Tidak kira sama ada ritual simbolik di pentas hiburan atas nama seni atau aksi terikut-ikut meniru upacara agama lain, batas tauhid jangan sekali-kali dicabar dan dinormalisasikan.
Nabi Ibrahim AS sendiri tidak pernah leka berdoa menjaga pegangan anak cucunya daripada menyembah berhala.
Urusan akidah bukan bahan tontonan atau cuba-cuba. Peliharalah diri serta keluarga kita daripada tergelincir akidah semata-mata demi hiburan dan ‘content’.
#ustazwadiannuar #uwakongsi
Jangan pernah sesekali mengemis cinta kepada orang yang kamu sayang. Jika dia benar-benar mencintaimu, sudah di pastikan dia tidak akan membiarkan kamu mengemis cinta padanya, dan juga dia tidak akan membiarkanmu.
Jangan membenci sesuatu yang telah Allah pilihkan untukmu. Kerana setiap ujian itu, rasa sakit, takdir dan kesabaran disertakan dengan pahala jika kau ikhlas menjalaninya. Dan Allah itu Maha Baik hanya akan mendatangkan kebaikan pula bagimu kelak.
Jaga solat, walaupun kita tak baik mana, walau ada keburukan yang kita buat. Moga solat jadi asbab sedikit demi sedikit kita tinggalkan kemaksiatan dan kemungkaran.
Peringatan untuk diri sendiri :
1. Jangan bersikap terhegeh-hegeh
2. Jangan merayu seseorang untuk tinggal
3. Tahu nilai diri sendiri
4. Jimat ruang untuk orang yang penting
5. Terima apa yang tidak boleh diubah
6. Tinggalkan apa yang bukan untuk kita
7. Sayangi diri sendiri
“Betullah orang cakap, benda yang makin kita kejar, makin jauh dia dari kita. Berhenti mengejar sesuatu yang tidak pasti. Berhenti mengejar orang demi untuk mencintai kita. Mulakan dengan lebih menyayangi diri kita terlebih dahulu.”
Yakinlah dengan tiga perkara :
1 . Tiada yang lebih sayang kepada kita selain Allah.
2 . Tiada yang paling mengetahui kegundahan kita selain Allah.
3 . Tiada yang berupaya menghilangkan kesulitan kita selain Allah.
Kita tak boleh paksa orang untuk sentiasa dengan kita. Sesiapa jelah. Sebab setia ni pilihan. Kalau dia buat pilihan untuk pergi, biarkanlah itu pilihan dia.
Tapi yang terbaik akan sentiasa bersama. Sebab tu hargai lah mereka yang masih ada bersama kau sampai harini.
Healing itu pulang pada Allah. Kerana luka dan kecewa dihatimu hanya Allah saja yang boleh sembuhkan, bukannya ke sana ke sini tiada arah tujuan ; tetapi sujud ke sejadah.
Carilah seseorang yang nyata untuk kau. Nyata bahawa dia akan tetap bersama kau ketika kau mencari jalan untuk menjadi versi terbaik diri sendiri.
Mereka akan mencintai kau, terutama pada hari-hari yang paling sukar dan pada hari-hari di mana kau menjadi yang paling sukar.
Selain minta kuat, kita minta juga dekat Tuhan agar difahamkan dengan apa yang sedang berlaku. Sebab kadangkala kita ni boleh sabar, tapi kita masih keliru kenapa sesuatu itu terjadi.
Jangan letak tanda soal bila sudah diletak tanda noktah.
Maksudnya?
Andai itu takdir Allah untuk kita, jangan kita persoalkan lagi. Itu ada sebagai seorang hamba. Menerima dengan redha dan berlapang dada.
Sedang di fasa berdamai dengan diri sendiri, berdamai dengan takdir Allah, belajar mengikhlaskan sesuatu yang sudah terjadi, belajar untuk menerima keadaan dan belajar untuk tidak memaksakan sesuatu.
Memiliki seseorang yang selalu support, menghargai effort, boleh diajak bertukar cerita tentang keluh kesahnya dan boleh memberi solusi adalah suatu anugerah yang patut untuk benar-benar disyukuri, because tak semua orang boleh memilikinya.