Hubungan antara anak dan mak walaupun dah kahwin masih sama cuma priority je berbeza.
Hubungan
Anak lelaki = mak & ayah
Anak Perempuan = suami tanpa m’abaikan mak & ayah
Tanggungjawab
Anak lelaki = isteri & anak
Anak perempuan = mak ayah tanpa m’abaikan suami & anak
“Kita akan diuji dengan apa yang kita tegur”
sebab tu bila kita nak tegur someone, jangan rasa kita dah cukup baik. banyak kan berdoa moga kita istiqamah. takut-takut esok kita pula buat perbuatan itu
& i felt that
Maaflah. Pasal Mak Ayah ni belum pernah lagi saya berjaya tahan air mata. Memang automeleleh😭
Betul, saya tak nafikan. Ada Mak Ayah yang gagal menjaga anak-anak mereka sebaik mungkin atas pelbagai sebab. Boleh jadi atas pilihan sendiri, boleh jadi di luar kawalan mereka.
Jadi, kalau Mak Ayah kita dah jaga kita baik-baik, tak salahkan kita cuba bahagiakan mereka pula.
Ramai Mak Ayah tak mengharapkan pun jasa mereka dibalas. Cuma kitalah sendiri belajar mengenang kembali kebaikan mereka mengikut kemampuan masing-masing😊
🎥 : naemzaimi
Bab family ni aku tak kuat nak dengar sebak, ayah ke mak ke. mereka segalanya sanggup tengok kita tersenyum makan semua semoga murah rezeki semuanya 😭😭
Ada yang gunakan istilah mati dekat Mak Ayah yang meninggal dunia sebab nak tunjuk dia kuat dan tak terkesan dengan apa yang dah jadi.
Betul, semua orang ada cara nak cope dengan sedih dia. Tapi secara peribadinya, tidak bagi aku.
Walau semua orang akan mati, aku akan pilih kosa kata terhormat dan terbaik untuk Mak Abah aku yang meninggal dunia.
Tambahan, kau sedih menangis teresak-esak Mak Abah kau meninggal, so what? Bersedihlah. Bersedih kehilangan orang yang kau sayang tak menunjukkan kau lemah pun.
Semoga kita nanti tak jadi mak ayah yang sikit2 derhakakan anak.
Sikit2 nerakakan anak.
Sikit2 mendoakan balasan buruk kat anak.
Padahal diri sendiri yang jauh lebih layak kena sebab menyeksa anak. Semoga kita tak jadi mak ayah yg sial. Aamiin.
Percayalah,
setiap kali belanja mak ayah makan & kongsi rezeki dengan adik beradik
Allah tu terus bayar cash dengan rezeki yang lain yang lebih baik 🥹
Ada orang rezekinya dari sudut harta. Ada orang rezekinya dapat jaga mak ayah. Dan ada orang rezekinya dapat pasangan yang baik. Rezeki kita berbeza-beza. Tapi apa yang Allah beri itulah yang paling tepat dan terbaik untuk kita. ❤️