@amer7211@rafiziramli@niknazmi PMX dan PKR boleh buat apa sahaja..halal dan dibenarkan. Macamngeng PAS ni. Orang lain, RR & NN tidak boleh, di cap khianat dan gagal.
๐๐ ๐๐๐ ๐๐ซ๐๐ ๐ฆ๐ฃ๐ , ๐๐ฌ๐ ๐ฆ๐ฃ๐ฅ๐ , ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ง๐๐๐
Minggu ini minggu exam saya, dah 2 hari habis paper pertama dan kedua. Hari ni paper ketiga.
Saya disoal siasat oleh SPRM sejak hari Isnin lepas.
Sebab ada satu tuduhan, bermula dengan fitnah-fitnah ceplos di media sosial kononnya saya makan rasuah projek RM1.1 bilion berkaitan inisiatif negara merevolusi industri semi konduktor negara melalui usaha sama dengan ARM, iaitu monopoli reka bentuk cip dunia.
Kemudian ada NGO-NGO seperti Perkasa buat laporan SPRM. Geng-geng NGO ni buat 3 laporan SPRM terhadap saya untuk buka 3 kes.
Bila semak-semak balik, salah satu NGO yang buat laporan ni memang selalu memuji dan melambung kehebatan individu tertentu dekat Pejabat Perdana Menteri dulu.
Jadi kita faham-fahamlah.
Ambik exam SPRM ni sama macam ambik exam SPM.
Cuma satu paper SPM mungkin 2 jam, satu paper SPRM sampai 8-9 jam ha3.
Tapi tip sama.
Kalau kita dah study awal-awal dan ingatan kita baik, Insya Allah lancar saja jawab exam SPM.
Kalau kita memang jenis ponteng kelas, homework tak pernah buat, hari exam memang menggelabah dan berterabur jawab exam.
Exam SPRM pun sama.
Kalau kita memang tak ambik duit, maka tak de money trail atau bukti kekayaan atau kemewahan. Kalau kita buat kerja kita saja dan tak de self interest, soal macam mana pun jawapan kita konsisten dengan rekod-rekod rasmi yang ada.
Insya-Allah, exam SPRM paper ketiga ni pun akan OK.
Cikgu-cikgu yang memeriksa saya pun setakat ni OK. Bukan macam cikgu disiplin saya dulu libas dengan tali pinggang ha3.
Kalau saya bertuah dapat notis terima sijil di mahkamah nanti, Insya-Allah saya naik pentas dengan tunjukkan sijil exam SPRM yang cemerlang.
Terima kasih atas doa keluarga dan kawan-kawan dari merata tempat.
Satu tips je yang saya tak pakai untuk ambik exam SPRM ni - tips suruh makan kismis sebelum exam untuk ingatan kuat.
Saya memang tak yakin tips ni dari dulu ha3.
@NewsBFM Salah JKR. Tidak cukup papan tanda amaran. Tiada pemantauan. Kelemahan senggaraan jalan raya. Sebelum runtuhan besar, ada runtuhan kecil. Bentuk cerun jalanraya tidak cukup padat dan mampat. Sila buat audit kemampatan tanah itu
๐๐๐๐๐๐๐๐ก ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐ก ๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐๐ฃ ๐๐ก๐๐ ๐ฆ๐๐ฌ๐
Sekitar jam 145 petang ini, semasa anak dan isteri saya memasuki kereta untuk meninggalkan sebuah pusat membeli belah di Putrajaya, secara tiba-tiba seorang lelaki mengheret anak saya dan mencucuknya dengan jarum suntikan.
Semakan menunjukkan dua orang lelaki yang menaiki sebuah motosikal telah mengekori kereta isteri saya. Pada hemat saya, mereka telah merancang serangan itu lebih awal.
Serangan itu melibatkan dua orang lelaki yang berpakaian hitam sepenuhnya dan bertopi keledar yang menutup muka keseluruhannya. Mereka telah menunggu lebih awal dan bergegas menyerang anak saya pada ketika yang sesuai.
Anak saya telah dibawa segera ke Hospital UPM untuk rawatan.
Pihak polis juga telah berada di tempat kejadian sejurus kejadian. Saya dan keluarga saya telah pun memberi kenyataan kepada pihak polis.
Sebarang maklumat lanjut mengenai kejadian, siasatan dan keputusan pemeriksaan doktor sewajarnya dikeluarkan oleh pihak polis dan Hospital UPM.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PDRM dan Hospital UPM yang telah membantu keluarga saya melalui kejadian ini.
Sepanjang saya menjadi seorang ahli politik berprofail awam, inilah kali pertama keluarga saya menjadi sasaran serangan dan ugutan seperti ini. Saya percaya serangan ini adalah satu amaran kepada saya supaya tidak bersuara lantang dalam beberapa isu tertentu.
Terima kasih kepada semua yang telah menghantar mesej dan bertanya khabar.
Insya Allah, sementara saya akan mengambil langkah susulan untuk meningkatkan kawalan keselamatan, saya juga tidak akan tunduk kepada sebarang ugutan dan akan terus menjalankan tugas saya seperti biasa.
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
๐ญ๐ฏ ๐ข๐ด๐ผ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ