Status perkhidmatan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain di Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi mendapatkan nasihat perundangan sebelum sebarang keputusan dibuat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, langkah itu perlu memandangkan penugasan Mohd Shuhaily di agensi berkenaan dibuat menerusi kontrak peminjaman kader daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama dua tahun yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
🌐 https://t.co/flFZlI4JUu
#MediaSelangor