderaan tersebut adalah aset sedia ada milik BIUPA dan bukan kenderaan rasmi baharu YAB Perdana Menteri.
Kenderaan berkenaan disediakan bagi memenuhi keperluan rasmi negara, khususnya untuk kegunaan Ketua-Ketua Negara dan Ketua-Ketua Kerajaan bertaraf Presiden atau Perdana Menteri sempena lawatan rasmi ke Malaysia, selaras dengan keperluan protokol dan keselamatan antarabangsa.
Bagi tujuan itu, kenderaan ini perlu memenuhi spesifikasi keselamatan yang direka untuk menahan ancaman balistik berkaliber tinggi, letupan, serta risiko keselamatan moden termasuk ancaman dron.
Kenderaan itu dipilih untuk digunakan secara sementara oleh YAB Perdana Menteri atas nasihat dan penilaian keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berikutan kenderaan rasmi YAB Perdana Menteri yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong sedang menjalani penyelenggaraan.
πππππππ§ πππ«πππ§π πππ§πππ«π’