Ep8 Biar betul ni?! last tu…? Argh stressnya aku. Demi menghormati anti-spoiler, sy simpan. Yaser, kuatkan semangat utk terus hidup. Sejarah hidupmu menyedihkan. Cukupla sampai situ. Harap takde lg nasib mcm kau dan Ahyan😢😢
#GoodBoysGoToHeaven
KHADAM 10/10⭐️
Cerita yg beri kesan mendalam sampai tersentuh emosi. Tak perlu watak & dialog yg beria, tiada plot twist namun tetap bg kepuasan. Acting semua casts sgt wow!
Tetaplah percaya & serah sepenuhnya pd Yg Esa walau dirasakan spt tiada jalan lg. Simpati pd Melur 😭
POLONG 3/5⭐️
Org benci review poyo terpaling ni. Tp taste tak kena dgn masa & duit dah spent jd sikit hampa. Watak Marisa je yg aku kagum dgn acting yg cuma nampak mata je tp speech n feels dia perfecto.
Utk next ep tlg eh jgn libatkan Amin dgn Ayid dlm hal2 jenayah. Termasuk Yaser skali. Mintak2 yg bunuh Reyhan tu org lain. Sy masih bersedih dgn 3 org ni sebab takde keadilan masa dorang kecik. Turut berdendam dgn Nu’man sbb dialah syaitonnirrojim yg sebenar.
Ep7 saje je bg hujung2 sape bunuh ahyan. Tu pun x clear lg why aish geram pulak kiter. Benda dahla seminggu sekali. Kedekut ke jimat ni wahai production. Lemmah la selemmah ukj buat keje. Penjenayah pulak yg buat siasatan. Bravo lah Yaser 👏👏👏
#GoodBoysGoToHeaven
Ep6 Semudah itu bapak Yaser dapat? No way. Mana keadilan utk Yaser, Min n Ayid? Oh adults pls lah jgn nak cover2 hal mcmni. Kesian budak2 tu. Cetan betul senang sgt nukman tu mati. Bgtau jap kubur dia kat mana.
#GoodBoysGoToHeaven
Ep5 Yaser keee??!! Takleh bayang betapa sakitnya dia ni sebenarnya. Apa yg kau tanggung ni?? How could you?? Ada ke bapak yg buat anak mcm tu??? Paling takleh bayang anak yg tak berdosa jd korban🤢🤮😭😭😭😭😭
#GoodBoysGoToHeaven
Dah tengok kat netflix
AGAK LAEN: Menyala Pantiku 2/5⭐️
Rasa mcm hambar sikit drp yg first. Mungkin dh banyak keluar klip punchline yg best sbb tu rasa tak surprise bila tgk whole movie. Kelakar tp tak loncat-loncat.
Lps ni movie promo takyah belanja sgtla. Biar tanjat org tgk.
Ep4 rasanya ada org yg buat Yaser jd lupa ingatan. Teruk nau dengung. Dia lebih baran banding bersedih dgn kematian anaknya. Dahlia pun sama lebih gelabah drp sedih. Masing2 ada nak cover sesuatu ni. Reyhan dgn Min dikambinghitamkan.
#GoodBoysGoToHeaven
Ep3 Yaser lah yg bunuh Reyhan kan? Dia dh mcm kerasukan menumbuk ust tu asal dtg je sakit dia, terus masuk alam vormir. Pastu acah tak ingat. Kenapa eh? Jahat btul insp leak info. Huru hara rakyat. Patutla 20thn keje tak naik2 pangkat.
#GoodBoysGoToHeaven
Ep2 Aku pilih utk x tuduh bpk ahyan. Mak pun bkn. Sian budak tu parents bermasalah ngadu kat mak, mak halau2. Nak manja ngan bapak, bapak x sihat plak. Malasla nk pening cari sape bunuh. Kiter xde kismis minda nak siasat.
#GoodBoysGoToHeaven
LIBANG LIBU
3.5/5⭐️
Komedi ok. Setakat sengih. Sindiran x berapa tajam. Biasa je. Pengajaran pun xdela kesan mendalam. Plot twist pun rilek2 je tak terkejut. Humor slapstik agak lapuk. Mcmana mudah n ringkasnya dialog ‘sory tau’ ‘thank u tau’ mcm tu lerr filem ni keseluruhannya.
MALAM TERLARANG 10/10⭐️
Cerita, acting, jumpscare, plot twist, semua BEST!
nak puji lebih sikit skor muzik A+
Bunyi traditional ngam betul dgn elemen suspen dan seram.
Dah tengok Gowok: Kamasutra Jawa kat netflix.
Sebab tengok: 1. Hanung 2. Reza
Takdelah lucah mana.
Cerita cinta tak kesampaian.
Hanung buat cerita latar sejarah dulu2 mmg mantap cantik kemas.