Kesian izzah. Aku masih percaya dia di jadikan alat untuk menjatuhkan rafizi. Kalau aku silap. Betulkan aku. Aku hanyalah PAP. Yang melihat apa politik kini terjadi
π¦ππ¬π π¦π¨πππ π ππ‘ππππ ππππ πππ₯π¦ππ π, ππ‘ππ ππππ π‘ππ πππ₯π¦ππ π?
Hari ini, 21 Mei 2026, jam 1256 tengahari, saya baru saya mendaftar menjadi ahli baru BERSAMA.
Saya kini menjadi ahli biasa BERSAMA dan nombor keahlian saya agaknya lebih corot berbanding yang lebih awal sertai sejak hari Ahad.
Macam mana nak tahu kita ahli nombor berapa bila dapat nombor keahlian?
Nombor keahlian BERSAMA ada 14 digit.
2 digit - 4 digit - 4 digit - 4 digit
2 digit pertama ialah kod negeri yang anda pilih untuk bergiat.
4 digit seterusnya ialah kod parlimen yang ada pilih untuk bergiat.
Nombor siri keahlian ialah 8 digit seterusnya dan nombor siri ini terpakai untuk seluruh negara.
Jadi jika nombor keahlian anda ialah 12 0173 0000 9242, itu bermakna anda adalah ahli yang ke 9,242 mendaftar sejak Ahad dan akan bergiat aktif di parlimen Putatan, negeri Sabah.
Contoh ini adalah pendaftaran yang sebenar, tahniah dan terima kasih kepada Agustinus dari Sabah.
Ramai yang menghantar mesej kepada saya menawarkan diri untuk membuka cawangan di daerah atau negeri.
Nasihat saya ialah untuk mendaftar sebagai ahli di https://t.co/6vXmDO7QDX dahulu.
Proses untuk menyusun organisasi akar umbi itu akan berlaku dalam tempoh sebulan dari sekarang.
BERSAMA mesti mengambil pendekatan sang kancil, iaitu mencari kaedah yang paling optimum dan berkesan dalam menyusun organisasi akar umbi supaya kita tangkas, cerdik dan berani.
Pendekatan yang akan diambil oleh BERSAMA dalam menyusun organisasi akar umbi tidak sama dengan organisasi parti lain yang ada.
Oleh itu, saya mohon supaya semua yang berminat mendaftar menjadi ahli dan kempenlah dengan keluarga, rakan-rakan untuk turut sama mendaftar.
Panduan seterusnya untuk menyusun organisasi akar umbi akan dibuat dalam tempoh sebulan dari sekarang.
Jangan lupa daftar sebagai ahli BERSAMA di https://t.co/6vXmDO7QDX
PELETAKAN JAWATAN DAN KELUAR DARIPADA PARTI KEADILAN RAKYAT
1. Saya Muhammad Haziq Azfar Bin Ishak dengan ini meletakkan jawatan sebagai Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia dan Ketua AMK Cabang Tanjong Malim, serta keluar daripada Parti Keadilan Rakyat berkuat kuasa serta merta.
2. Kebimbangan ramai adalah apabila KEADILAN sudah menjadi sebuah parti establishment yang mempertahankan status quo atas alasan praktikaliti dan kompromi yang berlebihan, bertentangan dengan prinsip asas yang diperjuangkan selama ini.
3. Hasilnya, KEADILAN dan Pakatan Harapan terpaksa mengabaikan suara penyokong kerana hasil berdolak dalih dan menangguhkan janji perubahan.
4. Yang lebih membimbangkan adalah keculasan ini memberi kesan terhadap kepercayaan orang awam khususnya generasi muda pengundi kali pertama terhadap institusi parti politik dan demokrasi. Semua politikus dan parti politik dikatakan sama sahaja.
5. Kita mempunyai tanggungjawab sosial untuk menggembleng tenaga menyumbang sedikit usaha dalam menoktahkan krisis kepercayaan ini.
6. Kita juga perlu lebih radikal dan agresif menongkah pendekatan business as usual, khususnya apabila generasi baharu terpaksa berhadapan dengan pendekatan dan solusi abad ke-20 untuk menyelesaikan masalah dan cabaran hidup abad ke-21.
7. Terima kasih KEADILAN.
HAZIQ AZFAR
20 Mei 2026
ππ’πππ’πͺ ππππ¨π‘ π ππππ π¦π’π¦πππ π₯ππ¦π π πππ₯π¦ππ π
Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang terus memberikan sokongan kepada BERSAMA.
Assalamualaikum dan salam hormat..
Saya tiada cerita sedih atau mengungkit sejarah 20 tahun perjuangan bersama PKR.. Juga tidak ingin menghentam PKR serta rakan-rakan yang masih kekal di sana..
Saya cuma ingin memaklumkan bahawa saya Mohammad Razeef Bin Rakimin melepaskan jawatan Ketua Cabang Keadilan Tuaran dan semua jawatan saya dalam Keadilan..
Saya juga dengan ini mengisytiharkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat berkuat kuasa serta merta dan telah menghantar permohonan pembatalan keanggotaan melalui aplikasi Adil..
Terima kasih atas sokongan, dokongan dan tunjuk ajar sepanjang 20 tahun perjalanan ini.. Semoga ukhuwah kita kekal terjalin di samping perbezaan ideologi.. Bismillahi tawakkaltu alallah..
#BERSAMA
PELETAKAN JAWATAN & KELUAR PARTI
Saya, Fathin Amelina Fazlie, mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua AMK Cabang Titiwangsa & Pengarah Komunikasi AMK Wilayah Persekutuan, serta keputusan untuk keluar daripada Parti Keadilan Rakyat berkuat kuasa 18 Mei 2026.
πππ₯π π£ππ₯π§ππ π πππ‘πππ‘ π¦π£π₯π , ππ¦π’π π¦ππ ππ¨π‘π ππππ
Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang hadir untuk memberi semangat di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya hari ini.
Yang tua dari generasi reformasi 1998 pun ada, termasuk auntie reformasi yang berkampung di Bukit Damansara dahulu.
Yang muda masih di universiti.
Kawan-kawan lama dari luar KL pun ada.
Peguam-peguam tua dan muda:
Datuk Yaacob Md Sam (bekas Hakim Mahkamah Rayuan dan Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan), Yunus Shariff, Saiful Izham Ramli, Nik Zarith, Adi Zulkarnain dan Faizal Rahman.
Sahabat-sahabat Ahli Parlimen: YB Wong Chen (Subang), YB Rodziah (Ampang), YB Zahir (Wangsa Maju), YB Bakhtiar (Balik Pulau) & YB Chean Chung (Petaling Jaya).
Baca dekat thread. move n9 tu dapat restu anwar sebab nak jatuhkan kroni piji. Takkan ler sampai macam tu. kalau ada benar, memang cari pasal ler pkr next pru ni. Huhuhu