Twitter rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). MAIWP ditubuhkan pada 1 Februari 1974 dan peranannya meliputi Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
Kenyataan Media
TOLAK CAMPURTANGAN ASING DAN TEGUH MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN MALAYSIA DARIPADA CAMPURTANGAN ASING
1. Surat daripada lapan ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) yang mendesak Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, untuk mengambil tindakan berasaskan tuduhan tidak berasas merupakan bibit campur tangan asing yang jelas mencabar kedaulatan tanah air. Sehubungan itu, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh pendirian tegas YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, dalam mempertahankan dasar luar negara yang berasaskan kedaulatan, prinsip undang-undang antarabangsa, nilai kemanusiaan, serta pendirian konsisten Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin yang dizalimi.
2. Malaysia secara tegas tidak pernah mengiktiraf entiti haram Israel, tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik, dan tidak ada sebarang keperluan untuk berbuat demikian. Negara kita mesti terus berdiri teguh dengan dasar luar yang bebas, berkecuali, dan berprinsip - berkawan dengan semua negara yang berdaulat, namun kekal berani menyuarakan kebenaran apabila berlaku pencabulan terhadap hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.
3. Sebagai rakyat Malaysia, kami berikrar untuk berdiri teguh di belakang kepimpinan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin negara dan pejuang hak asasi sejagat. Kami bersatu hati dan bersetia untuk mempertahankan maruah, kebebasan, serta kedaulatan Malaysia daripada sebarang bentuk ancaman atau campur tangan kuasa asing.
SENATOR DR. ZULKIFLI BIN HASAN,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
22 Julai 2026 | 16 Safar 1448 Hijrah
@anwaribrahim@MyJAKIM
Membangun ekonomi ummah, memperkukuh kesejahteraan bersama.
Saksikan secara langsung Fikrah: Membangun Ekonomi Ummah bersama Ustaz Ahmad Talmizi bin Yahaya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP
#MAIWP#Fikrah#TV1#RTM#JAKIM
https://t.co/X3B0KzzIk8
Sebab kawan tetap kawan, tak kira latar belakang. #KitaKawan
Alhamdulillah, seronok sembang dengan Sdra. Dicky Yau. Kisah persahabatan beliau dengan Abang Minyak hitam jalanan original (Sdra. Mohd Yusof Mohd Noor) memang betul-betul menginspirasikan kita semua.
Apa yang menarik, kalau tempoh hari ada pelajar sains SMK Labis, Ng Kar Ting yang tular sebab berbalas pantun dengan PMX, Sdra. Dicky pula buat kami kagum sebab beliau masih hafal dan fasih membacakan doa-doa yang dipelajari zaman sekolah di Sabah dulu di depan kami.
Toleransi dan rasa hormat yang sangat mahal!
Islam mengajar kita untuk saling mengenali dan berbuat baik sesama manusia (Surah Al-Hujurat: 13). Sebab itu, menerusi kempen #KitaKawan, saya bersama Sdra. Dicky dan Sdra. Yusof nak gerakkan anak muda ke arah keharmonian. Tolak hasutan, buang fitnah, kita bina negara dengan nilai luhur.
Projek seterusnya? Tunggu program khas anak muda bersama jenama minyak enjin, REPCO yang bakal menyusul!
Sebelum ini, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menggerakkan beberapa program Barakah Pit Stop - pusat sehenti dan ruang rehat khusus untuk penunggang motosikal p-hailing serta pemandu e-hailing di Masjid Wilayah Persekutuan.
Sempat juga hadiahkan Sdra. Dicky minyak wangi yang saya beli sewaktu tunaikan haji di Mekah; selain hadiah lain daripada @YAPEIM_Official dan @rasmi_YWM tanda ingatan kami.
Kami juga buat panggilan video dengan Sdra. Yusof yang tidak dapat sertai pertemuan kali ini kerana sedang bekerja. Insya-Allah, ada rezeki saya dan pasukan akan aturkan pertemuan sekali lagi dengan Sdra. Yusof.
Pada April 2026 lepas, saya, @Tabung_Haji dan @TVAlhijrah serahkan hadiah dua tiket penerbangan umrah kepada Sdra. Yusof.
Ayuh, raikan perpaduan saudara setanah air! π€²π²πΎ
#SebarkanSalam #MadaniMembantu
πΈ Shafiq (Media Menteri Agama)
Spotting Challenge!
Ada siapa-siapa nampak billboard MAIWP masa on the way ke destinasi hari ini?
Ni dari view Kak Min otw balik rumah tadi.
πΈ Ambil gambar dan share di komen. Kak Min nak tengok siapa paling pantas jadi βmata-mataβ MAIWP! π
#MAIWP
TAWARAN BANTUAN AM PERSEKOLAHAN TINGKATAN 6 SEMESTER 1 TAHUN 2026
MAIWP membuka permohonan Bantuan Am Persekolahan bagi pelajar Tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2026 yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.
ποΈ Tempoh Permohonan:
15 Jun 2026 hingga 17 Julai 2026
Pengiktirafan ini membuktikan keunggulan Malaysia dalam pengurusan haji serta menjadi inspirasi kepada institusi Islam negara untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada ummah.
Tahniah Tabung Haji
#MAIWP
Tahniah Tabung Haji atas pencapaian membanggakan di peringkat antarabangsa! π²πΎπΈπ¦
MAIWP merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Lembaga Tabung Haji (TH) atas kejayaan merangkul Labbaytum Diamond Award 2026, anugerah tertinggi Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Terima kasih seluruh wartawan yang terus menjadi suara masyarakat dan memainkan peranan penting dalam membina negara yang berilmu serta berinformasi.
Media Berintegriti, Teras Kredibiliti
Ikhlas daripada:
PengErusi, Ahli & Keluarga MAIWP
#HAWANA2026#MAIWP#MalaysiaMADANI
Selamat Hari Wartawan Nasional 2026
Dedikasi, keberanian dan komitmen para wartawan dalam menyampaikan maklumat yang tepat serta berintegriti amat dihargai.
Selamat menyambut Hari Arafah.
Semoga segala doa, zikir dan amal ibadah kita diterima Allah SWT, serta dikurniakan keampunan dan rahmat-Nya.
Perbanyakkan doa dan istighfar pada hari yang penuh keberkatan ini.
#MAIWP
KAUNTER BERGERAK BAITULMAL MAIWP
kini di PA Sri Selangor bagi memudahkan urusan berkaitan bantuan dan agihan zakat kepada masyarakat setempat.
PA Sri Selangor, Jalan Gelugor, 55200, Kuala Lumpur
23 Mei 2026 (Sabtu)
9.00 pagi β 3.00petang
#MAIWP
Ruang Pejabat MAIWP Kini Dibuka Untuk Sewaan
Peluang kepada individu, syarikat atau organisasi yang sedang mencari ruang pejabat di lokasi strategik sekitar Kuala Lumpur.
π WhatsApp: 014-967 8897
Imbas QR code pada poster untuk maklumat lanjut.
#MAIWP
Peluang kepada individu, syarikat atau organisasi yang berminat menyewa ruang premis di lokasi strategik sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur.
Lokasi:
Bangunan Wisma MAIWP,
WhatsApp: 014-967 8897
Imbas QR code pada poster untuk maklumat lanjut.
#MAIWP
bagi memastikan MAIWP terus berfungsi secara holistik dan berkesan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat Islam.
MAIWP komited untuk terus memperkukuh peranan sebagai peneraju kesejahteraan ummah secara holistik melalui pendekatan lestari dan berimpak.
#MAIWP
PELANTIKAN ANGGOTA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)
Seramai 22 orang Anggota MAIWP sesi 2026β2028 telah menerima watikah pelantikan dalam satu majlis penuh istiadat disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Pelantikan ini melibatkan tokoh-tokoh yang terdiri daripada pelbagai latar belakang profesional dan kepakaran termasuk pentadbiran, perundangan, kewangan, akademik serta pembangunan masyarakat
Kasih ibu mendidik tanpa lelah, mendoakan tanpa henti, dan berkorban tanpa meminta balasan.
Semoga Allah mengangkat darjat semua ibu, mengampuni dosa mereka, serta membalas setiap penat lelah dengan syurga-Nya.