Pemegang kad UNHCR bukan kebal daripada undang-undang Malaysia.
Perkara ini perlu difahami dengan jelas dan saya kongsikan video sidang media tempoh hari yang memberikan penjelasan tentang isu ini yang banyak dibincangkan oleh rakyat Malaysia.
Kad UNHCR yang sah hanya memberikan pengecualian terhadap dua kesalahan di bawah Akta Imigresen, iaitu berkaitan kemasukan tanpa dokumen yang sah dan tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.
Selain itu, mereka tetap tertakluk kepada semua undang-undang negara. Jika melakukan jenayah atau melanggar undang-undang, tindakan akan diambil mengikut peruntukan yang berkuat kuasa.
Pada masa yang sama, Kerajaan MADANI sedang memperkukuh pengurusan pelarian melalui pelaksanaan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bagi memastikan proses pengesahan status dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia sendiri, termasuk tapisan keselamatan dan pengumpulan data yang lebih lengkap.
Pendekatan ini akan memastikan pengurusan pelarian di negara kita lebih tersusun, telus dan mengutamakan aspek keselamatan negara.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#MADANIBekerja
Disebabkan majikan kapitalis bangsat, ambil pendatang asing tanpa izin kerja kilang ,bina rumah , bina lot kedai , bina bangunan .
Bila amalan rasuah rosak dari sempadan pintu masuk sampai masuk kawasan komuniti masyarakat / perumahan komuniti .
Siapa nak tanggungjawab?
Singapore pun ada akta ISA. Malaysia sibuk nak hapuskan ISA dengan SOSMA.
Singapore tau cara nak discipline kan manusia kena ada undang undang tegas. Tengok la Malaysia, orang luar pun boleh buat hal sesuka hati
Salam sy dr Mlysia. Minta bantuan warga Indonesia semua kasi post ini Viral smpai ke pemerintah sana.
Mereka semua skrg stuck di KLIA 1 dari smlam lepas pulang umrah.mereka udah dtg dari 5hb/7 dan mmg bermasalah dari sbelum fly. Sudah lbih 3mgu perjalanan udah lbih dr jadual