Twitter account of the Embassy of Malaysia in Conakry, Republic of Guinea. Concurrently accredited to Côte d’Ivoire, Guinea-Bissau, Liberia, and Sierra Leone.
Article Coverage by https://t.co/jwQXrWR8mR On Hari Gawai And Kaamatan Festival Hosted By The Embassy Of Malaysia , 3 June 2026
https://t.co/ofDHZ8zIsc
On 3 June 2026, Malawakil Conakry organized Kaamatan Festival and Gawai Dayak Celebration at Loura Restaurant. The event highlighted Malaysian culture with prominent focus on Sabah and Sarawak to the local communities and diplomatic corps in Conakry.
° Kementerian Luar Negeri merafak sembah dan merakamkan Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
° Semoga KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala, dilanjutkan usia zaman, dan sentiasa sihat wal’afiat selama-lamanya.
Dirgahayu Tuanku!
° Kementerian ini selanjutnya merafak sembah menjunjung kasih di atas perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengurniakan dan menganugerah Darjah Kebesaran Persekutuan, Bintang dan Pingat kepada Ketua Setiausaha serta pegawai-pegawai Kementerian ini, yang telah disempurnakan sempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2026 Istana Negara, seperti berikut:
1. Tan Sri Amran Mohamed Zin
Ketua Setiausaha
Darjah Kebesaran Persekutuan
Panglima Setia Mahkota (P.S.M.)
2. Datin Paduka Anizan Siti Hajjar Adnin
Timbalan Ketua Setiausaha Khidmat Pengurusan
Darjah Kebesaran Persekutuan
Johan Setia Diraja (J.S.D.)
3. Datuk Cheong Loon Lai
Duta Besar Malaysia ke
Persekutuan Rusia
Darjah Kebesaran Persekutuan
Panglima Jasa Negara (P.J.N.)
4. Dato' Shariffah Norhana Syed Mustaffa
Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Dasar dan Penyelarasan
Darjah Kebesaran Persekutuan
Johan Setia Diraja (J.S.D.)
5. Datuk Yubazlan Haji Yusof
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Afrika Selatan
Darjah Kebesaran Persekutuan
Panglima Setia
Diraja (P.S.D.)
6. YM Raja Saifful Ridzuwan Raja Kamaruddin
Ketua Sekretariat
Sekretariat Induk Logistik ASEAN
Darjah Kebesaran Persekutuan
Johan Setia Diraja (J.S.D.)
7. YM Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir
Konsul Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi
Darjah Kebesaran Persekutuan
Kesatria Setia Diraja (K.S.D.)
🌺 Kementerian merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Setiausaha dan semua penerima. Semoga penganugerahan ini akan terus mendorong kecemerlangan dalam perkhidmatan kepada negara.
#DirgahayuTuanku #WismaPutra #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI
#Taatsetia
The Embassy will resume normal operations on Tuesday, 2 June 2026.
In case of emergency or consular assistance, please contact our Duty Officer at:
+224 622 66 7878 / +224 622 66 7879
Please be informed that the Embassy of Malaysia in Conakry will be closed on Monday, 1 June 2026 on the occasion of Birthday of SPB Yang di-Pertuan Agong (King of Malaysia)
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku
Pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H
Sembah takzim daripada Kedutaan Besar Malaysia di Conakry, Republik Guinea
Kedutaan Besar Malaysia di Conakry, Republik Guinea mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2026 kepada semua yang meraikannya.
🌾 Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan & Selamat Ari Gawai Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua✨
ApaKhabar✋|
RakanWisma🇲��🌐
° Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Wisma Putra mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2026 kepada semua yang meraikannya. Semoga sambutan penuh makna ini terus menyuburkan semangat kesyukuran, perpaduan serta penghargaan terhadap keunikan budaya dan warisan tradisi yang menjadi tunjang keharmonian Malaysia MADANI.
🌾 Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan & Selamat Ari Gawai Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua✨
#WismaPutra #PestaKaamatan #HariGawai #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #TaatSetia
The Embassy will resume normal operations on Thursday, 28 May 2026.
In case of emergency or consular assistance, please contact our Duty Officer at:
+224 622 66 7878 / +224 622 66 7879
The Embassy of Malaysia in Conakry, Republic of Guinea wishing everyone Happy Eid ul-Adha 1447H.
Please be informed that the Embassy of Malaysia in Conakry will be closed on Wednesday, 27 May 2026, in conjunction with Eid ul-Adha Celebration.
Kebesaran dan kemuliaan Hari Raya Aidiladha pasti merujuk kepada teladan pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s atas ujian yang dihadapi, serta memperlihatkan hikmah dan rahsia Allah SWT, Tuhan Yang Maha Esa. Sementalahan, di sebalik ikhtiar dan usaha yang dilakukan kita dalam mendepani pelbagai cabaran yang mendatang, pasti ada pengorbanan yang harus menjadi prasyarat.
Justeru, pengorbanan yang kita lakukan hari ini punya harganya yang tersendiri dalam pelbagai perkara sama ada dalam hal ehwal pengurusan dan pengemudian ekonomi negara, bidang keilmuan dan lapangan keagamaan punya penekanan dan manifestasi masa hadapan. Lantaran itu, berkorban dalam menongkah ujian hari ini demi masa hadapan yang lebih baik ternyata menjadi rahsia Tuhan yang terdalam, demi masa depan keluarga, negara dan malah, kehidupan selepas kematian juga.
Mari bersama renungi Firman Allah SWT:
وَقَالَ إِنِّي ذَاهِبٌ إِلَىٰ رَبِّي سَيَهْدِينِ ﴿٩٩﴾ رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ ﴿١٠٠﴾ فَبَشَّرْنَاهُ بِغُلَامٍ حَلِيمٍ ﴿١٠١﴾ فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّـهُ مِنَ الصَّابِرِينَ
Maksudnya: Dan Nabi Ibrahim pula berkata: "Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Ia akan memimpinku (ke jalan yang benar). " Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!" Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.
(Surah al-Saffat: 99-102)
Maknanya, tanpa pengorbanan hidup menjadi tidak bermakna dan gersang nilai. Sesuatu yang dikorbankan adalah sesuatu yang memang menjadi kemahuan manusia—harta, keluarga dan kedudukan. Oleh dengan itu, nilai keikhlasan dan ketakwaan seseorang dapat diukur, yakni semakin berharga sesuatu yang ia korbankan, maka semakin besar pula ketakwaan dan natijahnya.
Oleh yang demikian, hikmah menunaikan Haji merupakan antara kurniaan terbesar Ilahi kepada hamba-Nya. Kita mengenang manasik Haji sebagai salah satu rukun Islam. Haji punyai maqasid kerohanian yang tersendiri yang bertujuan memadrasahkan jiwa manusia agar lebih zuhud dan sederhana.
Tatkala berihram dengan pakaian serba putih dan kosong, kita diasuh dengan nilai kebersihan, kemurnian dan kesederhanaan. Segala busana mewah dan lencana kehormat harus ditinggalkan. Demikian juga wuquf di Arafah, suatu perhimpunan raksasa tanpa mengira tingkat diri di dalam masyarakat, darjat atau pangkat, lantas membugar rasa insaf dan tawaduk di hadapan Allah SWT. Inilah tonggak kekuatan Haji yang tidak tertandingkan, terpancar menerusi garapan yang mendalam, penghayatan dan hidupnya amalan kita.
Walhasil, atas iktibar ini saya mengajak umat Islam agar menghayati pesanan kesederhanaan yang dizahirkan dalam ibadah Haji, agar sentiasa tawaduk dan tidak terpukau dengan gemerlapan tarikan kemewahan dunia yang sementara. Jangan kita terpesong dari tujuan dan landasan kita. Dunia harus menjadi jambatan utuh ke arah negeri yang abadi dan kekal selamanya.
Akhirul kalam, saya turut mendoakan agar para jemaah yang kini berada di tanah suci beroleh Haji yang mabrur, dan semoga pulang ke tanah air dengan sejahtera.
اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّ��هُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ، وَلِلّٰهِ الۡحَمۡدُ
ANWAR IBRAHIM
ApaKhabar✋
SalamUkhuwah |
RakanWisma🇲🇾🌐
° Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Wisma Putra mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H. Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan terus mekar demi kesejahteraan bersama.
° Wisma Putra kekal komited membawa aspirasi Diplomasi MADANI dalam memperkukuh hubungan antarabangsa serta menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia di dalam dan luar negara.
🌺 Indah takbir bergema syahdu,
Syiar nan syukur sarat bermakna,
Aidiladha medan satukan kalbu,
Mengerat ukhuwah untuk selamanya.
! سلامت هاري راي عيد الأضحى |
عِيدُ الأَضْحَىٰ مُبَارَكٌ 🌙✨
#WismaPutra #Aidiladha1447H #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #TaatSetia
Please be informed that the Embassy of Malaysia in Conakry will be closed on Monday, 25 May 2026 on the occasion of Africa Union Day 2026.
The Embassy will resume normal operations on Tuesday, 26 May 2026.