7 Okt, Majlis Pemakaian Pangkat warga, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan KKA, bertempat di Geladak Sapu KD LEDANG telah disempurnakan oleh Lt Kdr Mohamad Sidiq bin Mohmad Arif TLDM, Pegawai Memerintah KD LEDANG.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua.
“SEDIA BERKORBAN”
16 Mei 25 - Majlis Pemakaian Pangkat bagi warga KD LEDANG di Pejabat KD LEDANG. Seramai 2 anggota telah dinaikkan pangkat ke Laskar Kelas I iaitu:
LK I PBS Muhammad Daniel El Habishi bin Azmi.
LK I PAP Muhammad Qayyum bin Mohd Akhbar
Tahniah!
Syawal menjelma sinar bahagia,
Menyulam kasih, erat saudara.
Dalam maaf, tenang di jiwa,
Semoga berkat kekal selamanya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon Maaf Zahir & Batin
تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
— Ikhlas daripada Pegawai Memerintah dan Seluruh Warga KD LEDANG.
20 Mac 2025 - Majlis Pelancaran Baju Sukan Skuadron Penangkis Periuk Api (SPP ke-26) KD LEDANG telah diadakan di Geladak Haluan Kapal dan disempurnakan oleh Pegawai Memerintah KD LEDANG.
Baju sukan ini direka khas melambangkan identiti setiap kapal penangkis periuk api dalam Tentera Laut Diraja Malaysia.
Majlis ini turut dimeriahkan dengan tayangan montaj serta gimik pelancaran yang menambahkan lagi keunikan dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga kapal.
14 Mac 2025 – Perbarisan Ulung Pegawai Memerintah diadakan buat julung kalinya di hadapan Bangunan 101 UPSB. Perbarisan ini melibatkan 7 Pegawai dan 28 Anggota LLP yang diketuai oleh Pegawai Selam Ranjau, Lt Amirul Fizri bin Abd Rahman TLDM.
12 Mac 2025 – Majlis Berbuka Puasa Pegawai Memerintah bersama Warga KD LEDANG di Jeti Terapung Lumut Naval Shipyard. Bertemakan ala kampung, majlis ini bertujuan mengeratkan silaturahim, menyemai kebersamaan, serta mengimbau nostalgia suasana desa dalam kalangan warga kapal.
Secara tidak langsung, kerjasama berpasukan dapat dipupuk dari kalangan warga, memperkukuhkan lagi keyakinan diri semasa menembak dalam pelbagai rutin jarak berbeza menggunakan senjata kecil serta memperkasakan peranan warga dalam aspek persenjataan.
Ujian Kemahiran Menembak ini diadakan secara tahunan untuk menguji dan mempertingkatkan lagi kecekapan dalam mengendalikan senjata kecil, sebagai asas ketenteraan dan mematuhi Arahan Latihan yang dikeluarkan.
" Menjadi kewajipan setiap anak untuk menjaga kedua ibubapa mereka dan memberi khidmat yang terbaik. (Hr. Tirmidzi) "
Program Jiwa Murni di pusat jagaan orang tua Nur Kasih Abadi di Manjung Point Lumut Perak oleh warga KD LEDANG, 11 Jul 2024.
Majlis serah terima tugas Juragan KD LEDANG, pemakaian pangkat dan pelancaran baju sukan bagi tahun 2024 Telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah. Syabas dan tahniah kepada warga yang diraikan.
Majlis Bintara dan Laskar terbaik suku tahun pertama 2024, penyerahan bungkusan hari raya aidilfitri dan simbolik penyerahan pas cuti oleh Pegawai Memerintah.