Konsulat Jeneral Malaysia Medan🇲🇾 turut berdukacita dan mengucapkan takziah kepada Pemerintah RI khususnya serta rakyat Indonesia 🇮🇩 atas tragedi yang menimpa pesawat #SriwijayaAir semalam. Semoga ahli keluarga mangsa tabah menghadapi ujian berat ini.
Majlis Serah Terima Tugas RMNLO Medan Lt Kdr Abdul Hamid bin Abu Bakar TLDM kepada Lt Kdr Mohd Syahrizan bin Mohd Shariff TLDM pada 30 Jun 20 di Konsulat Jeneral Malaysia Medan Serta Sambutan Pisah Sambut Pegawai dan Staf.
1. Rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air TIDAK lagi perlu untuk mendapatkan/menandatangani LoU & Surat Kebenaran Perjalanan daripada Perwakilan-Perwakilan Malaysia.
2. Kuarantin di rumah: Berkuat kuasa 10 Jun 2020
KJM ingin memaklumkan kepada rakyat Malaysia yang masih terkandas bahawa jadual penerbangan komersil di antara Malaysia dan Indonesia (Medan - Kuala Lumpur) adalah seperti berikut:
7 Apr 20 - MH865 ETD: 1545 ETA: 1750
Susulan wabak COVID 19 KJM Medan ingin menasihatkan semua rakyat Malaysia di Sumatera mengambil langkah mengurangkan aktiviti tidak penting di luar rumah dan mengambil langkah memakai mask dan hand sanitizer Sebarang masalah sila hubungi talian 061-4531342
Pegawai Perhubungan TLDM (RMNLO Medan) Menghadiri Majlis Penutup Ops PATKOR MALINDO Siri 147/20 pada 10 Mac 20 di Markas Wilayah Laut 3 Langkawi, Malaysia. Turut Dihadiri Penasihat Pertahanan Indonesia di Malaysia.
Kunjungan Panglima Armada Barat Laksamana Madya Dato' Aris Adi Tan bin Abdullah ke atas Konsulat Jeneral Malaysia Medan pada 26 Feb 20 dengan disambut oleh Konsul Jeneral Tuan Aiyup bin Omar dan Warga.
Upacara Sambutan Panglima Armada Barat oleh Panglima Koarmada1 Jakarta dan Majlis Pembukaan Ops PATKOR MALINDO Siri 147/20 pada 26 Feb 20 di Lantamal I Belawan, Indonesia.
Kunjungan hormat CG Medan Tuan Aiyub Omar ke atas Dr. Ir. Hj. R.Sabrina, https://t.co/T7SwcgLTVY pada 13 Februari 2020 bagi membincangkan Penyertaan Malaysia dalam Sumut Fair 2020 dan isu-isu berkepentingan bersama
CGM Medan, Tuan Aiyub Omar menerima kunjungan hormat dari Ketua Caretaker Kamar Dagang dan Industri Medan, Bpk Santri Azhar Sinaga pada 12 Feb 2020. Pertemuan turut membincangkan aspek dan isu perdagangan yang mempunyai kepentingan bersama.
Acara "Road Show and Networking" bagi promosi MIHAS ke-17 pada 1-4 Apr 20 telah diadakan di Hotel Santika, Medan pada 6 Feb 20 yang dihadiri oleh Konsul Malaysia, Aiyub Omar bagi mempromosikan MIHAS kepada pihak yang berminat di Sumatera Utara.
Konsul Jeneral Malaysia di Medan Tuan Aiyub Omar bersama rombongan membuat kunjungan hormat ke atas Gubernur Sumatera Utara Bapak Edy Rahmayadi bertempat di Pejabat Gubernur pada 21 Jan 2020.
Internasional Pramusim Edy Rahmayadi Cup 2020 yang diadakan di Stadium Teladan, Medan bermula pada 16 hingga 18 Jan 2020. Pihak PSMS telah mengundang pasukan dari luar negeri iaitu Felda United, Penang FA dari Malaysia dan Boeung Ket dari Kamboja. Pihak KJM turut memberi sokongan
KJM ingin mengucapkan salam tahun baharu 2020 kepada seluruh komuniti Malaysia yang berada di Sumatera. Moga tahun 2020 akan menjadi tahun yang lebih produktif dan makmur bagi kita semua. Semoga terjalin hubungan yg lebih erat antara kita.