Awas! Jangan terlajak berhenti lebih garisan putih, denda RM2,000, penjara 6 bulan menanti
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 28 Julai 2023 telah mengeluarkan satu kenyataan media berhubung pelaksanaan Op Pematuhan Peraturan Lalu di seluruh negara.
Salah satu daripada operasi yang dijalankan adalah berkaitan dengan garisan putih. Ia termaktub dalam Kaedah 38 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (LN166/1959) – Tidak Boleh Memberhentikan Kenderaan Di Lintasan yang menyatakan bahawa:
– Pemandu kenderaan tidak boleh menyebabkan kenderaan atau mana-mana bahagian kenderaannya berhenti di dalam kawasan lintasan melainkan sama ada dia dilarang daripada bergerak oleh keadaan yang di luar kawalannya atau jika perlu baginya untuk berhenti bagi mengelakkan kemalangan.
– Mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan.
Budak sekarang malas belajar sebab terpengaruh nak jadi influncer, nak jadi content creator, nak jadi gamers.
Padahal dulu orang buat benda-benda gini sebagai sampingan je, macam hobi. Saja nak isi masa lapang. Kalau ada income tu kira alhamdulillah la. Tapi generasi sekarang anggap benda tu sebagai kerjaya. Sudahnya ni lah generasi muda yang negara kita lahirkan.
Mamat ni kalau kau perati, dia cuma ada duit je. Dari segi pemikiran dia ni level-level mat rempit yang main 125z lepas tu kehulu-kehilir pakai baju konvoi kain jersi yang design serabut beruk tu je sebenarnya.
Dengar dia bercakap pun kita tau dah tahap pemikiran dia ni macam mana. Senang kata dia ni duk tayang harta sebab nak acah-acah konon dia ni ada class, tapi hakikatnya dia ni low quality male.
Dia ni berlagak sebab duit Forex tu je. Kalau bukan sebab Forex rasanya dia ni tak pegi Korea, mesti pegi Australia kutip epal. Lepas tu balik Malaysia acah-acah baru habis study oversea.