Selamat Menyambut Tahun Baharu 2024 buat seluruh rakyat Malaysia terutama kepada warga Kementerian Kerja Raya dan agensi di bawahnya.
Jadikan tahun 2024 ini sebagai tahun untuk kita menjayakan hasrat dan inisiatif terbaik demi ke arah kesejahteraan rakyat.
Hari ini telah berlangsung Majlis Interaksi Menteri Kerja Raya bersama Warga KKR dan agensi, Jalinan Mesra Aidilfitri bagi tahun 2023. Saya amat berbesar hati kerana tahun ini merupakan tahun pertama saya meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama warga KKR dan juga agensi.
Projek pembinaan jejambat tersebut bernilai RM 105.5 juta yang membabitkan kerja-kerja menaiktaraf jalan sedia ada sepanjang 1.56 kilometer (km) bermula di KM4.25 dan berakhir di KM6.06, dijangka akan melancarkan laluan daripada Kota Bharu ke Pengakalan Kubor apabila siap nanti.
Nak balik raya dah kan?
Tambah seronok bila dah dapat tol percuma.
Dah boleh rancang perjalanan mulai sekarang.
Untuk maklumat lanjut boleh rujuk infografik @plus_malaysia
Selamat Hari Raya Semua
Anggaran kerja – kerja pemasangan dan pembinaan Jambatan Bailey ini adalah 72 jam dan pembukaan jalan akan dimaklumkan sejurus kerja-kerja pemasangan siap dilaksanakan serta selamat untuk kegunaan pengguna jalan raya.
Alhamdulillah hari ini saya berpeluang untuk meninjau lokasi pemasangan Jambatan Bailey di laluan Jalan Persekutuan FT2490 jaan masuk ke Perwira Jaya dan Selancar, Rompin, Pahang.
Jabatan Kerja Raya Malaysia telah bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk kerja-kerja pemasangan Jambatan tersebut pada hari yang sama.