10 Jun | YBhg Laksma Mohd Hasnan bin Mohd Hanafiah, Panglima Pasukan Simpanan TLDM telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg Laksma Mohd Shariman bin Ishak, Komandan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera sempena program Kajian Medan Keselamatan dan Ekonomi Selatan dan Batam.
27 Mac | YBhg Laksma Mohd Hasnan bin Mohd Hanafiah, Panglima Pasukan Simpanan TLDM telah menyempurnakan pemakaian insignia pemerintahan Lt Kdr Mohammad Razif bin Sahir TLDM yang baru sahaja dilantik sebagai Asisten Marsyal Provos PROTELA Johor Bahru pertama mulai 23 Mac 26.
Panglima Pasukan Simpanan TLDM dan warga markas mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam yang meraikannya khasnya kepada warga TLDM dan PSSTLDM. Semoga Syawal kali ini lebih bermakna dan membawa sinar kebahagiaan serta keberkatan buat kita semua.
ANUGERAH BINTARA LASKAR KREATIF & BERKUALITI MPS TLDM PENGGAL KE-2 2025
16 Mac | YBhg Laksma Mohd Hasnan bin Mohd Hanafiah telah menyempurnakan penyampaian plaka. Tahniah diucapkan .
1. BM PAP Faizal bin Rosman
2. LK I TNL Elvvana Sunday
#HomeOfNavalReservist#navyupdate
MAJLIS BERBUKA PUASA WARGA MPS TLDM
13 Mac | Majlis berbuka puasa telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran warga PTJB. Kebersamaan anggota ketika waktu makan menggambarkan semangat setiakawan dan kekuatan ukhuwah warga MPS TLDM .
#MPS#TLDM#HomeOfNavalReservist βοΈ
KURSUS ASAS PRA TAULIAH FASA 6 SIRI 4/26
9-13 Mac | Kursus Asas Pra Tauliah Fasa 6 Siri 4/26 telah berjaya dilaksanakan di MPS TLDM selama lima hari dengan penyertaan seramai 123 orang yang terdiri daripada 2 Unit Bawah Naugan dan 4 Unit PALAPES.
#Homeofnavalreservis
MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT MPS TLDM
10 Mac | Majlis khatam al-Quran telah disempurnakan oleh YBhg Panglima Pasukan Simpanan TLDM dengan penglibatan seramai 52 peserta yang terdiri dari kalangan warga, pelatih KPP dan ahli BAKAT Laut PTJB. #homeofnavalreservist
7 Mac | MPS TLDM dan KD SRI MEDINI telah menerima Bantuan Intensif Kewangan Penjawat Awam Persekutuan daripada YAB Menteri Besar Johor yang telah disampaikan oleh YB ADUN Permas Jaya, YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib.
Maju Johor!
#HomeOfNavalReservist
CERAMAH SEMPENA NUZUL AL-QURAN
6 Mac, 16 Ramadan | Ceramah sempena Nuzul Al-Quran telah disampaikan oleh Ustaz Habib Nuh bin Che Hussin. Semoga ilmu yang disampaikan dapat memberi manfaat untuk kita semua .
#HomeOfNavalReservist#navyupdate
KURSUS ASAS PRA TAULIAH FASA 6 SIRI 3/26
2β6 Mac | Kursus Asas Pra Tauliah Fasa 6 Siri 3/26 telah berjaya dilaksanakan di MPS TLDM selama lima hari dengan penyertaan seramai 135 peserta daripada USM, UUM, UMPSSA, KDSP, KDSK, KDSM & PSTL Setiu.
#HomeOfNavalReservist#NavyUpdate
2β4 Mac | Bengkel Pengemaskinian Pakej Latihan PSSTLDM & Dasar Pengoperasian MPS TLDM telah dilaksanakan dengan kehadiran 2 orang fasilitator. Ia bertujuan bagi menyemak semula pakej latihan PSSTLDM & membincangkan berkaitan dasar pengoperasian MPS TLDM.
https://t.co/TIfEqECcLu
3 Mac | Mesyuarat PKBM (L) Penggal Pertama Tahun 2026 telah dihadiri seramai 12 orang ahli secara bersemuka & 22 orang ahli secara sidang video bagi membentangkan pelaporan aktiviti penggal ke-2 tahun 2025 & mendapatkan persetujuan bersama bagi aktiviti yang akan dilaksanakan.
26 Feb | MTL & KD SRI KLANG telah mengambil bahagian dalam Program Eksplorasi Kerjaya PLKN 3.0 Siri 1/26 yang melibatkan seramai 277 pelatih wanita bertempat di Dewan Desa Setia Wira, Kompleks Perumahan Desa Setia Wira, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.
Sumber: MTL-BSM
27 Feb | Kursus Asas Pra Tauliah Fasa 6 Siri 2/26 telah berjaya dilaksanakan di MPS TLDM selama lima hari dengan penglibatan seramai 115 peserta daripada lima buah Universiti Awam iaitu UPNM, UMK, UMT, UTM dan UM.
https://t.co/iB6AgyVajv
23 Feb | Panglima Pasukan Simpanan TLDM, Laksamana Pertama Mohd Hasnan bin Mohd Hanafiah telah menerima Kunjungan Hormat daripada Ketua Jurulatih PALAPES Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Mejar Muhamad bin Hj Abd Latiff.
#HomeOfNavalReservist
Putrajaya, 25 Feb 26 | Panglima Pasukan Simpanan TLDM, Laksma Mohd Hasnan bin Mohd Hanafiah telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), KPM, Encik Ithnin bin Mahadi di pejabat beliau.
https://t.co/y9yZ6UBi5V
19 Feb | MTL, DPBLWL 1, Selam MAWILLA 1 dan PSTL Kuantan telah mengambil bahagian dalam Program Eksplorasi Kerjaya PLKN 3.0 Siri 1/26 yang melibatkan seramai 556 pelatih lelaki bertempat di Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang.
https://t.co/Xg3IAlv8TV
Panglima Pasukan Simpanan TLDM dan warga markas mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam. Semoga puasa tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.
#HomeOfNavalReservist#navywishes
9-13 Feb | Kursus Asas Pra Tauliah (KAPT) Fasa 6 Siri 1/26 telah berjaya dilaksanakan di MPS TLDM selama 5 hari dengan penglibatan seramai 100 peserta daripada UMK, UUM dan UTM.
https://t.co/SJq63gvam0
16 Feb I MPS TLDM telah melaksanakan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai oleh Ketua Staf dan disaksikan oleh YBhg PANGSIM. Inisiatif ini bertujuan memperkukuh nilai integriti, akauntabiliti serta budaya kerja beretika dalam kalangan warga TLDM.