12 Januari | Temerloh, Pahang
Lawatan kerja Timbalan Menteri 1 MAFI, YB Datuk Seri Ahmad Bin Hamzah ke kawasan penternak akuakultur - sangkar ikan air tawar yang mengalami kerugian akibat bencana banjir baru-baru ini.
Hadir di Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara dipengerusikan oleh YB TS Muhyiddin Yassin, Pengerusi MPN. MAFI diminta bentang Isu dan Cabaran Sektor Perikanan Negara Pasca-Pandemik. Perikanan sub-sektor agromakanan yang penting dalam menjamin kelangsungan bekalan ikan negara.
Penyerahan sumbangan dari Parlimen Jasin untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Sg Rambai, Melaka. Sumbangan berupa barangan keperluan seperti tilam, dapur gas dan periuk nasi elektrik disampaikan kepada ADUN Sg Rambai, YB Siti Faizah Datuk Abdul Azis.
Demi impian utk menjadi petani moden berjaya dan menyingkirkan stigma masyarakat mengenai industri pertanian ini kolot, Encik Mohd Hanif, 36 tahun salah seorang usahawan padi MADA sanggup bekerja keras membuktikan bahawa stigma tersebut tidak benar.
#madamabeles#MAFIMalaysia
Bersama Jabatan Veterinar melawat kawasan ternakan yang terkesan akibat banjir di Kg Lanchang, Merlimau, dan kawasan Rizab Padang Ragut di Chinchin, Melaka. Sejumlah 29 penternak menerima bantuan makanan ternakan.
@DVSMalaysia
@mafimalaysia
YBhg. Dato’ Haslina Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mewakili warga MAFI yang akan berkhidmat di dalam misi bantuan pasca banjir termasuk Jabatan dan Agensi MAFI turut digerakkan bagi membantu kawasan terjejas.
YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob turun padang di Dataran Putrajaya hari ini bagi menyantuni para Sukarelawan Perkhidmatan Awam yang akan menyertai misi pasca banjir ke kawasan terjejas.
Pengurusan tertinggi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu 2022 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Semoga tahun baharu ini memberi sinar dan semangat kepada kita semua.
#MAFIMalaysia#KeluargaMalaysia
"Ya Allah, permudahkan lah urusan mangsa banjir, lindungilah mereka dari bahaya dan tabahkan hati mereka untuk menempuh dugaanmu. Amin ya rabbal alamin"
#madamabeles#MAFIPrihatin#KeluargaMalaysia
Turut dilawati Projek Ternakan Ikan Sangkar dan Projek Fertigasi yang diusahakan oleh PPK Temerloh. Dari 40 sangkar ikan, kini tinggal 12 sangkar sahaja, manakala 6000 polibeg pelbagai tanaman fertigasi musnah akibat banjir.
@LPP_MALAYSIA
@mafimalaysia
Program Menyantuni Wira Agro.
Misi bantuan bencana banjir ke Karak, Pahang bersama YB Pengerusi dan keluarga MADA.
MAFI PRIHATIN Peladang Kepada Peladang. #mafiprihatin#madamabeles#keluargamalaysia
Team MAFI berada di ladang ternakan lembu dan kambing milik Shah Rizaini di kg Bukit Canggang, Sepang. Team UPM dan GTR turut bantu merawat ternakannya dalam lawatan kami. Beliau antara penternak yg alami kerugian akibat banjir baru2 ini. SEPANG | 28Dec2021
Hari gelap ketika petang,
Langit hitam tanda mendung.
Kalau bencana sudah datang,
Kemana pula hendak berlindung.
Sukarelawan MAQIS bertungkus lumus bersama-sama meringankan beban kakitangan MAQIS yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini.
@mafimalaysia #keluargaMalaysia