Pengarah Kerja Raya Melaka bersama Jurutera Daerah JKR Melaka hadir ke Majlis Memento Clock Out & Peluncuran Arca “I Am JKR” yang berlangsung di Aras 33, Blok G, Menara Kerja Raya.
Pengarah Kerja Raya Melaka telah hadir ke Majlis Hari Aduan Rakyat Kerajaan Negeri Melaka yang diadakan sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Gadek bertempat di Taman Sebang Gemilang, Alor Gajah, Melaka.
Pengarah Kerja Raya Melaka telah hadir dalam Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka yang berlangsung di Dataran Seri Negeri, Kompleks Seri Negeri.
Seusai mesyuarat, Pengarah turut menyampaikan pwnghargaan kepada Puan Arnisarina binti Salim, Jurutera Awam Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu dan Puan Ir. Mahvidayanti binti Muhamad Tarmidi, Jurutera Awam Kanan Bangunan yang menerima kenaikan pangkat Gred J13.
Pengarah Kerja Raya Melaka telah menyempurnakan penyerahan Surat Setuju Terima (SST) serta menyaksikan bacaan Aku Janji oleh kontraktor yang berjaya bagi Projek Pembinaan Tabika Kemas Taman Ayer Keroh Heights, Melaka Tengah, Melaka.
Pengarah Kerja Raya Melaka, Tuan Ir. Mohamad Salzeli Moktar petang ini hadir mengiringi lawatan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka ke Persimpangan Solok Duku, Masjid Tanah, Melaka bagi meninjau sendiri keadaan trafik di lokasi berkenaan.
Pengarah Kerja Raya Melaka, Tuan Ir. Mohamad Salzeli Moktar telah menghadiri Majlis Iftar bersama Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka yang berlangsung di Istana Melaka dalam suasana penuh harmoni dan keberkatan.
Pengarah Kerja Raya Melaka, Tuan Ir. Mohamad Salzeli Moktar telah mengadakan lawatan teknikal bagi meninjau pelaksanaan Kerja-kerja Pembaikan Cerun Runtuh di RKAT Sri Setia, Kem Terendak, Melaka.
Pengarah Kerja Raya Melaka, Tuan Ir. Mohamad Salzeli Moktar pagi ini menerima kehadiran pegawai yang baharu melapor diri untuk bertugas di JKR Melaka.
Encik Pavithran a/l Batumalai, Penolong Juruukur Bahan Gred JA5 Kontrak (Interim), akan ditempatkan di JKR Kem Tentera.
Pengarah Kerja Raya Melaka, Tuan Ir. Hj. Mohamad Salzeli Moktar pagi ini hadir ke Program Hari Aduan Rakyat sempena Karnival Demi Paya Rumput yang berlangsung di Dewan MBMB, Taman Paya Rumput Perdana.
Pengarah Kerja Raya Melaka, Tuan Ir. Hj. Mohamad Salzeli Moktar telah hadir ke Majlis Perasmian Projek Membina Jalan Baharu dari Persimpangan Rim (M27) ke Persimpangan Kampung Ulu Jasin (M2), Daerah Jasin, Melaka.
Pengarah Kerja Raya Melaka, Tuan Ir. Hj. Mohamad Salzeli Moktar menyantuni kakitangan JKR Melaka yang akan menyambut perayaan Tahun Baharu Cina pada 17 Februari 2026 ini.
Seusai menghadiri Program Hari Aduan Rakyat, Pengarah Kerja Raya Melaka, Tuan Ir. Hj. Mohamad Salzeli Moktar meneruskan agenda dengan turun padang menyantuni kakitangan JKR Melaka Tengah serta pasukan Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd yang sedang melaksanakan kerja-kerja CSR.
Pengarah Kerja Raya Melaka Tuan Ir. Hj. Mohamad Salzeli Moktar hadir dalam Majlis Penyerahan Projek Bina Baharu Masjid Cheng Perdana Dan Lain-lain Kerja Berkaitan.
Pasukan teknikal JKR Melaka telah mengadakan lawatan tapak bagi menilai kesesuaian cadangan pelaksanaan inisiatif ‘Go Straight’ di beberapa lokasi yang telah dikenal pasti.