Selamat Hari Raya kepada seluruh Bangsa Johor dan rakyat Malaysia🌙
Di sebalik segala persiapan dan kemeriahan, Hari Raya sebenarnya mengingatkan kita bahawa keluarga, kebersamaan dan kemanusiaan adalah apa yang kami harus menghargai.
Dalam perjalanan setahun yang telah kita lalui, setiap orang melalui cerita yang berbeza. Ada yang diberi rezeki dan kegembiraan, ada yang diuji dengan cabaran, dan ada yang masih berusaha untuk bangkit dan terus melangkah ke hadapan.
Namun Aidilfitri sentiasa membawa makna yang sama, iaitu ruang untuk kita memaafkan, menghargai, dan memperbaiki hubungan sesama kita.
Kadang-kadang, kebahagiaan itu tidak perlu sesuatu yang besar. Cukup dengan dapat berkumpul walaupun sekejap, bertanya khabar, dan merasakan bahawa kita saling ada antara satu sama lain.
Inilah yang mengingatkan kita bahawa kekuatan sesebuah masyarakat bukan hanya terletak pada pencapaian, tetapi pada keikhlasan kita untuk saling menjaga dan menyokong antara satu sama lain.
Semoga Aidilfitri ini membawa ketenangan kepada setiap hati, mengeratkan kembali hubungan yang mungkin pernah renggang, dan memberi semangat baharu untuk kita terus melangkah bersama ke hadapan. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
#LTH #LeeTingHan #MajuJohor #BangsaJohor #Johor
Mesyuarat Mesyuarat Tindakan DUN (MTD) peringkat Kluang yang berlangsung semalam di Majlis Perbandaran Kluang telah dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi.
Mesyuarat ini menjadi platform penting bagi membincangkan pelbagai isu semasa serta perkembangan pembangunan di daerah Kluang, khususnya perkara-perkara yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat.
Perbincangan turut memberi fokus kepada usaha penambahbaikan perkhidmatan, pembangunan kawasan serta penyelesaian isu-isu setempat agar setiap perancangan yang dilaksanakan dapat memberi manfaat kepada masyarakat di peringkat akar umbi.
Di dalam MTD tersebut, syukur sebanyak RM19.51 juta peruntukan telah diluluskan meliputi DUN Mahkota, Paloh, Kahang, Layang-layang dan Machap.
Semoga segala keputusan dan tindakan susulan daripada mesyuarat ini dapat memperkukuhkan lagi pembangunan serta kesejahteraan rakyat di daerah Kluang, selaras dengan usaha memakmurkan negeri Johor.
#Paloh #Kluang #LTH #LeeTingHan #BangsaJohor
Program Buka Puasa Beramai-ramai Pusat Khidmat DUN Paloh yang ke-8 bagi tahun ini berlangsung dengan penuh kemesraan dan semangat kebersamaan.
Seperti biasa, majlis ini bukan sekadar ruang untuk berbuka puasa bersama, tetapi juga peluang untuk kita menyantuni masyarakat serta menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka yang memerlukan.
Dengan penyampaian bantuan pada hari ini, jumlah keseluruhan penerima yang telah dibantu melalui Pusat Khidmat DUN Paloh sepanjang Ramadan ini kini mencecah 238 isi rumah. Mudah-mudahan sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban dan membawa kegembiraan kepada keluarga-keluarga yang menerima.
Terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa membantu dan menyokong usaha kebajikan ini — daripada para penyumbang, sukarelawan hingga kepimpinan komuniti setempat.
Semoga segala usaha kecil ini diberkati dan membawa manfaat kepada masyarakat.
Meh Dengo Jap 🎙️
Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, saya akan kongsikan pandangan dan mengupas isu-isu terkini berkaitan ekonomi serta pelaburan di negeri Johor.
Kupasan santai tapi penuh isi ini akan menceritakan mengenai perkembangan pelaburan hinggalah hala tuju ekonomi Johor di masa hadapan.
Jom saksikan di platform @mediadigitaljohor Episod kelima, jangan lupa tonton✌🏼
#MehDengoJap #EkonomiJohor #PelaburanJohor
#LeeTingHan
Program Buka Puasa Beramai-ramai DUN Paloh yang ke-7 hari ini berlangsung di Dataran Kampung Muhibbah dalam suasana penuh kebersamaan dan semangat komuniti.
Dataran ini merupakan antara projek yang diusahakan oleh Pusat Khidmat DUN Paloh dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar, sebagai ruang komuniti untuk warga setempat berkumpul, menjalankan aktiviti kemasyarakatan serta mengeratkan hubungan sesama penduduk.
Dalam majlis ini, saya turut berkongsi beberapa usaha yang telah dan sedang dilaksanakan bagi meningkatkan infrastruktur serta mengurangkan risiko banjir di kawasan ini. Antaranya ialah cadangan projek Majlis Perbandaran Kluang untuk menukarkan crossing culvert kepada box culvert di Kampung Muhibbah, sebagai langkah mitigasi banjir kilat. Selain itu, projek menaiktaraf sistem perparitan di kawasan ini juga telah siap dilaksanakan bagi memperbaiki aliran air.
Di Kampung Melayu Batu Empat, jambatan di susur masuk utama kampung juga telah siap dibaik pulih selepas mengalami kerosakan serius akibat banjir besar pada tahun 2022. Usaha ini penting bagi memastikan akses keluar masuk penduduk kembali selamat dan lancar.
Pada masa yang sama, kami juga telah menggerakkan beberapa projek pembersihan sungai dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kluang, sebagai langkah jangka panjang untuk memastikan sistem saliran terus berfungsi dengan baik dan mengurangkan risiko banjir.
Menyedari kesukaran yang dialami sebahagian penduduk akibat banjir kilat yang berlaku baru-baru ini, kami turut menyampaikan sedikit bantuan kepada mereka yang terjejas. Mungkin tidak besar nilainya, tetapi ia adalah tanda keprihatinan dan solidariti kita bersama.
Mudah-mudahan usaha untuk menambah baik infrastruktur, memperkukuh mitigasi banjir serta menjaga kebajikan warga akan terus kita laksanakan dari semasa ke semasa.
Terima kasih kepada semua pihak yang hadir dan sentiasa bersama dalam usaha membangunkan komuniti kita.
#DUNPaloh
#BangsaJohor
#MajuJohor
Teruskan usaha Ziarah Kasih sempena Bulan Ramadan hari ini di Kampung Melayu Batu 4 Paloh dan Kampung Muhibbah Paloh untuk memberikan sedikit sumbangan kepada 45 keluarga yang memerlukan. Ramadan mengingatkan kita untuk sentiasa mendekati masyarakat, bertanya khabar dan menyantuni mereka yang memerlukan. Ziarah seperti ini mungkin sederhana, tetapi ia membawa makna besar, tanda bahawa kita tidak melupakan sesiapa dalam komuniti kita.
Terima kasih kepada semua pihak yang turut membantu menjayakan usaha ini, daripada sukarelawan, kepimpinan kampung hingga para penyumbang yang sentiasa bersama dalam menyantuni masyarakat.
Mudah-mudahan setiap langkah kecil ini membawa keberkatan dan sedikit kelegaan kepada mereka yang sedang diuji.
#ZiarahKasih
#DUNPaloh
#BangsaJohor
Dengan sukacitanya pagi ini diumumkan bahawa Johor telah mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi di Malaysia bagi tahun 2025, dengan nilai pelaburan diluluskan sebanyak RM110 bilion.
Jumlah ini mengatasi negeri-negeri lain termasuk:
• Selangor – RM83.9 bilion
• Kuala Lumpur – RM63.3 bilion
• Pulau Pinang – RM32.9 bilion
• Kedah – RM27.8 bilion
Ini bukan sahaja merupakan rekod tertinggi dalam sejarah Johor, malah rekod tertinggi yang pernah dicapai oleh mana-mana negeri di Malaysia. Lebih signifikan, jumlah ini juga mewakili 25.77% daripada keseluruhan pelaburan yang diluluskan di Malaysia pada tahun 2025, sekali gus menunjukkan peranan Johor sebagai pemacu utama pertumbuhan pelaburan negara.
Dalam konteks pembangunan negara, pelaburan antara negeri-negeri di Malaysia saling melengkapi antara satu sama lain, bagi memperkukuh keseluruhan ekosistem ekonomi negara. Dalam ekosistem ini, Johor melengkapkan rantaian nilai negara melalui kekuatan dalam sektor pembuatan maju, pusat data, logistik, tenaga hijau serta integrasi ekonomi rentas sempadan.
Prestasi cemerlang Johor dipacu khusus oleh momentum yang semakin kukuh daripada Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ). Dengan pelancaran Blueprint JS-SEZ pada akhir bulan ini serta pengenalan rangka kerja insentif baharu oleh MIDA baru-baru ini, Johor kini berada dalam kedudukan yang lebih strategik untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi dari seluruh dunia.
Kejayaan Johor ini bukan berlaku secara kebetulan. Ia adalah hasil gabungan masa yang tepat, lokasi yang tepat dan strategi pembangunan yang tepat.
Dunia kini sedang melalui perubahan besar seperti penyusunan semula rantaian bekalan global, perkembangan pesat ekonomi digital serta peralihan tenaga hijau. Johor bergerak selari dengan dasar pembangunan nasional seperti:
• New Industrial Master Plan 2030 (NIMP 2030)
• National Semiconductor Strategy (NSS)
• National Energy Transition Roadmap (NETR)
Di peringkat negeri pula, semua usaha ini digerakkan secara tersusun melalui Agenda Maju Johor serta Johor Economic Transformation Programme, yang menjadi kerangka utama bagi mempercepat pembangunan ekonomi negeri.
Yang lagi penting ialah pelaksanaan yang berkesan. Di bawah kepimpinan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, kerajaan negeri telah mengamalkan pendekatan penyelarasan pelaburan yang proaktif dan berkesan.
YAB Menteri Besar sendiri mempengerusikan mesyuarat penyelarasan pelaburan setiap bulan, menghimpunkan agensi negeri, agensi Persekutuan serta penyedia utiliti utama bagi memastikan:
• kelulusan projek lebih pantas
• penyelarasan antara agensi lebih efektif
• isu pelabur dapat diselesaikan dengan segera.
Pendekatan ini telah menjadi antara faktor utama yang meningkatkan keyakinan pelabur terhadap Johor.
Pelaburan yang diluluskan di Johor bagi tahun 2025 akan mewujudkan sebanyak 24,584 peluang pekerjaan baharu kepada Bangsa Johor, sekali gus memperkukuh asas ekonomi negeri dan membawa manfaat langsung kepada rakyat.
Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pasukan Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang telah bekerja keras menjayakan pencapaian ini.
Johor akan terus komited dan yakin untuk mengekalkan momentum ini, selaras dengan aspirasi Maju Johor 2030, bagi memastikan pelaburan yang masuk bukan sahaja meningkatkan angka ekonomi, tetapi juga mencipta pekerjaan berkualiti, memperkukuh ekosistem industri strategik dan membawa kemakmuran jangka panjang kepada Bangsa Johor.
Terima kasih.
今天上午马来西亚贸工部欣然宣布柔佛在2025年录得全马最高投资额,全年批准投资额达到 1100亿令吉。
这一数字超过其他州属,包括:
• 雪兰莪州 – 839亿令吉
• 吉隆坡 – 633亿令吉
• 槟城 – 329亿令吉
• 吉打 – 278亿令吉
这不仅是柔佛历史上的最高纪录,更是马来西亚任何州属有史以来所取得的最高投资额。更为重要的是,这一数字也占 2025年马来西亚全国批准投资总额的25.77%,显示柔佛在推动国家投资增长方面发挥着关键作用。
Mengiringi YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor bersama delegasi Kerajaan Negeri Johor dalam sesi perbincangan bersama YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri II merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
Perbincangan ini memberi ruang kepada Kerajaan Negeri Johor untuk membentangkan hala tuju pembangunan Negeri Johor yang sedang dan akan dilaksanakan, demi memastikan kemakmuran serta kesejahteraan Bangsa Johor terus terpelihara.
Kerajaan Negeri Johor terus komited memastikan pembangunan yang dirancang bukan sahaja bersifat jangka pendek, malah mengambil kira keperluan masa depan negeri yang sedang pesat berkembang. Antara fokus utama yang dibentangkan termasuk usaha memperkukuh sistem bekalan air negeri melalui pembinaan loji rawatan air baharu, projek takungan air pinggiran sungai serta peningkatan infrastruktur saliran dan penggantian paip lama bagi memastikan bekalan air yang stabil dan mampan untuk rakyat serta sektor industri. 
Selain itu, pelbagai inisiatif pembangunan turut dirancang bagi menangani cabaran banjir melalui projek tebatan banjir di beberapa kawasan utama, termasuk usaha melindungi komuniti setempat dan meningkatkan keselamatan kawasan berisiko. Kerajaan Negeri juga meneliti penambahbaikan infrastruktur utiliti dan tenaga bagi menyokong pertumbuhan ekonomi serta pembangunan kawasan strategik di Johor. 
Dalam masa yang sama, perancangan jangka panjang turut mengambil kira pembangunan sektor tenaga boleh diperbaharui melalui inisiatif seperti Southern Johor Renewable Energy Corridor yang berpotensi menjadikan Johor sebagai hab tenaga bersih di rantau ini, sekali gus membuka peluang pelaburan baharu dan mencipta lebih banyak peluang ekonomi kepada rakyat. 
Segala usaha ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Johor untuk terus bekerja keras, merancang secara strategik dan bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan setiap pembangunan yang dilaksanakan memberi manfaat nyata kepada Bangsa Johor.
Dengan perancangan yang tersusun dan sokongan semua pihak, kami amat yakin bahawa Johor akan terus melangkah ke hadapan sebagai negeri yang makmur, berdaya saing dan sejahtera untuk generasi masa kini dan masa hadapan.
陪同柔佛州务大臣拿督翁哈菲兹(YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi)及柔佛州政府代表团,与马来西亚副首相兼能源及水务转型部长拿督斯里法迪拉·尤索夫举行交谈会议。
此次会谈让柔佛州政府有机会汇报柔佛州当前及未来的发展方向与规划,以确保柔佛民族(Bangsa Johor)的繁荣与福祉持续得到保障。
柔佛州政府始终致力于推动全面且具前瞻性的州发展规划,不仅着眼于当前需求,也充分考量柔佛州在快速发展背景下的长远发展。此次汇报重点之一,是进一步强化州内供水体系,包括建设新的滤水厂、推进河岸储水工程(TAPS),以及提升排水系统与更换老旧水管,确保人民与工业领域都能获得稳定且可持续的供水保障。
与此同时,州政府也积极推动多项发展计划,以应对水灾挑战,其中包括在多个重点地区实施防洪工程,加强社区防护能力,并提升高风险地区的整体安全水平。柔佛州政府也持续检视并提升基础设施、公用事业及能源系统,以配合柔佛州经济持续增长及重点区域的发展需求。
在长远规划方面,州政府亦着重推动可再生能源领域的发展,例如“南柔佛可再生能源走廊”(Southern Johor Renewable Energy Corridor)计划。该计划有望将柔佛打造成为区域性的清洁能源枢纽,同时吸引更多投资,并为人民创造更多经济与就业机会。
这一系列举措充分体现柔佛州政府持续努力、周密规划,并与联邦政府紧密合作的坚定承诺,确保各项发展计划都能为柔佛人民带来实际而长远的福祉。
在完善规划与各方支持下,我们深信柔佛将继续稳步向前发展,迈向更加繁荣、具竞争力与充满活力的未来,为当代与未来世代创造更美好的生活环境。
#LTH #LeeTingHan #BangsaJohor #MajuJohor #Johor
KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA AUSTRALIAN HIGH COMMISSION
Berbesar hati menerima kunjungan delegasi yang diketuai oleh H.E. Danielle Heinecke, High Commissioner, bersama Ms Philippa Cordi, First Secretary serta Mr Hafiz Burkhan, Research Officer (Agriculture) daripada Australian High Commission pada hari ini.
Turut hadir Pengarah Malaysian Investment Development Authority (MIDA) Johor, Tuan Mohamad Reduan serta Ketua Pegawai Eksekutif Invest Johor, Tuan Hj. Nataza.
Dalam sesi perbincangan tersebut, kami berkongsi perkembangan prestasi ekonomi Johor serta perancangan pembangunan negeri yang sedang dilaksanakan bagi memperkukuh kedudukan Johor sebagai sebuah negeri maju dan berdaya saing. Tumpuan diberikan kepada usaha menarik pelaburan berkualiti tinggi yang mampu mewujudkan peluang kerjaya bernilai tinggi kepada rakyat serta membangunkan ekosistem sektor-sektor utama secara mampan.
Johor terus komited dalam memperluas jaringan kerjasama antarabangsa, dan Australia merupakan rakan strategik yang berpotensi dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, pertanian moden, pelaburan serta pembangunan bakat.
Semoga pertemuan ini menjadi asas kepada hubungan yang lebih erat dan membuka lebih banyak peluang kerjasama yang memberi manfaat bersama antara Johor dan Australia 🇦🇺.
Menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Francais antara Marrybrown, jenama kebanggaan kelahiran Johor, bersama Talaat Moustafa Group (TMG) bagi pengembangan ke pasaran Mesir.
#LTH#LeeTingHan#MajuJohor#BangsaJohor#Johor
Program Buka Puasa yang ke-4 DUN Paloh hari ini berlangsung di Felda Kahang Barat dalam suasana penuh ukhuwah dan kebersamaan. Kebetulan, hari ini juga genap 4 tahun sejak pertama kali saya menjejakkan kaki ke bumi Felda Kahang Barat. Banyak kenangan, banyak perbincangan, dan juga usaha yang telah kita gerakkan bersama sepanjang tempoh tersebut. Perjalanan ini bukan hanya tentang projek, tetapi tentang membina kepercayaan dan memastikan setiap suara penduduk didengari.
Pada majlis hari ini, kami turut membentangkan beberapa usaha menaiktaraf infrastruktur yang telah dan sedang dilaksanakan, antaranya:
• Menaiktaraf sistem perparitan di Jalan Langsat dan Jalan Rambutan
• Kerja menurap dataran parkir Balai Aktiviti Masyarakat
• Membaik pulih dan menaiktaraf bumbung serta pagar Sekolah Agama Felda Kahang Barat
• Pembinaan susur gajah berbumbung dan naik taraf pondok menunggu murid di SK Felda Kahang Barat
• Projek infrastruktur taman permainan serta pemasangan penutup longkang
• Membina semula sistem parit serta kerja menggantikan culvert
• Pemasangan guard rail di persimpangan masuk Felda Kahang Barat
Selain itu, kita juga telah melaksanakan baik pulih Dewan Felda Kahang Barat sebagai pusat aktiviti komuniti, dan tahun ini mengusahakan pemasangan 10 unit lampu solar di susur keluar masuk Felda Kahang Barat serta menyediakan peruntukan bagi lampu elektrik konvensional demi keselamatan dan keselesaan penduduk.
Dalam masa yang sama, kebajikan warga Felda terus diberi perhatian melalui Bantuan Bakul Makanan khas Felda dan pelbagai inisiatif di bawah agenda Segalanya Felda supaya tiada yang tercicir daripada arus pembangunan.
Empat tahun ini hanyalah permulaan. Mudah-mudahan kami akan terus berusaha dan menggandakan ikhtiar untuk Felda Kahang Barat, bukan sahaja dari segi infrastruktur, tetapi juga peluang ekonomi, kebajikan dan masa depan anak-anak Felda. Semoga setiap langkah kecil yang kita ambil hari ini menjadi amal jariah dan membawa kebaikan berpanjangan.
#DUNPaloh
#FeldaKahangBarat
#BangsaJohor
#MajuJohor
Ziarah Kasih Ramadan hari ini di Felda Kahang Barat. Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi bulan untuk kita mendekati masyarakat, menyantuni mereka yang memerlukan dan menghulurkan sedikit kelegaan buat yang sedang diuji.
Terima kasih kepada semua pihak yang turut membantu menjayakan ziarah ini, daripada penyumbang, sukarelawan hingga ke kepimpinan setempat. Semangat kebersamaan inilah yang menguatkan komuniti kita.
Semoga mereka yang sedang diuji diberikan kesabaran dan ketabahan, dipermudahkan segala urusan serta dilimpahi keberkatan.
#ZiarahKasih
#DUNPaloh
#BangsaJohor
Program Buka Puasa beramai-ramai yang ke-3 DUN Paloh hari ini telah berlangsung dengan penuh kemesraan di kawasan Kampung Gajah. Selain mengeratkan silaturahim, kami turut mengambil kesempatan melihat perkara / projek / gerak kerja yang boleh ditambah baik lagi.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Pusat Khidmat Rakyat DUN Paloh bersama Pejabat Parlimen Sembrong telah usahakan pelbagai projek di kawasan. Antaranya:
• Kerja-kerja membaik pulih dan menaiktaraf balairaya Kampung Gajah
• Kerja baikpulih runtuhan tebing di Kg. Haji Jaafar, BT 7 Kg. Gajah
• Menaiktaraf lorong belakang serta kemudahan Surau Al-Munawwarah Taman Desa Sejahtera
• Membaik pulih bumbung Surau Al Hidayah
• Projek Baik Pulih Rumah di Kampung Sri Cahaya dan Kampung Sri Timur
Kesemua ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Kerajaan Negeri Johor untuk memastikan pembangunan bukan sahaja tertumpu kepada pelaburan besar, tetapi turut menyentuh keperluan asas rakyat di peringkat komuniti. Kami akan usahakan lebih banyak yang memenuhi keperluan penduduk tempatan.
Pada majlis ini juga kami menyerahkan sumbangan daripada YAB Dato’ Menteri Besar Johor kepada 27 penerima sebagai tanda keprihatinan dalam bulan yang penuh keberkatan ini.
Mudah-mudahan kita akan teruskan lagi 5 program berbuka puasa selepas ini di seluruh DUN Paloh sepanjang Ramadan. Semoga usaha kecil ini dapat mengeratkan dan membawa manfaat kepada seluruh warga DUN Paloh.
#DUNPaloh
#BangsaJohor
#Majujohor
Meninjau beberapa projek perparitan dan infrastruktur asas di Taman Perdana, Kluang. Isu seperti saliran, jalan, dan kemudahan asas mungkin nampak kecil bagi sesetengah pihak, tetapi bagi penduduk setempat, inilah perkara yang menentukan keselesaan dan keselamatan harian, terutamanya ketika musim hujan dan cuaca tidak menentu.
Kerajaan Negeri Johor di bawah pimpinan YAB Dato’ Onn Hafiz komited memastikan pembangunan bukan sahaja tertumpu kepada projek mega dan pelaburan besar, tetapi juga melibatkan penambahbaikan infrastruktur asas di kawasan perumahan sedia ada.
Pusat Khidmat Rakyat DUN Paloh akan terus memainkan peranan memastikan setiap keperluan komuniti diberi perhatian, dipantau dan diselesaikan secara berperingkat. Pembangunan yang sebenar ialah apabila setiap taman perumahan, setiap kampung dan setiap komuniti merasai manfaatnya.