Korang yang kerja cukup-cukup makan, terpaksa buat Grab, takut pergi klinik sebab takut cas mahal, tapi sokong Mahathir-Daim ni, pergi bukak list hartanah dia, copy address, lepastu pergi bukak dekat Google Street View. Kalau takde rasa marah memang korang true jiwa hamba .
Pelayar TikTok memuji keprihatinan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan menulis sendiri aduan mengenai jalan rosak di Sabah ketika lawatannya di negeri itu sempena Kembara Kenali Borneo baru-baru ini.
Raja Permaisuri Agong turut dilihat bersalaman bersama individu yang membuat aduan itu.
#SinarHarian #SinarTerkini #PermaisuriAgong #Sabah
KEMBARA KENALI BORNEO - HARI KE-5
7 September 2023 - Rombongan Kembara Kenali Borneo diketuai KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diberi menuju Sindumin, Sipitang, Sabah pada jam 5.30 petang.
Kredit : FB Istana Negara
#Royal#Malaysia#kembarakenaliborneo#Sabah
Permaisuri Agong tulis sendiri aduan jalan teruk di Sabah
PETALING JAYA – Orang ramai memuji keprihatinan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan menulis sendiri aduan mengenai jalan rosak di Sabah ketika lawatannya di negeri itu baru-baru ini.
Melalui sebuah video yang tular di media sosial, Raja Permaisuri dilihat menulis sendiri aduan tersebut sebaik sahaja mendengar aduan itu daripada penduduk.
Raja Permaisuri Agong turut dilihat bersalaman bersama individu yang membuat aduan itu.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna berharap aduan yang ditulis sendiri oleh Permaisuri Agong dapat memberi perubahan kepada keadaan jalan raya di sekitar Sabah.
“Macam inilah bagus Tuanku turun padang dengar sendiri perasaan rakyat jelata,” kata Bacelor Pau.
“Terbaik Malaysia, punyai YDPA Agong dan PM yang sangat Prihatin kepada Rakyat,” kata Hazzem.
“Daulat Tuanku..terbaik! Catat dia semua tuanku,” kata Izz.
Vidoe tersebut kini telah mendapat kira-kira 130,000 tontonan di TikTok.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda berdua berangkat tiba di Sabah sempena Kembara Kenali Borneo bagi merealisasikan impian Baginda menelusuri Sabah dan Sarawak. – KOSMO! ONLINE.
Rakyat Sabah terharu kemesraan dipamerkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika baginda berdua berkenan menyertai Kembara Kenali Borneo yang berlangsung dari 3 hingga 13 September.
Kembara bermula di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak sejauh 2,154 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.
Namun hari ini adalah konvoi terakhir di Sabah sebelum bergerak ke Sarawak dijadualkan petang ini.
Pasangan Diraja dan konvoi itu dijadual berangkat ke Lawas Waterfront di Lawas, Sarawak sebelum bergerak ke Brunei mengakhiri hari kelima kembara berkenaan hari ini.
#SinarHarian #Sabah
Delegasi Agong berhenti sekejap di Telupid. Ada satu makcik ni tidak membuang sedikit pun masanya dia terus teriak. ‘Tuanku Jalan kami belubang! Tepijak sudah saya ini lubang! Air kami selalu mati!! Letrik kami selalu matiiiiii!!! she shouted top of her lung. Beluran baituuu! 💪
Daulat tuanku!
Kalau ada perubahan.. Memang setiap tahun nak kembara borneo.. aku rela duit cukai rakyat digunakan untuk benda2 mcmni.. Jalan sipitang kemain laju siap.. Kalau tak lambat gila
Sayangnya tuanku tak ada banyak masa lagi sebab Agong baru akan masuk. Patutnya setiap Agong ni buat jelajah tahun pertama dan ketiga masuk. Baru boleh follow up ada progress tak.
Sad but true, aku stay di lawas,daerah sarwak yg paling atas. Maka slalu ke sabah kota kinabalu untuk g mcd terdekat walaupun terpaksa drive 3jam guna highway pan borneo. Ringkas kata keadaan jalan tu buatkan kereta axia aku mcm 4x4 hailak,Dan bila YDPA dtg..sama mcm vid bawah ni