Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) komited untuk membangunkan komuniti yang selamat, mampan, dan berdaya saing. Kami menyediakan perkhidmatan terbaik.
π’ Peringatan buat warga Sepang! Pembayaran Cukai Taksiran @MPSepang Penggal Kedua kini dibuka (1 Julai β 31 Ogos 2026).
Bayar sebelum/pada 31 Ogos 2026 secara online (PBTPay, JomPAY Biller: 8052), di Pos Malaysia, atau Kaunter Bergerak MPSepang. πβ¨
π https://t.co/0pfv68rLxu
π’ MAKLUMAN
Medan Selera Lot 10 kini beroperasi di tapak sementara bersebelahan INSPEN, Jalan Gate 1, Putrajaya.
Teruskan menyokong peniaga-peniaga Medan Selera Lot 10. #MPSepang#Putrajaya
Majlis Bacaan Yasin anjuran Unit Pengurusan Maklumat MPSepang telah diadakan bagi memperkukuh nilai kerohanian, memupuk kesejahteraan dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga kerja.
Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2026 kini dibuka!
π― Tema: Kesejahteraan Negeri Selangor
π° Hadiah wang tunai keseluruhan RM65,200
π Penyertaan percuma
π Tarikh tutup: 15 Julai 2026
Terbuka kepada jabatan/agensi kerajaan, IPT, syarikat swasta, individu dan sekolah.
MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA SISTEM myMinor
Sistem Permohonan Permit Kerja-Kerja Kecil (myMinor) akan ditutup sementara bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan perkhidmatan.
π 5 Jun 2026 (3.00 petang) β 7 Jun 2026
Segala kesulitan amat dikesali.
04 Jun 2026 | Taman Meranti Jaya 2/5, Bukit Puchong: Jabatan Kejuruteraan terima aduan SISPAA (29/05/2026) berkaitan lampu jalan rosak. Baiki ballast, bulb & MCB. Lampu telah kembali berfungsi dan beroperasi mengikut jadual ditetapkan.
04 Jun 2026 | Persiaran Garden Residence, Cyberjaya: Jabatan Kejuruteraan menerima aduan SISPAA (27/05/2026) berkaitan lampu jalan rosak. Pemeriksaan mendapati kerosakan pada ballast, bulb & MCB. Kerja pembaikan telah dilaksanakan dan lampu kini berfungsi semula mengikut jadual.
03 Jun 2026 | Majlis Perbandaran Sepang telah mengadakan sesi taklimat Sistem MyMR kepada delegasi Majlis Perbandaran Kuala Langat dan Majlis Perbandaran Selayang bagi perkongsian amalan terbaik di bawah Reformasi Sistem Tadbir Urus (RSTU) Kerajaan Negeri Selangor.
03 Jun 2026 | Persiaran Harmoni, Cyberjaya: Jabatan Kejuruteraan menerima aduan SISPAA (26/05/2026) berkaitan lampu jalan rosak. Pemeriksaan mendapati kerosakan pada peti agihan & tiang lampu melibatkan fius 32A. Kerja pembaikan telah dilaksanakan oleh kontraktor.
03 Jun 2026 | Jalan Putra Prima 5/2, Putra Prima: Jabatan Kejuruteraan menerima aduan SISPAA (26/05/2026) berkaitan lampu jalan rosak. Pemeriksaan mendapati kerosakan LED & MCB pada tiang lampu. Kontraktor telah melaksanakan pembaikan dan pelarasan semula.
Seminar Inovasi Majlis Perbandaran Sepang 2026
Jangan lepaskan peluang mengikuti perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan inovasi pada 18 Jun 2026 (Khamis) di Semarak Hall@Cyberjaya.
π 8.00 pagi β 2.00 petang
DAULAT TUANKU
Merafak sembah ucapan selamat ulang tahun hari kelahiran ke-55 kepada DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.
Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, kesejahteraan dan keberkatan kepada Tuanku.
03 Jun 2026 | Jalan Putra Prima 5/20
Susulan aduan SISPAA bertarikh 29 Mei 2026 berhubung kerosakan lampu taman permainan, pemeriksaan mendapati komponen MCB dan mentol mengalami kerosakan. Kerja penggantian telah dilaksanakan dan lampu kini kembali berfungsi dengan baik.
JAWATAN KOSONG MPSepang
Permohonan dibuka bagi:
β’ Pembantu Kemahiran Gred H1 (5 kontrak)
β’ Penerbit Rancangan Gred B1 (1 kontrak)
Mohon secara dalam talian di https://t.co/yT4LNKT3fU
Tarikh tutup: 17 Jun 2026
Keutamaan kepada anak Negeri Selangor.
Selamat Menyambut Hari Wesak 2026.
Semoga perayaan ini membawa kebahagiaan, kedamaian dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya penganut agama Buddha.
30 Mei 2026 | Balai Bomba & Penyelamat Cyberjaya
Program Ibadah Korban Kasih Bersama Warga Bomba Tahun 2026 berjaya menghimpunkan komuniti Sepang dengan pengorbanan 50 ekor lembu dan 3 ekor kambing. Daging korban akan diagihkan kepada 2,500 penerima yang memerlukan.
DAULAT TUANKU
Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Semoga Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan.