Kita Bangsa Johor. ❤️💙
Dalam usaha meringankan beban rakyat yang berdepan cabaran kos sara hidup yang tinggi, Kerajaan Negeri Johor meneruskan pelaksanaan Bantuan Bakul Kasih Johor (BKJ) dengan peruntukan melebihi RM30 juta yang akan memberi manfaat kepada lebih 550,000 keluarga di kesemua 56 DUN.
Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan menyampaikan bantuan bakul makanan, Bakul Kasih Johor kepada masyarakat sempena Majlis Sambutan Hari Ibu Bapa di Johor Jaya yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni, selain turut menyampaikan bantuan sama kepada beberapa keluarga yang memerlukan ketika merasmikan Dewan Kuil Sri Maha Muniswarar di Desa Cemerlang, Ulu Tiram.
Pelaksanaan Bantuan Bakul Kasih Johor adalah komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada menerima bantuan dan sokongan sewajarnya, khususnya golongan berpendapatan rendah, warga emas, ibu tunggal serta keluarga yang berdepan tekanan kos sara hidup tanpa mengira agama, bangsa, dan latar belakang.
Kerajaan Negeri akan terus komited memperkukuh agenda kesejahteraan rakyat melalui pelbagai inisiatif yang demi memastikan Bangsa Johor hidup dalam keadaan yang lebih sejahtera, inklusif dan makmur. Semoga usaha ini terus memberi manfaat yang berpanjangan kepada seluruh rakyat Johor. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, atas sokongan dan keprihatinan berterusan terhadap agenda pembangunan Orang Muda Johor.
Syukur Alhamdulillah, saya berpeluang beramah mesra dan bersantai bersama Orang Muda Johor di TMIYC Muar, selain turut hadir dalam Program Sarapan Bersama Orang Muda Johor di Pitstop Tangkak.
Program seperti ini menjadi platform penting untuk Kerajaan Negeri mendengar sendiri suara, pandangan dan cadangan anak muda, khususnya berkaitan peluang pekerjaan, pembangunan bakat, pendidikan, keusahawanan, ekonomi setempat serta hala tuju Johor dalam menghadapi perubahan ekonomi yang semakin pesat.
Kerajaan Negeri akan terus memperkasa agenda belia dengan menyediakan lebih banyak peluang, inisiatif dan ruang pembangunan untuk anak muda. Semangat Maju Johor bukan hanya tertumpu di kawasan tertentu, tetapi memastikan kemajuan dirasai di setiap daerah melalui peluang pekerjaan, peningkatan kemahiran, pertumbuhan perniagaan tempatan dan limpahan ekonomi kepada rakyat.
Justeru, saya menyeru seluruh Orang Muda Johor agar bersedia, meningkatkan kemahiran dan berani merebut segala peluang yang sedang diwujudkan di negeri ini. Insya-Allah, dengan semangat, keberanian dan kesungguhan anak muda, masa depan Johor yang lebih makmur, maju dan berdaya saing akan terus dibina bersama.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #XtifJohor #OrangMudaJohor #OMJ
Memahami tekanan kos sara hidup yang dihadapi Bangsa Johor disebabkan keadaan ekonomi global yang tidak menentu, sukacita ingin saya kongsikan Kerajaan Negeri telah memperuntukkan lebih RM30 juta bagi pelaksanaan Bantuan Bakul Kasih Johor yang akan memanfaatkan lebih 550,000 keluarga yang memerlukan di seluruh negeri Johor.
Bantuan bakul makanan ini merangkumi keperluan asas seperti beras, tepung gandum, sardin, gula dan barangan dapur lain yang penting untuk membantu meringankan perbelanjaan harian keluarga penerima.
Inisiatif Bakul Kasih Johor ini disalurkan sebagai salah satu usaha kecil untuk membantu meringankan beban, khususnya kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Dalam lawatan saya ke daerah Tangkak dan Muar, saya berkesempatan turun padang menyampaikan Bantuan Bakul Kasih Johor ini. Semoga bantuan kecil ini dapat meringankan sedikit beban perbelanjaan harian keluarga penerima.
Insya-Allah, Kerajaan Negeri akan terus berusaha menjaga kebajikan rakyat dengan sebaiknya, agar setiap keluarga Bangsa Johor dapat hidup dalam keadaan yang lebih makmur dan sejahtera.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Syukur Alhamdulillah, sebanyak RM5.975 juta diperuntukkan menerusi Belanjawan Johor 2026 bagi Bantuan Bilik Guru untuk tahun keempat pelaksanaannya, yang memberi manfaat kepada 1,195 buah sekolah dan lebih 49,000 guru di seluruh negeri Johor.
Usaha ini adalah tanda penghargaan Kerajaan Negeri terhadap jasa dan pengorbanan warga pendidik yang menjadi tulang belakang kepada pembentukan masa depan anak Bangsa Johor. Guru bukan sahaja mengajar di bilik darjah, tetapi membina keyakinan, membentuk akhlak, menyemai harapan dan menyediakan generasi pewaris Johor yang lebih baik.
Menerusi Majlis Aspirasi Pendidikan Negeri Johor 2026 di SMK Tasek Utara, Johor Bahru, saya turut berbesar hati menyampaikan Anugerah Khas, Tokoh Kepimpinan Pendidikan dan Tokoh Guru 2026 kepada warga pendidik yang telah membuktikan kecemerlangan, komitmen dan jasa luar biasa dalam memperkasa dunia pendidikan negeri ini.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pendidik di Negeri Johor atas jasa, komitmen dan pengorbanan yang tidak ternilai dalam mendidik anak bangsa. Tanpa guru-guru, tidak mungkin kita mampu melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan mampu membawa masa depan negeri ke arah yang lebih cemerlang.
Semoga usaha ini terus memperkukuh kebajikan warga pendidik, memartabatkan sistem pendidikan negeri dan melahirkan generasi Bangsa Johor yang berilmu, berakhlak, berkualiti dan berdaya saing. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Saya baru menerima notifikasi amaran daripada pihak Apple berhubung cubaan serangan perisian pengintip atau mercenary spyware terhadap telefon pintar yang dikaitkan dengan akaun peribadi saya.
Saya memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan keselamatan data, kerahsiaan komunikasi, hak peribadi serta cubaan pencerobohan terhadap ruang peribadi seseorang.
Saya mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk pengintipan, pencerobohan digital dan penyalahgunaan teknologi untuk tujuan yang tidak bertanggungjawab.
Sehubungan itu, saya akan membuat laporan polis dan mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya siasatan menyeluruh dapat dijalankan serta tindakan sewajarnya diambil mengikut undang-undang.
Semoga Allah SWT melindungi kita semua daripada sebarang pencerobohan dan penyalahgunaan teknologi yang boleh mengancam keselamatan serta hak peribadi individu.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Syukur Alhamdulillah, saya bersama YB Tuan Ling Tian Soon, Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, berkesempatan menyertai Program Semarak Sihat di Taman Merdeka, Johor Bahru yang menghimpunkan lebih 1,200 Bangsa Johor.
Program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh agenda kesihatan awam serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat, di samping mengeratkan semangat kebersamaan dan silaturahim dalam kalangan masyarakat.
Dalam mendepani cabaran penyakit tidak berjangkit seperti obesiti, diabetes, hipertensi dan kolesterol tinggi, usaha membudayakan aktiviti sihat serta saringan kesihatan awal akan terus diperkasakan. Kesihatan yang baik merupakan asas penting dalam membina masyarakat yang produktif, sejahtera dan berkualiti.
Pelbagai pengisian telah diadakan sepanjang program ini termasuk senamrobik, saringan kesihatan, pameran pemakanan sihat, pendidikan kesihatan serta pengenalan aplikasi BookDoc yang bertujuan menggalakkan rakyat mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat secara berterusan.
Semoga Program Semarak Sihat ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam membentuk Bangsa Johor yang lebih sihat, cergas dan sejahtera demi masa depan negeri yang lebih maju dan makmur. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Syukur Alhamdulillah, Projek Menaik Taraf Lebuhraya Pasir Gudang (FT17) daripada empat kepada enam lorong kini telah mencapai kemajuan fizikal sebanyak 83 peratus, dengan 6.4 kilometer laluan telah dibuka dan digunakan oleh orang ramai.
Saya telah turun padang bagi meninjau sendiri perkembangan projek sepanjang 10 kilometer dari Persimpangan Bandar Seri Alam / Taman Rinting hingga ke Pasir Gudang ini, yang merupakan antara usaha penting bagi mengurangkan kesesakan trafik yang sekian lama menjadi rungutan rakyat.
Setakat ini, baki 3.6 kilometer laluan utama dijangka dapat dibuka sepenuhnya pada bulan Ogos tahun ini, manakala kerja-kerja akhir termasuk kemasan dan penyelarasan infrastruktur lain akan diteruskan sehingga siap sepenuhnya pada November 2026.
Dalam lawatan yang sama, saya turut meninjau projek penambahbaikan Smart Traffic Light di Persimpangan Taman Kota Puteri dan Taman Teluk Tropikana, Lebuhraya Permas–Pasir Gudang. Inisiatif ini dilaksanakan bagi mengoptimumkan sistem kawalan trafik khususnya bagi mengurangkan kesesakan serta memastikan pergerakan kenderaan lebih lancar, terutama pada waktu puncak.
Insya-Allah, Kerajaan Negeri akan terus berusaha dalam memperkukuh jaringan jalan raya, mengurangkan kesesakan trafik dan meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan di Johor demi keselesaan, keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh Bangsa Johor.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Satu lagi tarikan menarik di Johor bakal dibuka!
Syukur Alhamdulillah, saya berpeluang meninjau perkembangan terkini kerja-kerja naik taraf Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar (KWSAB) yang kini telah mencapai fasa akhir, melibatkan peruntukan melebihi RM5.6 juta dan dijangka mula dibuka kepada orang ramai pada bulan Jun ini.
Kompleks ini sebuah destinasi yang mengetengahkan tradisi, seni dan budaya Bangsa Johor dalam suasana yang lebih hidup dan interaktif. Pengunjung berpeluang menyaksikan keindahan warisan negeri melalui pelbagai persembahan kebudayaan seperti zapin, tarian Cina, tarian India serta persembahan Orang Asli yang mencerminkan kepelbagaian dan keharmonian masyarakat Johor.
Selain itu, kompleks ini turut menampilkan busana tradisional Bangsa Johor, Galeri Seni, Galeri Tenun serta pengalaman permainan tradisi yang memberi peluang kepada pengunjung, khususnya generasi muda, untuk lebih mengenali akar budaya, sejarah dan jati diri negeri ini.
Dalam masa yang sama, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai hidangan warisan Johor seperti Laksa Johor, Kacang Pool, Mee Rebus dan pelbagai lagi di gerai Rasa Johor yang menghimpunkan keunikan cita rasa tempatan.
Semoga pembukaan kompleks ini nanti bukan sahaja menghidupkan kembali warisan budaya Johor, malah menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat, sekali gus menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini khususnya sempena Tahun Melawat Johor 2026. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #MajesticJohor #TahunMelawatJohor2026 #VisitJohor2026 #MehLahJohor