PADA 1 Julai 2026 (Rabu), sekitar jam 9.11 malam, saya sedang berehat untuk makan malam bersama keluarga.
Tiba-tiba saya menerima panggilan daripada tempat kerja yang terletak tidak jauh dari rumah.
Saya terus bergegas ke sana tanpa sempat memakai pakaian kerja kerana ketika itu saya masih dalam waktu rehat.
Tidak lama kemudian, dua orang anggota polis tiba di tempat kerja untuk menyiasat kes kecurian.
Namun, apa yang mengecewakan saya ialah mereka terus masuk ke pejabat tanpa bertanya atau memastikan terlebih dahulu siapa pencuri yang sebenar.
Salah seorang anggota polis terus menendang kepala saya.
Saya ialah individu yang memakai singlet hitam dalam video tersebut.
Sedangkan individu yang disyaki mencuri, iaitu lelaki warga emas yang memegang tin alkohol dalam gambar, berada betul-betul di sebelah anggota polis ketika itu.
Hanya selepas menendang saya, barulah mereka bertanya siapa sebenarnya pencuri.
Saya ingin bertanya, adakah itu cara yang sepatutnya dilakukan ketika menjalankan tugas?
Anggota polis tersebut ada datang berjumpa saya untuk memohon maaf.
Dia menghulurkan tangan, dan saya menyambutnya sebagai tanda menghormati.
Namun, saya tidak pernah menyatakan bahawa saya memaafkan tindakan yang dilakukan terhadap saya.
Harapan saya, pada masa akan datang, setiap tindakan dibuat selepas memahami situasi sebenar dan memastikan fakta terlebih dahulu.
Bayangkan jika ini melibatkan kes yang lebih serius, seperti kes pembunuhan.
Katakan saya hanyalah seorang saksi, tetapi polis terus mengambil tindakan terhadap saya tanpa usul periksa.
Adakah itu tindakan yang wajar?
Saya berkongsi perkara ini bukan untuk memburukkan sesiapa, tetapi supaya perkara seperti ini tidak berulang kepada orang lain.
Sumber :- Melton Jukilin
Dia tetap datang paling awal ke rumah Allah.
(Datang Awal✅)
Dia sempurnakan dengan penuh tenang.(Berwuduk✅)
Dia tidak tahu itu kali terakhir dia membuka cahaya rumah Allah, yang menerangi orang lain.(Berkhidmat di rumah Allah✅)
Dia tidak tahu itu bacaan Al-Quran terakhirnya
Nampak gentleman sungguh brader ni tapi kan bagus hal2 ni biarlah yang lebih tua yang buat dan nampak sopan mengikut adat. Cara cakap tu nampak sombong dengan orang tua.
Ramly Burger yang diasakan pada tahun 1984 hanya berbekalkan modal sebanyak RM2,000 pada waktu itu.
Ramly Mokni dan isterinya Shala Siah Abdul Manap telah membuat sendiri daging burger secara manual dengan tanpa bantuan apa-apa mesin sokongan semata pisau sahaja di rumah mereka di Kampung Baru.
Dikatakan pada mula perniagaan, mereka mendapat kurang sambutan kerana masyarakat di negara Malaysia pada waktu itu tidak gemar makan burger. Namun, berkat kesabaran dan kecekalan pemily Ramly burger dan isteri, mereka tetap terus berniaga dan buka gerai burger berdekatan dengan kawasan Chow Kit.
Sejak dari itu, permintaan terhadap daging burger Ramly semakin hari semakin bertambah. Berrmula dengan 200 keping daging sehari kemudian mereka mula mendapat tempahan sehingga 3,000 keping dalam satu hari.
Cabaran Ramly Burger yang paling besar sewaktu mula-mula hendak membangun adalah pernah ditolak semasa ingin memohon pinjaman.
Ia ditolak oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara) dengan alasan orang Malaysia tak ramai makan burger.
Akan tetapi, pihak Bank Pembangunan pula yang luluskan permohonan mereka.
Hari ini, jualan tahunan Ramly Burger mencecah RM1 bilion dan daging yang digunakan untuk sehari hampir 1.5 tan untuk menghasilkan pelbagai jenis produk jenama Ramly.
Kini, jenama Ramly bukan lagi sekadar mengeluarkan daging burger, malah sosej, nuget, bebola daging, daging kisar, sos cili dan banyak lagi turut dihasilkannya.
Semoga kecekalan dan konsisten Raja Burger Malaysia Ramly, Ramly Bin Mokni dalam penghasilan perniagaan boleh dijadikan panduan dan inspirasi buat semua. ✨
Sumber: Ramly
Buat pun secara terang-terangan, maka teguran ini dibuat secara terang-terangan. Ini program teater di universiti terkemuka.
Apa ni? Dah tak malu ke? Walaupun hanya lakonan tapi ni dah melampau. Scene atas katil dan bersentuhan apa bagai. Astaghfirullah. Yang penonton pun 1/2
Siapa kaki layan drama cina yg sekerat2 tu, sampai dh fedup nk cari yg full episode punya, kita geng..
Nah aku share 10 akaun TikTok ni untuk korang layan drama² cina yang buat sakit hati ni.. NO IKLAN, FREE & FULL EPISODE.
Jangan sampai lupa masak dan sidai baju lepas ni oke..