โ๐๐ฏ๐๐ซ๐ฒ ๐๐ก๐๐ฆ๐ฉ๐ข๐จ๐ง ๐ฐ๐๐ฌ ๐จ๐ง๐๐ ๐ ๐๐จ๐ง๐ญ๐๐ง๐๐๐ซ ๐ญ๐ก๐๐ญ ๐ซ๐๐๐ฎ๐ฌ๐๐ ๐ญ๐จ ๐ ๐ข๐ฏ๐ ๐ฎ๐ฉ.โ
18 Jul 24 - Perlawanan Badminton SOA Armada Timur di antara KD BADIK dan KD SELANGOR. Kemenangan telah berpihak kepada KD BADIK.
Good Game, Well Played !
โCourtesy is the foundation off all good mannersโ.
9 Mei 24 - Pegawai Memerintah telah melaksanakan Kunjungan Hormat ke atas Kdr Khairul Nizam bin Abd Khalek TLDM, Pegawai Memerintah KD PAHANG.
Sesi pertukaran coin, patches dan topi juga turut dilaksanakan.
#kdbadik113
8 Mei 24 - Pegawai Memerintah KD HANDALAN, KD SRI SARAWAK, KD GEMPITA, KD PENDEKAR dan KD PERDANA telah melaksanakan Kunjungan Hormat ke atas Pegawai Memerintah bertempat di Wisma Pegawai KD BADIK.
Sesi pertukaran coin, patches dan topi juga turut dilaksanakan.
#kdbadik113
7 Mei 24 - Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Pentadbiran dan Perkhidmatan telah dilaksanakan pada harini yang disempurnakan oleh YBhg Pegawai Memerintah.
Ribuan terima kasih diucapkan buat mantan Pegawai Pentadbiran dan Perkhidmatan diatas jasa bakti yang telah dicurahkan.
27 Apr 24 - Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil bagi Wira dan Wirawati TLDM yang telah terkorban dalam tragedi kemalangan helikopter yang lalu dilaksanakan di Geladak 01 disempurnakan oleh Pegawai Memerintah.
Semoga jasa dan pengorbanan diberi ganjaran baik disisi Allah SWT.
Dialah pahlawan yang sentiasa โSedia Berkorbanโ.
Demi menghidupkan simfoni negara terbilang.
Terima kasih perwira negara yang telah pergi meninggalkan kami.
Selamat Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90. TLDM Perkasa Kedaulatan Terpelihara.
@tldm_rasmi@MPA_Barat#BersatuBersediaBerjaya
27 Apr 24 - Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Laksana diantara Lt Kdr Mohd Zunawani bin Kasim TLDM dan Lt Kdr Mohd Noor Afifi bin Mohd Nazri TLDM yg disempurnkan oleh Pegawai Memerintah. Majlis Sambutan Hari Lahir & penyampaian hamper kpd warga yg baru menimang cahaya mata.
KENYATAAN AKHBAR 25 APR 24
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik, Markas Tentera Laut
KENYATAAN AKHBAR 23 APR 24:
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik, Markas Tentera Laut
Sungguh cantik si rama-rama,
Hinggap seekor di depan mata,
Kini syawal telah menjelma,
Tangan dihulurkan maaf dipinta.
Pegawai Memerintah dan Seluruh Warga KD BADIK mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin buat seluruh umat Islam di Malaysia.
#kdbadik113
3 April 24 - Majlis Khatam Al Quran bersempena bulan Ramadan 1445H peringkat KD BADIK telah berjaya dilaksanakan di perbatasan samudera yang lalu. Pegawai Memerintah juga turut menyampaikan Bungkusan Raya dan sumbangan duit Raya kepada warga kapal.
#kdbadik113
โSesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran ini pada Malam Lailatul-Qadar.โ (Al-Qadr : 1)
Selamat mengingati peristiwa Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam di Malaysia dari Pegawai Memerintah dan seluruh warga KD BADIK.
#kdbadik113#devotedtoexcellent
26 Mac 24 - Pegawai Memerintah & warga KD BADIK pd petang ini telah berkunjung ke Rumah Anak Yatim Amal Kasih bagi Agihan Sumbangan Ikhlas dari Pihak Kapal di bulan Ramadan. Semoga kita dapat meraih kasih sayang Allah dan mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat di bulan mulia ini.
Panglima Tentera Laut dan seluruh warga TLDM merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor pada 23 Mac 2024, bersamaan 12 Ramadan 1445 Hijrah.
#NavyWishes
22 Mac 24 - Pegawai Memerintah telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Cenderahati kepada anggota LDL yang telah berjaya menamatkan latihan di KD BADIK pada pagi harini. Semoga apa yang telah dipelajari di kapal dapat dipraktikkan dengan baik pada masa akan datang.
#kdbadik113
19 Mac 24 - Bacaan Ikrar Bebas Rasuah peringkat kapal tlh dilaksanakan di Geladak 01 pada pagi ini disempurnakan oleh Pegawai Memerintah.
Pegawai Memerintah turut menyampaikan Hadiah kepada pemenang Program The Biggest Loser iaitu BK TMK Jessy. Tahniah diucapkan !
#kdbadik113