๐๐๐ฌ๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ๐๐ง ๐ง๐๐ ๐๐ซ๐ ๐ค๐ข๐ง๐ข ๐ฆ๐๐ซ๐๐ง๐ญ๐๐ฌ ๐ฌ๐๐ฆ๐ฉ๐๐๐๐ง ๐๐ข๐ณ๐ข๐ค๐๐ฅ ๐๐๐ง ๐๐ข๐ ๐ข๐ญ๐๐ฅ.
Perkhidmatan awam perlu terus tangkas, celik risiko dan bersedia dengan keupayaan baharu demi melindungi rakyat, institusi serta kedaulatan negara.
https://t.co/O3quwv98za
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#MADANIBekerja
#ReformasiSatuKemestian
#TaatSetia
ยฉ๏ธ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
Tengah hari ini menyaksikan satu lagi sejarah tercipta dan ikatan perhubungan terus diperkukuh dengan negara jiran kita, Thailand.
Projek pembinaan laluan jalan raya berkembar enam lorong sepanjang 900 meter menghubungkan ICQS Bukit Kayu Hitam, Kedah ke Kompleks CIQ Sadao, Thailand telah berjaya siap sepenuhnya yang mampu menjana lebih banyak aktiviti ekonomi dan merancakkan industri pelancongan.
Saya sendiri menyaksikan betapa persahabatan kedua-dua Perdana Menteri begitu mesra dan terus memberikan komitmen untuk memperkukuhkan hubungan diplomatik antara kedua buah negara.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#MADANIBekerja
#ReformasiSatuKemestian
#TaatSetia
ยฉ๏ธ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
Seterusnya, saya bersama Ketua Pengarah ICU, JPM dan Pengarah INTAN menyaksikan penyerahan projek naik taraf Dewan Serbaguna oleh pihak JKR Kedah kepada INTURA. Mampu memuatkan lebih 500 peserta dalam satu-satu masa.
Alhamdulillah, lebih selesa untuk berkursus dan berprogram di sini. Tunggu apa lagi, pakat mai ramai-ramai ke INTURA dan tempah kursus melalui portal laman sesawang INTAN!
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#MADANIBekerja
#ReformasiSatuKemestian
#TaatSetia
ยฉ๏ธ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
Keselamatan negara hari ini tidak lagi boleh difahami dalam kerangka lama. Ia kini hadir dalam bentuk yang lebih kompleks, merentas sempadan fizikal dan digital, serta menyentuh kehidupan rakyat secara langsung.
Mesej penting daripada Majlis Perasmian Bulan Keselamatan Negara 2026 yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri petang tadi jelas menuntut perkhidmatan awam untuk lebih tangkas, celik risiko dan bersedia dengan keupayaan baharu dalam mendepani ancaman semasa.
Justeru, setiap kementerian, jabatan dan agensi perlu meningkatkan kesiapsiagaan, literasi keselamatan, tadbir urus data, ketahanan siber serta penyelarasan rentas agensi agar keselamatan negara benar-benar menjadi amanah bersama dalam melindungi rakyat, institusi dan kedaulatan negara.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#MADANIBekerja
#ReformasiSatuKemestian
#TaatSetia
ยฉ๏ธ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
Tanah perkuburan awam baharu bagi umat Islam di Wilayah Persekutuan akan dibangunkan di Lot PT3458, Mukim Hulu Semenyih, Selangor menerusi kaedah pertukaran tanah.
Pembangunan Raudhatul Sakinah menyediakan kira-kira 104,000 lot kubur untuk umat Islam.
Turut hadir dalam mesyuarat dua hala bersama delegasi Malaysia dan Thailand dan seterusnya ke sesi pemeteraian Memorandum Persefahaman Kerjasama Pertanian serta sidang media bersama kedua-dua negara sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Thailand, TYT Anutin Charnvirakul ke Malaysia.
Perbincangan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang perdagangan, pelaburan, pembangunan sempadan, keselamatan, pertanian, keterjaminan makanan, pelancongan, industri halal dan semikonduktor.
Malaysia dan Thailand terus komited untuk mempercepat pelaksanaan inisiatif bersama yang memberi manfaat langsung kepada rakyat kedua-dua negara.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#MADANIBekerja
#ReformasiSatuKemestian
#TaatSetia
ยฉ๏ธ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
Kredit foto: BERNAMA