Ketika saya berusia 13 tahun saya dapat tawaran masuk ke sekolah sukan Bandar Penawar Kota Tinggi, Johor.
Disebabkan Abah takde kereta dan Abah tak dapat cuti kerana banyak tanggungjawab di tempat kerja serta nak uruskan adik-adik lain di rumah. Maka, Abah belikan saya tiket bas naik di bus stand puduraya, Kuala Lumpur seorang diri.
Abah pesan pada saya bas ni akan berhenti di Larkin. Kemudian abah ajar saya supaya tanya orang, beli tiket bas dari Larkin ke Kota tinggi. Kemudian dari kota tinggi tukar bas lagi naik bas kopenda untuk sampai ke bandar penawar.
Abah hantar saya naik motor ke puduraya.Turunkan saya. Saya salam abah. Abah pesan, jaga diri, baca doa dan jaga solat. Lalu abah pun berlalu pergi bersama motor buruknya meninggalkan saya bagi meneruskan tanggungjawabnya.
Zaman itu, untuk seorang budak berusia 13 tahun berlegar seorang diri di puduraya, bus stand Larkin dan Kota Tinggi amatlah mengerikan. Ramai gangster dan kaki pau. Malah, saya pernah beberapa kali ada pengalaman kena pau dan sebagainya. Namun sedikit pun saya tak cerita dekat abah dan mak. Tak nak mereka risau. Saya anak jantan, saya hadap sendiri.
Seawal umur belasan tahun saya dah habis pusing semua negeri di Malaysia dan beberapa negara di Eropah dan Asia atas tiket sebagai pemain bola sepak.
Sejak dari itu saya belajar bahawa sebagai anak jantan saya perlu berdikari dan menjaga diri sendiri. Bermula umur 13 tahun sampai sekarang Alhamdulillah apa pun ujian saya lalui dalam hidup, i deal with it like a Man.
Abah kerja pemandu lori. Waktu itu gaji tak banyak, ditambah pula dengan 6 adik beradik. Saya cuba sedaya upaya tak minta abah duit. Saya cuba survive dengan apa yang ada.
Ketika berusia 16 tahun ada pemilihan kelayakan piala dunia remaja. Kalau terpilih, setiap pemain akan dipindahkan ke sekolah sukan Bukit Jalil dan segala yuran, kasut, pakaian, dan keperluan akan ditaja oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Alhamdulillah berbekalkan semangat perjuangan untuk kurangkan beban abah dan mak, saya main main betul-betul, bersaing dengan ribuan lagi pemain dari setiap negeri lain sehingga lah saya terpilih masuk ke dalam skuad negara dan bersekolah di sekolah sukan Bukit Jalil.
Selepas sekolah, saya balik main negeri dan tinggal di rumah sewa. Sejak itu sehinggalah hari ini saya menguruskan hidup saya sendiri berjuang melalui segala mehnah dan tribulasi.
Bila dah jadi orang dewasa dan ada bisnes ni, apa pun masalah saya lalui, saya hadap sendiri. Kalau mak abah tanya, saya akan sentiasa jawab semua okey, okey dan cemerlang. Itu sahaja.
Bila saya ingat kembali perjalanan hidup saya, saya bersyukur kepada Allah dan sangat berterima kasih kepada abah dan mak kerana mendidik saya menjadi anak jantan yang tak lembik!
Setelah saya amati, maka saya dapat belajar dua perkara :
1. Sebagai anak jantan, sama ada kita suka atau tak, sepanjang hidup ini, kita akan penuh dengan tanggungjawab. Kita kena kuat dan kena belajar berdikari. Hidup ini penuh dengan ketidakpastikan. Sentiasa bersedia. Hanya kepada Allah tempat bergantung.
2. Sebagai lelaki yang berkeluarga. Saya belajar dari Abah bahawa, menjadi tunjang ekonomi keluarga adalah tanggungjawab utama lelaki selain daripada mendidik dan melindungi keluarga. Work ethic abah memang luar biasa. Saya belajar dari abah.
3. Kita sebagai anak jantan, kalau tak mampu bagi manfaat, setidaknya jangan bagi masalah. Terutamanya ketika ibu bapa kita sudah tua. Berikan mereka peluang menikmati hari tua dengan tenang setalah berpuluh tahun berjuang membangunkan keluarga.
Terima kasih abah dan mak atas didikan yang keras. Tidak terbalas jasa kalian. Moga Allah kurniakan syurga buat Abah dan Mak.
Anak JANTAN!
No time to cry!
Henyak Sampai Lunyai!
.