Between RM5k and RM10k salary, the effective tax rate jumps from 2.20% to 9.29%.
On average, someone earning RM10k pays over 10x more tax than someone earning RM5k. 😬
That’s why tax reliefs matter.
The lower your chargeable income, the less you’ll pay.
In some cases, you'll drop to a lower tax bracket entirely.
Tasks pile up, uninvited. You didn’t call for them, but they’re yours now.
Treat them as a forge—each one shapes you. Strength comes from the load you carry.
May Allah ease the weight.
Alhamdulillah Masjid TNB ✅ Cantik giler masjid ni.. Siapa yang berkesempatan, pergi la masjid ni.. dewan solat utama dia kat atas yer overlooking Bangsar
Bab makanan ni, teringat satu hadis sahih Bukhari dari Abu Hurairah.
Nabi saw tidak pernah mencela dan berkata tidak elok terhadap makanan.
Jika baginda ada selera, baginda akan makan. Jika tidak suka, baginda akan tinggalkan.
Jom sama-sama kita usaha amalkan sunnah ni.
contrary to popular belief, TNB punya untung ni regulated. maknanya Kerajaan yang tetapkan berapa TNB boleh untung setiap tahun. sebab Kerajaan tetapkan berapa TNB boleh belanja untuk capex dan operasi bawah Incentive Based Regulation (IBR).
sebab tu untung TNB (tahunan) tak naik gila-gila walaupun monopolistic nature diorang; dan untung bersih TNB selalu berkisar sekitar angka sama RM3-4 bilion. malah untung bersih tahunan TNB 2023 (RM2.77 bilion) lebih rendah berbanding 5 tahun lepas (RM4.53 bilion).
dan sebahagian besar untung TNB dibayar sebagai dividen kepada pemegang saham. siapa pemegang saham TNB? rakyat Malaysia juga melalui:
Khazanah: 20.9%
PNB: 15.8%
KWSP: 16.7%
KWAP: 7.0%
60.4% peratus saham TNB dimiliki rakyat Malaysia melalui GLICs.
tahun 2023 TNB catat untung bersih tahunan RM2.77 bilion, TNB bayar dividen kepada pemegang saham RM2.54 bilion lebih 90% daripada keuntungan.
daripada RM2.54 bilion dividen yang dibayar RM1.52 bilion dibayar kepada Khazanah, PNB, KWSP, KWAP yang kemudiannya dapat kepada rakyat Malaysia melalui dividen Khazanah, dividen ASB, dividen KWSP, pencen pesara Kerajaan.
naik tarif bukan untuk naikkan untung TNB. lebih kepada untuk tangani kos bahan api yang naik.
KONTEKS
Ada kawan baik saya (peminat Duck) text semalam. Dia tak paham, kenapa orang marah dengan Vivy dan FV. “Biasalah tu, risiko pelaburan. Kadang hit and miss. Orang lain pun rugi juga”
Sebab saya ni membesar di kampung, dia di Subang dan Damansara, worldview kami berbeza. Dulu di Uni, bila tiba hujung bulan, saya dah start cari Maggi. Dia seperti lazimnya, boleh lagi layan McD. Beza saya borderline B40 dan dia T20.
Selalu benda2 macam ni, saya kena bagi konteks sikit. Ini konteks saya bagi dia semalam. Kenapa kes FV and Vivy ini lain maciam orang marah.
1. Di kala Kerajaan kata hutang negara tinggi, subsidi satu2 kena tarik lagi. Ada antara kita yang kena bayar harga petrol penuh tahun depan. Dapat pula tahu ada set T10 dapat RM47juta duit Kerajaan, rugi pulak senang2 dimaafkan. Tu nescaya la mengundang makian.
2. Dalam kata menerima pelaburan duit Kerajaan, lifestyle si penerima pula super kayangan. Kita faham dia bukan jual produk sgt, she’s selling her lifestyle. Tapi konteks nya, Kerajaan melabur berpuluh juta dalam syarikat nya. Rugi memanjang sejak mula2. Tapi yang ditonjolkan dalam media, bukan sgt produk sendiri. Tetapi segala macam barangan kayangan yang harga ribu riban. Ada handbag yang capai ratus ribu ringgit. Of coz orang akan mengungkit.
Dah jadi macam MO founder komestik timbang kilo pula. Beza nya demografik dan taste sahaja. Founder lain mungkin tunjuk duit berkepuk dan gelang emas Wonder Woman sampai ke lengan. Vivy cukup dengan baby blanket Hermes dan beg Berkins.
3. Dalam kata dia Entrepreneur berjaya, boleh bagi kelas pula. Dia dapat dana Kerajaan untuk perkasakan bisnes FV dalam talian, dia pilih untuk buka kedai fizikal. Di KLCC dan BV dengan mewah sekali. Bila trend terkini orang tak beli di kedai lagi. Dia akui dia silap percaturan, berkembang terlalu cepat. Ambil pekerja ramai2. Sebagai orang yang dah boleh bagi kelas nak meniaga, bukankah itu cardinal sin paling major? Jangan kembangkan niaga tak ingat dunia.
*****************
Saya bagi 3 konteks je dulu, untuk dia hadam. Last2 baru dia faham.
Yer, dunia orang kayangan dan orang di jalanan berbeza. Tapi tak bermakna kita tak boleh bertanya dan bersuara. Tambah bila dana datangnya dari rakyat biasa.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
TAHNIAH VIVY! TAHNIAH PNB! TAHNIAH KHAZANAH!
Aku ingatkan baliklah cerita ini. Yang dapat pelaburan PNB dan Khazanah ini adalah syarikat Fashion Valet milik Vivy dan suami.
Dalam masa yang sama syarikat Duck (30 Maple) jadi vendor atau supplier kepada Fashion Valet pun milik Vivy dan suami.
Fashion Valet rugi teruk. Tapi 30 Maple untung banyak. Sebab apa? Fashion Valet yang order, yang market-kan jenama Duck dan Lilit masa mula-mula keluar. Kan?
Sebelum syarikat 30 Maple dijual kepada Fashion Valet, Vivy telah buat banyak untung di sana. Fashion Valet telah beli syarikat 30 Maple daripada Vivy dengan harga valuation lebih kurang 100m.
Cerita mudahnya begini. Fashion Valet milik Vivy yang mendapat dana daripada PNB dan Khazanah telah membeli 30 Maple milik Vivy. Jadi, Fashion Valet bayar Vivy untuk ambil alih 100% 30 Maple.
Setelah Fashion Valet membeli 30 Maple, platform Fashion Valet ditutup dan mereka kata nak fokus jual jenama Duck dan Lilit. Pengarah syarikat Fashion Valet ialah Vivy dan suami, manakala pengarah syarikat 30 Maple ialah Vivy dan suami.
Dalam rekod kewangan, lebih kurang RM10 juta dibayar kepada pemilik syarikat 30 Maple, sebelum Fashion Valet mengambil alih pegangan kesemua sahamnya.
Jadi siapa yang untung?
Aku nak kongsi balik apa MOF kata,
"Losses incurred from the stake sale were minor in comparison to Khazanah and PNB’s overall earnings for the year," MOF said in its written reply on Monday
Khazanah dan PNB dengan “angkuhnya” kasitau, rugi RM43 juta tu ciput sahaja. Takda kesan terhadap mereka pun.
Tahniah semua!
;p
JUMLAH KERUGIAN FASHION VALET ADALAH RM127 JUTA!
5 tahun lalu (2019), ketika kali pertama aku mengkritik dan memberi peringatan tentang pelaburan PNB dan Khazanah di dalam Fashion Valet ketika itu adalah lebih kurang RM25 juta (retain earning).
Pada tahun 2022, jumlah kerugian tersebut telah naik kepada RM127 juta. Maksudnya dalam masa 3 tahun pertambahan jumlah kerugian sebanyak 5 kali ganda.
Tahniah! Memang suatu pencapaian yang gemilang! Walaupun syarikat kerugian sangat dahsyat, Vivy tetap ada banyak handbag. Tau?
Korang boleh pergi semak di SSM atau SCRUT di https://t.co/OobQzoTvar. Mana tau ada yang terkini. Kan?
;p